Sapa artis yg sihir si Azwan Ali ni?? Jaafar Onn ke???



Kalau bukan kontroversi, bukan Azwan Ali lah namanya kann.. Artis yang sorang ni memang kita akui suka sangat publisiti murahan.. Ada-ada sajalah kontroversi yang dia buat untuk tarik perhatian peminat hiburan di Malaysia.

Nak kata berbakat.., ada la kot sikit-sikit bakat pada so called Diva AA ni.. Tapi semenjak usia semakin senja, bakat cari gossip murahan pulak yang banyak mamat ni hidangkan pada rakyat Malaysia.

Baru-baru ni, Azwan Ali meroyan kata dia sakit sebab kena sihir pulakk.. Kalau nak fikir secara logik, mulut tak ada insuran macam dia tu memang ramai je orang tak suka kann.. Sihir tu ok lagi lahh..., nasib baik tak kena lumur dengan cili.. Hahaha..

Kononnya yang sihir Diva AA ni adalah artis jugak beb.. Kata Azwan, artis tu berperwatakan lembut dan bernama "J"... Sapa agaknya J tu ye..? Takkan Jalaluddin Hassan pulak kot.. Datuk model iklan beras tu taklah lembut kann..

Yang lawaknya.., si Azwan ni tak pulak berani nak dedahkan dan bagi bukti bahawa si artis J tu sihir dia walaupun katanya ada bukti.. Elehhh.., setakat main tuduh macam tu je sapa pun boleh kann.. Apa barang menuduh tapi tak berani bagi bukti?? Dayus betull!!

“Jangan tanya mana saya dapat maklumat ni, tapi dengan kuasa Allah SWT, saya dah tahu perbuatan durjana artis ni. Artis ni sebenarnya seorang artis lelaki yang lembut, yang kononnya serba boleh. Tak tahu apa masalah dia, yang dia sibuk nak sihirkan saya, hantar segala bisa-bisa di kaki saya. 

“Saya tak perlu buktikan, tapi kalau saya buktikan, hancur luluh karier dia. Dia boleh buat apa sahaja ke atas Azwan Ali di atas dunia ni, Allah SWT maha mengetahui. Saya ada bukti termasuk beberapa pengamal perubatan Islam yang mengubati saya dan mengesahkan artis ni lah punya kerja,” katanya.

1 ulasan:

  1. Tipu la turrrr...perubatan islam mana yg bagi petunjuk orang sihir kamu tur toookk..syirik toookkk

    BalasPadam