BN tawan hati rakyat dengan isu kampung dan masyarakat.
Setiap parti politik yang bertanding mesti mempunyai corak politik yang baik dan mampu untuk menarik rakyat supaya memilih dan mnyokong mereka, bagi BN agenda mereka kepada rakyat adalah memberi keutamaan dalam keperluan rakyat.
Sebab tu BN hanya mengaitkan isu-isu yang akan dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat kepada rakyat, seiring dengan ahli parlimen BN yang baru untuk melaksanakan tanggungjawab mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Mungkin dengan isu yang dikatakan 'kampung' telah menjadikan agenda BN mudah untuk difahami rakyat, isu tersebut merangkumi projek jalan raya, sekolah dan sektor pekerjaan. Jadi kaedah berpolitik mengunakan isu macam ni lebih diterima rakyat kerana ia memang sering menjadi keperluan utama penduduk.
Sebaliknya bagi puak pembangkang, mereka tidak mengunakan isu yang lebih sensitif di dalam kehidupan seharian rakyat. Malah, pembangkang hanya memainkan isu yang berkaitan dengan kerajaan seperti 1MDB dan GST. Isu sebegini kurang mendapat tindak balas daripada rakyat.
“Isu yang dibawa oleh BN pula sangat mudah, isu-isu ‘kampung’ seperti masalah jalan, sekolah, pendapatan dan pekerjaan membuatkan pengundi cepat faham,” kata Tun Musa Hitam.
Dalam pada itu, isu kampung ini menjadi sumbangan besar kepada kemenangan BN kerana rakyat lebih tahu apa yang bakal dilakukan oleh kerajaan BN setelah selesai PRK. Bila bersama pembangkang , rakyat terkeliru dengan isu yang dibawa mereka sama ada untuk membantu rakyat atau hanya mahu mengulingkan kerajaan.
Walaupun BN hanya memainkan isu begini, ia tetap memberi impak kepada rakyat kerana ia begitu dekat dengan mereka. Rakyat juga percaya terhadap BN kerana parti tersebut mempunyai kewangan yang kukuh dan ahli yang juga bersatu padu dapat menguatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap BN.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan