CCTV AKAN DIPASANG DALAM LOKAP UNTUK SKODENG BANDUAN.

Zaman sekarang ni banduan lebih berharga dari rakyat biasa beb.. Puak pembangkang punya pasal, banduan sekarang ni dah dapat layanan VIP bila semua lokap dalam negara akan dipasang CCTV untuk pantau keselamatan banduan tu..

Kalau tak, sebelum ni puak pembangkang asyik je salahkan PDRM bila ada je banduan mampos mati dalam penjara.. Kononnya banduan tu kena pukul lah.., banduan tu kena dera lahh.., dan banduan tu dilayan seperti binatang kononnya oleh pihak berkuasa..

Jadi dengan adanya CCTV tu nanti.., para banduan semua akan selamat sewaktu tidur mahupun semasa berak.. Jangan pulak ada yang tuduh pihak PDRM nak skodeng banduan tu ye... Tak ada sapa pun terhingin nak skodeng banduan tau..

Lepas ni jangan pulak puak pembangkang komplen banduan kurus kering didalam lokap.. Nanti tak pasal-pasal pihak PDRM terpaksa bagi dorang makan sedap-sedap biar gemuk macam Bob Lokman..

Lepas tu diharap geng-geng Anwar jangan pulak komplen cakap banduan tu kebersihan banduan terabai dalam lokap tu.. Nanti susah payah PDRM nak buat saloon pulak dalam kawasan penjara bagi memuaskan hati puak-puak pembangang pembangkang tu semua...

Apapun.., kesian kat PDRM.. Dah lah kena susah payah jaga keselamatan rakyat dari penjenayah.., sekarang ni terpaksa pulak jaga penjenayah demi memuaskan hati geng Anwar dalam negara... Susah betul kerja PDRM sekarang kannn....


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa semua lokap yang ada menepati piawaian yang ditetapkan bagi memantau tahanan termasuk tahanan reman di bawah lokap polis ataupun Pusat Tahanan Jinjang.

Katanya, kita telah menguatkuasakan supaya SOP diikuti sepenuhnya.

“Di samping itu kita juga telah memasang CCTV di semua lokap bermula di Pusat Tahanan Jinjang dan kita juga telah mula pasang CCTV di semua lokap di seluruh negara,” katanya yang ditemui pagi ini di sidang media di Kementerian Dalam Negeri,
 
Beliau berkata ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang tuduhan ketika siasatan sedang dijalankan.

“Cuma ada tiga kematian yang disebabkan oleh bukan faktor penyakit di mana lebih daripada 95 peratus tahanan yang meninggal adalah disebabkan oleh penyakit,” jelasnya,

Katanya lagi, manakala tiga tahanan yang meninggal disebabkan oleh pegawai penyiasat itu, mereka telah ambil tindakan.
 
“Kita dapati mereka telah lakukan kekerasan. Tindakan untuk mengheret mereka ke mahkamah telah dilakukan bagi proses pendakwaan,” katanya.

Menurutnya lagi, mengikut laporan yang diterima beliau, seorang lagi tahanan yang meninggal baru-baru ini adalah disebabkan oleh faktor kesihatan tahanan tersebut yang kurang baik.

“Post moterm yang dilakukan mengesahkan bahawa tahanan itu memang sudah berpenyakit ( tahap kronik). Walaubagaimanapun kita tidak berkompromi jika ada unsur-unsur lain.

Tambahnya, beberapa pegawai perubatan telah ditempatkan di kesemua lokap untuk memantau keadaan kesihatan terhadap tahanan-tahanan di lokap.

“Dalam hal ini, kami masih ada sifat perikemanusiaan terhadap kesemua tahanan yang ada,” akhirinya. - FMT

1 ulasan:

  1. pasni bole diorng skodeng anwar...takut nnti anwar xdpt kwl nafsu dia dlm penjara..

    BalasPadam