Laki Umi Aida berlagak kononnya lagi bijak dari Najib.



Hari ini Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan iaitu DS Khairuddin Abu Hassan membuat kenyataan dalam Malaysiakini bahawa Perdana Menteri silap melantik pemimpin-pemimpin di P.Pinang. Khairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K juga mendesak Pengerusi Umno P.Pinang ditukar, tetapi dia tidak pula menamakan siapa yang sesuai bagi menggantikan Datuk Zainal.

Pertama sekali, mengapa Khairuddin memilih untuk menghentam Umno melalui Malaysiakini yang jelas sekali menyokong pembangkang? Mengapa Khairuddin selaku Naib Ketua Umno bahagian tidak menyuarakan pandangannya didalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini? Dan apakah Khairuddin merasakan dia lebih layak menggantikan Datuk Zainal sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri?

Semua ini jelas menunjukkan bahawa Khairuddin sebenarnya merupakan insan yang hanya mahu mencari populariti murahan dengan menelanjangkan aib 'keluarga' sendiri. Memilih untuk bercakap pada media pembangkang, memilih untuk menghentam tanpa fakta dan juga memilih untuk mengkritik tanpa solusi, adakah ini taraf seorang pemimpin Umno yang ada pada Khairuddin sehingga berlagak mempertikaikan keputusan Presiden Umno dan juga Barisan Nasional?

Siapa sebenarnya Khairuddin? Suatu ketika dulu beliau hanyalah tukang bawa beg kepada Umi Hafilda dan kemudiannya berkahwin dengan pelakon Umi Aida. Khairuddin merupakan anak saudara kepada Arwah Sulaiman Plaestin yang juga sepupu pada Anwar Ibrahim. Jadi tak hairanlah kalau Khairuddin lebih suka menyerang Umno daripada memperjuangkan rakyat dari penipuan sepupunya iaitu Anwar di Permatang Pauh dan seluruh negara.
Khairuddin sebenarnya bercita-cita untuk menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri P.Pinang. Sebab itulah dia cuba untuk menjadi hero dengan menongkah arus membelasah partinya sendiri demi kepentingan sendiri. Khairuddin berasakan dia cukup hebat dan pandai didalam semua aspek sedangkan melayu-melayu di bahagiannya sendiri di Batu Kawan sebenarnya tidak terjaga dengan baik.

Mengapa Khairuddin tidak mempersoalkan mengenai Anwar Ibrahim yang tidak memperdulikan rakyat di Permatang Pauh? Apa pembangunan yang ada di Permatang Pauh yang dilakukan oleh sepupu Khairuddin itu demi survival orang melayu? Yang Anwar tahu hanyalah turun untuk makan kenduri dan juga berceramah mengutip derma dari orang kampung sahaja. Yang lain langsung Anwar tak kisah.

Jika Khairuddin mempersoalkan mengenai Datuk Teng Chang Yeow, Pengerusi BN P.Pinang yang didakwanya tak pandai buat kerja dan kalah dua kali didalam pilihanraya, mengapakah Khairuddin tak persoalkan mengenai Lim Guan Eng yang hanya turun melawat penempatan cina sahaja di P.Pinang sedangkan Guan Eng adalah Ketua Menteri P.Pinang?

Mengapakah Khairuddin tak bising pasal Guan Eng dan DAP yang 'merampas' tanah-tanah melayu di negeri ini yang ditutup dengan alasan kemajuan? Mengapa Khairuddin tak membantu Umno negeri dan juga BN untuk menerangkan pada rakyat tentang fakta sebenar 1MDB serta menerangkan kezaliman regim Pakatan menindas peniaga melayu serta orang kampung di P,Pinang?

Kesimpulannya, Khairuddin sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi apabila memilih untuk menghentam rakan-rakannya sendiri didalam Umno dan juga BN kononnya demi perjuangan.

Diharap Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin menjawab dengan segera segala tuduhan serta fitnah yang tak berasas oleh Khairuddin ini dan sekaligus menjelaskan kepada rakyat mengenai kebenaran yang cuba dimanipulasi oleh Khairuddin.

17 ulasan:

  1. INILAH DIKATAKAN SUDA LUPA DIRI DH KAYA PASAL UMNO LEPAS TU DAPT PLAK MENJILAT ARTIS MAKA TIBA MASANYA ENTAH MANA DATANNG SERANG PARTI SENDIRI.....INILAH MASAALAH DENGAN UMNO SEBAB PEMIMPIN YANG DIPILIH ADA YANG TAK LAYAK,,,,,JADI PEMIMIPIN PASAL BANYAK WANG ....LOBI SANA LOBI SINI,,,,,,,,,DALAM BANYAK PERJUANGAN DIA PILIH UNTUK LAWAN KAWAN BALIK DALAM PARTI......NASIHAT PECAT JE MAMAT NI,,,,,,,

    BalasPadam
  2. Cari makan ... bini sudah tak laku lagi, berlakon pun hampeh... nak sara pelakon peham saja lahhh.. yang ku nan pun awat tak 'conuter offer' kat dia suruh diam. suruh taruk sama saja mana cukup bagi dia...

    BalasPadam
  3. najib tak hantar awek monggolia kat dia..pasal tu dia melalak

    BalasPadam
  4. Awat muka dia macam muka sotong guna botox... betui ka dia boleh servis si Umi ?

    BalasPadam
  5. Stop...jangan hang pula nak service umi Aida. ..stop it...

    BalasPadam
  6. Bila di tegur,maka berbangkit jasa yg dibuat.teguran itu ada wajarnya..tindakan kerajaan tdk menjawab isu berbangkit,spt tdk ada ketelusan dlm pentadbiran spt yg di war-warkan...ini la mslah dlm umno..takleh teguq skt.tun M tu mantan pm,dia teguq pun depa tak kisah.la biar org bwh melalak plk.br angpa berakai

    BalasPadam
  7. Trend sekarang bodek LGE jilat,jilat dan jilat, DAP sekarang tengah cari Melayu masuk DAP dan tunduk kepada dia.

    BalasPadam
  8. Muka dia mcm budak Nepal security guards kat condo aku lah...

    BalasPadam
  9. Macam pesen beetles je. Ini yg Umi suka?

    BalasPadam
  10. Tegur menegur tu baik, tapi ini mencaci. Cuba muhasabah diri sendiri tu apa kebaikan kepada UMNO dan Negara yang dia telah lakukan selama ini? Ingatlah 1 jari tunding orang lain, 4 jari lagi menunding kepada diri sendiri.

    BalasPadam
  11. kalo dh bangang kena la tegor. memang patot benti je jd pm. negara makin byk mslh.

    BalasPadam
  12. Bila masa pulak yg dia ni sepupu anwar? Aku org kampong dia lah ,,... kenal sangat dgn keluarga dia.... kalau nak condemn sekalipun, janganlah nak menipu !!

    BalasPadam
  13. Geng umnoporno pantang di kritik......sebab tu semua otak beku...bila nak sedar jika tak ada yg kritik utk kebaikan...kaki ampu lah yg akan di sanjung..ingatlah syurga neraka wahai geng umno...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau hang melayuinsaf tentu sedar diri pada nasib melayu pulau pinang yang makin dihalau guang eng cibai

      Padam
  14. NAIB ketua bahagian UMNO manusia talam dua muka, masa senang dan duit masuk dia junjung, sanjung malah julang ketua bagai nak mampos, susah sikit tak masuk habuan dia buang, sisih segala jasa dan kebaikan UMNO..........INI muka -muka baruah bertaraf sampah dan sangat mudah dilancaukan PEMBANGKANG, dapat dibeli pakai duit siling.

    UMNO sudah tua berusia 64th, janganlah tak cerdik-cedik, pemimpin datang dan pergi yang belot misti dicantas, biarkan mereka hilang dengan mimpi dan haluan sendiri........

    BalasPadam
  15. Akhirnya kita tahu. Dia dah nak bangkrap patutlah meroyan.

    BalasPadam