Budiman tak akan jadi 'patung' di Parlimen


Calon BN Budiman Zohdi masih tidak menyangka kemenangan besar di parlimen Sungai Besar sudah menjadi milik beliau. Tangungjawab yang telah diberikan kepada Budiman perlu dilaksanakan seperti yang dijanjikan kepada rakyat.

Menurut Budiman,beliau harus menerima hakikat kemenangan ini setelah rakyat sebulat suara memilih dirinya sebagai ahli parlimen di kawasan tersebut. Walaupun masih terkejut tapi beliau bersedia berkhidmat untuk rakyat Sungai Besar.

Sebelum ini, pembangkang mendakwa Budiman hanya akan menjadi seperti 'patung' di parlimen. Tuduhan pembangkang umpama Budiman akan lupa janjinya kepada rakyat setelah bergelar ahli parlimen Sungai Besar kelak. Tetapi Budiman tidak mengambil tohmahan pembangkang itu sebagai satu isu yang serius.

Mungkin beliau sudah bersiap sedia untuk menghadapi tugas yang baru untuk rakyat di Sungai Besar dan tidak mahu menjadikan tohmahan pembangkang sebagai salah satu serangan yang akan menjatuhkan semangat beliau sebagai ahli parlimen baru di kawasan tersebut.

"Saya tidak mahu bersikap luar daripada kebiasaan. Tapi tunggulah di sidang Dewan Rakyat (nanti)," katanya.

Dalam pada itu, Budiman juga telah menyatakan penghargaan kepada rakyat Sungai Besar kerana memberi peluang kepada beliau untuk memperjuangkan nasib rakyat di kawasan berkenaan, malah Budiman juga akan membawa semua isu yang menjadi rungutan rakyat sepanjang beliau berkempen. Jadi tidak timbul isu Budiman yang hanya akan menjadi 'patung' di parlimen.

"Saya akan bawa isu-isu mereka di Parlimen. Jadi, tunggulah,"  katanya yang bakal terus memperjuangkan nasib rakyat termasuk nelayan, pesawah serta pekebun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan