Suka Hati Kami la nak Kangkang ke apa!!!


Beb.., trend kangkang kan tayar kereta macam dalam gambar tu semakin popular sekarang ni dikalangan orang gila.. ehh... orang muda.. Mungkin dorang rasa kereta dorang akan makin cantik dan menarik bila tayar ada kangkang itu macam..

Tak pun.., tayar kangkang tersebut akan memberi keyakinan pada pemandu kereta didalam menyelusuri jalan-jalan raya dikawasan jajahan beliau..

Dan pastinya.., tayar kangkang tersebut akan menjadi satu daya tarikan umpama tangkal pengasih bagi menawan hati anak-anak dara yang terpandangkan kekangkangan tayar kereta tersebut..

Gua tak tahu lah beb.. Kekadang rasa teruk bebenor mentaliti geng menyolek kereta macam tu.. Nak kata bodoh nanti dorang marah pulak..

Buat apa lah susah payah mengangkangkan tayar kereta tu kannn.. Satu.., bunga tayar tu cepat haus bila senget macam tu.. Dua.., stabil ke kereta bila tayar belakang terkangkang macam tu? Tiga.., haram huduh bila tengok beb..

Tapi apa-apa pun.., gua rasa dorang yang terlibat dalam aktiviti mengangkangkan tayar tu peduli apakann.. Dorang punya kereta.., dorang punya tayar.., dan dorang punya duit.. Suka hati dorang lah kann..

Yang pastinya.., jalanraya dalam negara ni bukan mak bapak dorang punya.. Dan undang-undang jalan raya pun bukan tok nenek dorang yang karang..

So bila kena saman dengan JPJ atau Polis.., sila jangan meroyan ye.. Suka hati kita orang laa nak saman ke tak!! Nak panggil anjing ke hapa.., sila buat depan-depan kalau berani!! Hahahahahaha...


2 ulasan:

  1. Simpan duit utk tampung kenaikan petrol lg bagus dari pakai rim bodohni. Nak cantik pun pakai la OZ 2nd hand or replica ke.

    BalasPadam
  2. Biaq p kat dpa la duit dpa..

    BalasPadam