Kesiannn... Shabery Cheek mengaku tak kenal blogger Umno..



Nampaknya kenyataan Perdana Menteri yang menyentuh isu blogger Umno yang di lihat sering menghentam kerajaan, masih panas diperkatakan di dalam media maya. Ramai diantara blogger pro kerajaan di lihat marah dan tak berpuas hati terhadap Najib kerana kenyataan tersebut.

Walaupun begitu, kenyataan Najib harus diteliti sebaik mungkin oleh para penyokong Umno yang mengendalikan blog sebagai medium mempertahankan kerajaan di laman sosial. Benar atau salah pandangan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu, terpulanglah pada individu tersebut untuk menilainya.

Kalau difikirkan secara mendalam, betul lah seperti yang Najib kata.., takkanlah blogger yang dibayar oleh Umno memilih untuk menghentam Umno sendiri? Apa keuntungan yang Umno dapat jika penulis blog yang diberikan saguhati berbentuk bayaran, mendedahkan keburukan Umno pada pihak umum?

Cuba kita bayangkan situasi yang sama di sebuah syarikat.. Seorang pekerja yang diupah untuk menaikkan imej syarikat serta menambahbaik kepimpinan pihak atasan, tidak melakukan kerja yang diarahkan sebaliknya memilih untuk memburukkan syarikat serta mendedahkan salahlaku pemimpin atasannya sendiri.

Adakah berbaloi pekerja sedemikian dikekalkan dan diambil berkerja serta mendapat gaji lumayan? Dah tentu tak ada sesiapa pun mahu pekerja yang mempunyai mentaliti sedemikian didalam syarikat atau institusi mereka kann..

Lagipun, amat jarang kita lihat blogger dan juga cybertroopers pro Pakatan menghentam dan menyerang pemimpin pujaan mereka. Pernah kah kita lihat blogger pro Pakatan melabelkan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan juga Hadi Awang? Tetapi ramai saja blogger pro kerajaan yang menulis tentang Najib, Muhyidin serta Hishamuddin (sekadar menyebut beberapa nama)..

Alasan yang sering digunakan ialah untuk menegur dan menasihati pemimpin.., tetapi layakkah blogger yang cari makan dan mengharap ehsan parti, menegur serta menasihati pemimpin tertinggi tanpa diminta dan diundang nasihat serta teguran tersebut?

Kalau teguran itu membina serta mampu mengukuhkan Umno, ia tak menjadi masalah.. Tapi bagaimana pula jika yang dipanggil teguran itu dibuat oleh blogger semata-mata mahu menjatuhkan serta memalukan pemimpin tertentu? Ini yang sebenarnya dimaksudkan oleh Perdana Menteri.

Masalahnya sekarang.., siapakah sebenar yang dimaksudkan dengan blogger Umno ini? Perlukah identiti mereka didedahkan supaya mudah untuk mengawal "peluru-peluru" yang mereka tembak? Ataupun identiti mereka perlu disembunyikan dan hanya pihak-pihak terbabit sahaja yang tahu tentang kewujudan "skuad khas" blogger Umno tersebut?

Yang pastinya.., Menteri Komunikasi sendiri mengaku tak tahu tentang kewujudan blogger Umno yang dibayar itu.. Betulkah Shabery Cheek tak tahu.., ataupun beliau takut "dihujani peluru" dari blogger-blogger yang suka menghentam pemimpin Umno tersebut.. Wallahualam. - Che Wan/Utaranews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan