Guan Eng takut bini.. Gaji bayar beg tangan RM 24 ribu.



Sudah tersebar didalam laman sosial mengenai beg tangan mewah yang dimiliki oleh isteri Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng iaitu Betty Chew. Dikhabarkan, koleksi beg tangan kepunyaan Betty ialah mencecah RM 50 ribu.

Sebelum ini, Lim Guan Eng bersama penyokong Pakatan Rakyat mengecam isteri Perdana Menteri yang didakwa boros berbelanja dan membeli beg tangan berharga ribuan ringgit ketika diluar negara. Kini terbukti isteri Guan Eng sendiri berbelanja sedemikian rupa.

Sebuah beg berjenama Gucci yang sering dibawa oleh Betty dilaporkan berharga lebih dari RM 15 ribu. Harga tersebut jauh melebihi jumlah derma banjir untuk seluruh negeri Kelantan yang didermakan oleh bapa Guan Eng iaitu Lim Kit Siang.

Dan jika jumlah RM 15 ribu tersebut dibelanjakan kepada rakyat miskin di P.Pinang, seramai 150 orang mampu diringankan beban mereka dengan hanya mendermakan sebanyak RM 100 seorang. Itu baru satu beg tangan.., jumlah warga miskin yang boleh dibantu akan bertambah jika dikira keseluruhan harga beg Betty Chew.

Semua ini jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng hanya tahu mengutuk serta menuduh orang lain sebagai tak baik, tetapi realitinya Guan Eng sendiri tak mampu untuk mengawal perbelanjaan isterinya sendiri yang kelihatan boros bermewah-mewah dengan barangan mahal serta berjenama.

Pemimpin serta penyokong Pakatan menuduh Perdana Menteri sebagai takutkan isteri, tetapi apakah Guan Eng merupakan seorang suami yang berani? Jika benar Guan Eng tidak seperti Najib yang dituduh tak tahu jaga isteri, beranikah Guan Eng nasihatkan Betty supaya tidak boros berbelanja membeli barangan mewah?

Kalau mahu lebih baik, Guan Eng patut menasihatkan Betty supaya membeli beg tangan di Pasar Malam Batu Feringghi sahaja. Beg tiruan jenama Gucci dengan kualiti 4 bintang boleh diperolehi dengan harga tak sampai RM400 ringgit sahaja.

Masalahnya disini.., beranikah Guan Eng? Atau Betty yang tak takut pada Ketua Menteri P.Pinang tersebut?

2 ulasan:

  1. cukai pintu kalu dulu bayar lapan puluh ringgit le ni dah naik seratus lebih....kita sorang rasa beban org lain tidak.... apa nak buat.....aku pun akan angkat bungkus juga akhirnya.....mungkin satu melayu keluar dari pp seratus melayu yg akan masuk kut..... sebut pasal org miskin d pp?.....d pulau pinang semua org kaya2....

    BalasPadam
  2. Memang tak boleh celen taste kak mah dengan beg hamis

    BalasPadam