Habislah DAP!!! Kerajaan Perpaduan hampir jadi REALITI!!

Di negara ini, Umno merupakan parti melayu terbesar manakala PAS pula kedua terbesar. Alangkah baiknya jika kedua-dua parti melayu ini bergabung dan membentuk satu kerjasama politik melayu terbesar dalam pentadbiran negara. Tetapi malangnya, mengapakah perpaduan ini tak berlaku?

Umno dan PAS hanya mengejar kuasa pemerintahan, jadi mengapa tidak dikongsi saja kuasa tersebut? Cuba bayangkan, Perdana Menteri dari Umno dan Timbalan Perdana Menteri dari PAS.. Bukankah manis untuk seluruh umat melayu/Islam didalam negara?

Rakyat bukannya mahu tahu parti mana yang lebih baik atau tidak.., rakyat hanya mahu tahu pemimpin negara mereka mampu menjaga rakyat dan juga menjamin kemakmuran serta keamanan. Jika perut dan hati rakyat terpelihara dengan baik, siapa pun yang memimpin pastinya seorang Ketua yang baik.

Jika Umno berbangga dengan semangat melayunya, PAS pula dengan hebat dengan dasar Islamiknya, cuba bayangkan kedua-dua parti melayu ini duduk sebaris dan bersama-sama mentadbir negara dan mengepalai umat melayu majoriti didalam Malaysia. Dah tentu akan lebih gemilang bumi Malaysia ini.

Tetapi, siapakah yang menjadi dalang menolak perpaduan dan juga kerjasama diantara Umno dan PAS? Malangnya, dalang tersebut merupakan dari kalangan bangsa melayu sendiri yang tak mahu melihat ukhwah Islam dikalangan Bani Melayu.

Seperti kata Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), setelah Fadzil Noor dan Nik Aziz meninggal dunia, ia membuka ruang untuk menyatukan melayu/Islam didalam negara. Kenapa Nik Aziz dan Fadzil Noor? Kenapa bukan Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang? Ia kerana kedua-dua arwah itulah yang paling lantang menentang penyatuan Umno dan PAS.

Anwar bukanlah pemimpin PAS.., dan Lim Kit Siang pula hanya seorang kafir yang mengepalai parti chauvinist DAP. Mereka ini sudah lama menggunakan beberapa pemimpin tua didalam PAS untuk tujuan menghancurkan Umno demi kuasa serta kepentingan peribadi. Kini Anwar berada didalam penjara.., Kit Siang berada di hujung usia.., dan dalang didalam PAS sudah kembali menemui Penciptanya.

Maka tiada alasan lagi untuk umat melayu didalam negara menolak untuk bersatu didalam satu barisan untuk memimpin negara ini bersama-sama. Hadi Awang sendiri diketahui merupakan penyokong usaha kerajaan perpaduan, dan Najib adalah seorang pemimpin yang mahu bangsa melayu kuat. Ini masanya yang paling tepat untuk Umno dan PAS bergabung!

11 ulasan:

  1. 1. Kerajaan perpaduan UMNO PAS bermakna mereka boleh mengkritik dan menegur antara satu sama lain dan bukan
    hanya duduk berpeluk tubuh.
    2. Menegur dan mengkritik bermakna demi kepentingan, kesejahteraan orang islam, melayu, bumiputra dan juga lain2
    kaum.
    3. Rakyat kina lebih terbuka dapat menilai mana yang baik dan buruk, dan parti mana yang mengkhianati parti lain.
    4. Penghapusan sekolah vernakular juga dapat menjimatkan wang rakyat bernilai berbillion ringgit setiap tahun.
    5.Kita dapat lihat keresahan parti MCA, DAP dan kaum cina apabila kerajaan perpaduan ini diutarakan tetapi agama
    islam dinegara ini telah membuktikan betapa islam amat bertoleransi dan menghormati agama dan adat kaum lain. 6.Sebaliknya kita lihat bagaimana mereka mengambil kesempatan keatas agama islam.
    7.Kerajaan perpaduan ini adalah terbuka kepada semua.

    BalasPadam
  2. SEMUA PIHAK WAJAR SOKONG

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah jangan dilambat lambatkan perkara yang baik. nanti banyak syaitan dan malaun malaun tu datang membantu

    BalasPadam
  4. Bukan aku tak suka Melayu berpadu,tapi kalau dgn Pas fikirlah 2X.Sikap keras kepala mereka yg merasa mereka saja yg Islamiknya tidak akan tanggal dari kepala mereka,sampai ketikanya nanti,mereka akan buat onar dalam gabungan pula.Lagi pun Umno tak memerlukan apa-apa bantuan Pas dalam meneraju negara,apa yg Umno buat sekarang sudah cukup baik bagi rakyat juga utk kepentingan ugama ,bangsa dan negara.Walau bagaimana pun kalau nak berkawan,setakat berkawan ok jugalah,jangan bermusuh,pertarungan dalam piliharaya pula secara gantleman.

    Terusterang saya katakan,dari segi politik,kemasukan Pas akan menghiolangkan pula sokongan dari parti-parti lain bukan Islam dalam BN.Bersediakah Umno?.Bolehkah gabungan Umno dan Pas memerentah negara.?.Jawapannya TIDAK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak setuju dgn pendapat awak, mungkin awak ni macai rba, dah jelas kaum cina menolak mca d gerakan, mereka bersatu dibawah dap jadi apa yg kita nak hrp lagi drp mereka, bab parti lain jgn bimbang kerana mereka tak rasist mcm dap !.

      Padam
  5. Baguslah UMNO bergabung dengan PAS kerana ke2nya Islamic. Bukan bersatu tapi berkerja sama memerintah negara. Lagi cepat lagi baik sebelum Hj Hadi digulingkan oleh PASMA.

    BalasPadam
  6. Aku pun dah lama memikirkan perkara seperti kenyataan diatas, cuma selepas Anwar dipenjarakan dan Nik Aziz sudah tiada pemikiran aku semakin mencerah dan yakin perkara ini boleh berlaku. BANJIR BESAR, PEMENJARAAN ANWAR DAN PEMERGIAN NIK AZIZ pada masa serentak adalah peluang keemasan yang diberikan kesempatan oleh Allah SWT kepada pemimpin2 parti Melayu untuk bermuhasabah, maka gunakanlah masa ini untuk berpadu dan bersatu demi agama, bangsa dan negara

    BalasPadam
  7. kepada melayu anak haramjadah yang menyokong DAPig, korang adalah pengkhianat bangsa!

    BalasPadam
  8. Bersatu lah wahai UMNO, wahai PAS, ingin aku kecapi dalam hidup ini,Bani Melayu yang menggegar dunia dengan keislamannya....UNTUK DUNIA,...UNTUK AKHIRAT....UNTUK ALLAH DAN RASULULLAH.....ALLAHU AKHBAR!!!!

    BalasPadam
  9. Amim amin amin ya rabalalamin,semuga Allah perkenankan.

    BalasPadam