Najib mahu rakyat bantu kerajaan memastikan kesejahteraan negara.


Seruan DS Najib untuk membantu satu sama lain bagi meringankan beban semasa menyambut hari raya perlu disambut oleh rakyat Malaysia, supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan, malah rakyat sendiri harus melakukan penambahbaikan dari segi kewangan.

Selama ini kerajaan selalu dipersalahkan mengenai harga barang yang melambung tinggi semasa musim  perayaan, rakyat hanya akan menuding jari kepada kerajaan tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk membendung masalah ini.

Sebab dah terlalu sangat kerajaan dipersalahkan, kini Najib telah mengambil pendekatan awal sebelum syawal untuk membantu rakyat dengan memberi skim bantuan rakyat iaitu BR1M kepada seluruh rakyat malaysia yang layak, tidak cukup dengan itu Najib juga memberi duit raya kepada penjawat awam, pesara kerajaan, pekebun kecil serta peneroka.

Pelbagai peruntukkan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, termasuk pada bulan Ramadan. Justeru, rakyat pula harus memikirkan kaedah untuk menjimatkan perbelanjaaan bagi melancarkan persiapan hari raya.

Dalam pada itu, para peniaga juga turut memainkan peranan yang sangat penting kerana ada segelintir peniaga yang akan menaikkan harga barangan sesuka hati mereka ketika musim perayaan, sudah tentu rakyat akan menyalahkan kerajaan bukan peniaga.

"Kedai-kedai dan peniaga, selain menawarkan jualan murah, perlu memastikan agar barangan dijual pada harga yang berpatutan dan mengikut ketetapan, terutamanya barangan runcit dan makanan yang di bawah senarai harga kawalan," katanya

Selain itu, rakyat juga berlu berbelanja dengan berhemah, tidak mengamalkan pembaziran. Perlu juga diingat supaya berbelanja mengikut taraf kemampuan tanpa berlandaskan nafsu semata-mata. Oleh itu, seruan Najib ini sangat membantu rakyat untuk merancang keperluan sempena menyambut syawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan