Al Kisah Syeikh Mat Sabun dengan kerusi-kerusinya..


Kah kah kahh... Syeikh Mat Sabun al Jubori dilaporkan berada didalam keadaan yang sangat yakin ummat melayu di Malaysia ni akan bagi lebih banyak kerusi pada beliau pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti..

Menurut Syeikh Mat Sabun, tak kiralah kerusi dewan makan ataupun kerusi restoran mamak, semua kerusi berkenaan akan jadi miliknya yang hakiki..

Syeikh Mat Sabun sangat berkeyakinan kerana melayu-melayu PKR dan juga PAS lebih suka ceramah maki hamun dan lawak bangang yang bakal diadakan oleh Parti Amanah yang ditubuhkan olehnya.

Berbanding PAS dan Umno.., ceramah Syeikh Mat Sabunlah yang mampu menghiburkan ummat melayu setanding dengan Maharaja lawak mega.. Biarpun PAS akan bawa Azhar Idrus dan Umno bawa Kazim Elias sebagai penceramah, itu masih belum cukup katanya..

Azhar Idrus cuma berani cakap "natang bodow" manakala Kazim Elias langsung tak berani nak mencarut atas pentas ceramah.. Tapiii.., Syeikh Mat Sabun dianugerahkan kemampuan untuk mencarut tanpa henti sambil maki hamun kerajaan..

Maka dengan itu, tak hairanlah melayu akan bagi banyak kerusi pada Syeikh Mat Sabun dan partinya nanti..

Sama ada bagi kerusi secara terhormat atau diberi dengan cara baling beramai-ramai, itu tak pulak dinyatakan.. Apa yang penting.., asal kerusi je lahhh... Kah kah kahh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan