NAZREY RAIHAN AKUI PAKATAN TAK JAGA ARTIS.

Bekas vokalis Kumpulan Nasyid Raihan, Nazrey Johani mendesak kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat khususnya Kelantan dan Selangor menyediakan dana khas untuk artis-artis hijrah bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Beliau mendedahkan bahawa artis-artis yang berhijrah seringkali menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya ekoran perubahan ke arah kebaikan yang mereka lakukan.

Antara risiko yang dihadapi sebilangan mereka, jelasnya adalah ‘digam’ daripada program televisyen atau pun radio.

Ini, katanya sedikit sebanyak menjejaskan mata pencarian artis-artis hijrah.

“Akibatnya mereka yang cuba berjinak dengan perjuangan Islam tidak berani untuk berbuat demikian dan tidak hairan ada yang terpaksa berpatah balik kerana dibimbangi periuk nasi mereka akan terjejas.

“Kerana itu penafian atau menyepi diri dari jemaah Islam sering berlaku kerana tidak sangup berhadapan dengan situasi itu,”ujarnya.

Nazrey mengulas kecenderungan artis khususnya artis wanita yang semakin ramai mengambil keputusan untuk menutup aurat.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk geran yang perlu diperuntukkan kerajaan negeri kepada artis hijrah.

Beliau turut berharap agar pihak penganjur tidak melupakan artis-artis lama yang telah menyuburkan industri nasyid selama ini.

“Terus terang saya nyatakan ada yang terasa apabila golongan artis yang baru berhijrah lebih diutamakan,” ujarnya.

5 ulasan:

  1. Asyik asyik nak minta sedekah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodo punue komen...xmembina langsung

      Padam
  2. Masa senang duit banyak tak ingat Allah, dah sejuk baru nak cari Islam. Gulongan artis nama pun "ACTOR" makna belakon, depa tu masuk politik pun berlakun jer, x leh caya.

    BalasPadam
  3. 1. rezeki ditangan Allah... bukan ditangan stesen televisyen... lagenda rock awie pernah berkata takde bezanya pun kalau kena banned dengan stesen TV sbb dia boleh cari makan kat byk tempat

    2. artis yang belum berhijrah pun dah suam2 kuku susah nak dapat job.... so jgn salahkan hijrah

    3. rasulullah dan para sahabat menggunakan duit kocek sendiri untuk perjuangan dakwah..... tapi kita hari ini menggunakan dakwah untuk sara diri

    BalasPadam
  4. Orang biasa lagi banyak yang 'hijrah'.

    BalasPadam