Mahathir mahu ganti Anwar dalam Pakatan?


Tidak mustahil untuk Tun M menjadi ketua dalam puak pembangkang sedangkan masa PRK Tun M juga diberikan kuasa untuk berkempen bersama-sama pembangkang di atas pentas mereka.

Puak pembangkang kini telah menganggap beliau sebagai salah seorang sahabat seperjuangan. Tidak mustahil Tun M juga boleh menjadi pemimpin puak pembangkang kerana telah menjalinkan hubungan mesra bersama pembangkang sejak akhir-akhir ini.

"Pembangkang perlu menunjukkan keikhlasan mereka untuk menngalu-alukan Dr Mahathir ke dalam pembangkang dengan mengeluarkan jemputan terbuka untuk beliau menjadi anggota dan pemimpin mereka," kata DS Salleh Said Keruak

Salleh juga mencabar Tun M untuk menjadi pemimpin kepada pembangkang kerana melihat politik pembangkang kini dalam keadaan huru-hara dan tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat. Malah rakyat juga telah menolak cara pimpinan pembangkang dalam PRK lalu.

"Adalah jelas pihak pembangkang kini berada dalam kedudukan kucar-kacir dan tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat Malaysia dengan menawarkan kerajaan alternatif yang boleh berfungsi. Pembangkang nampaknya memerlukan bantuan," katanya.

Mungkin, Tun M boleh mengenalpasti masalah pembangkang kerana sebelum ini beliau begitu taksub untuk bekerjasama dengan mereka. Jadi sudah sampai masa yang sesuai untuk Tun M membimbing pembangkang bagi menempuh PRU akan datang. Agaknya pembangkang juga bersetuju kerana agenda yang dibawa mereka adalah sama.

Nampaknya,  Tun M boleh mencipta kerjaya baru untuk menjadi pemimpin pembangkang, kerana sebelum ini beliau berdegil mahu campur tangan dalam arena politik walaupun sudah tidak layak dengan usianya.

Jadi Tun M diberi kesempatan ini untuk bersama-sama pembangkang bagi melihat sejauh mana mainan politik mereka untuk menentang kerajan BN Beranikah Tun M terima cabaran ni ??.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan