TAHNIAH PENYOKONG DAP!! TARIF AIR NAIK DI PENANG.


Lim Guan Eng membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) untuk menaikkan tarif air di P.Pinang, memandangkan pendekatan lembut untuk mendidik pengguna mengurangkan penggunaan air gagal.

Beliau berkata, Pulau Pinang terus merekodkan sebagai negeri paling tinggi menggunakan air, walaupun banyak usaha untuk menganjurkan program kesedaran dan pendidikan mengenai pemuliharaan air diadakan dan mengenakan surcaj pemuliharaan air atau denda untuk pembaziran air.

Dari Januari hingga Februari tahun ini, negeri itu direkodkan menggunakan 311 liter air per kapita sehari sementara negeri lain hanya menggunakan 115 liter air (Sabah) hingga 241 liter (Perlis).

Lim berkata, tarif air domestik iaitu 31 sen bagi 35,000 liter air pertama setiap bulan, adalah paling murah dalam negara pada masa ini.

Katanya, dengan kenaikan tarif itu, Pulau Pinang masih menjadi negeri dengan kadar paling murah berbanding purata dalam negara iaitu 66 sen.

“Kita tidak boleh mendedahkan butiran kenaikan tarif itu hingga ia dimuktamadkan. Ia tidak akan mengambil masa lama untuk dikaji.

“Sudah ada model perniagaan yang dicadangkan untuk kami pertimbangkan sebelum dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk kelulusan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Komtar, hari ini.

Lim pada Ahad berkata, kerajaan negeri perlu mempertimbangkan semula keputusan awalnya untuk tidak mencatu air di negeri itu, susulan daripada berita ‘mengejutkan’ bandar paling banyak menerima hujan iaitu Taiping juga akan mengalami catuan air untuk dua minggu bermula esok.

Beliau berkata, selepas mengkaji keadaan itu, catuan air tidak perlu di Pulau Pinang tetapi ada keperluan untuk melaksanakan rancangan luar jangkaan untuk mengelak berdepan keadaan catuan air pada masa depan jika musim kemarau berpanjangan.

Lim yang juga pengerusi PBAPP berkata, rakyat juga pastinya lebih suka jika mereka tidak perlu berdepan catuan air.

“Kita berharap rakyat akan faham. Pada masa dulu, organisasi bukan kerajaan juga menyerang kami kerana tidak menaikkan tarif air untuk mendesak pemuliharaan air,” katanya.

Pengurus Besar PBAPP, Jaseni Maidinsa, berkata kali terakhir tarif air dinaikkan ialah pada 1991. - TMI

5 ulasan:

  1. Dasar lidah bercabang dan double standard. Puak komunis saja yang boleh ambil dia jadi pemimpin.

    BalasPadam
  2. Tahniah penyokong BN!! Ron95 naik harga ini malam... Hahaha

    BalasPadam
  3. Katanya PENANG negeri Berkebajikan dan cara pemerintahan menurut kata PAS seakan macam pemerintahan Khulafa OMAR ABDUL AZIZ...
    Yang ini bukan cara Pemerintahan berkebajikkan dan cara Khalifah OMAR ABDUL AZIZ..ini nmpaknya cara LIM GUAN ENG KULAPAR DAN KULAHAP NAMANYA..cakap untuk sedap kan hati pengundi masa nak meraih undi boleh la SETAN LIM GUAN ENG..

    BalasPadam
  4. @Tanpa Nama

    mana minyak naik??? kat negeri pakatan kot??

    BalasPadam
  5. Isu kenaikan surcharge bil air Pulau Pinang.

    Apa yg Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang kata: WCS (surcaj pemuliharaan air) tidak memberi kesan kepada 72% pengguna air domestik negeri ini yang menunjukkan seramai 332,103 daripada 460,966 pengguna tidak dikenakan surcaj itu.

    So jom kita tgok kiraan bil baru dan bil lama:

    Purata penggunaan air bg rakyat malaysia= 203 liter/person/day
    Purata saiz isi rumah bg setiap rumah di malaysia adalah 4-5org per rumah (Sumber Jabatan Perangkaan)
    So kita assume 6org per rumah

    Sebulan penggunaan air bg setiap rumah adalah=203x6x30=36 540 liter=36.54m3

    Pulau pinang (tarif rm0.31/m3 untuk 35m3, surcharge rm0.24/m3 untuk setiap 1m3 berikutnya)
    35m3 x 0.31=rm10.85
    1.54m3 x 0.24=rm0.37
    Jumlah bil=rm11.22

    Sekiranya surcharge pulau pinang naik menjadi rm0.48/m3
    35m3 x 0.31=rm10.85
    1.54m3 x 0.48=rm0.74
    Jumlah bil=rm11.59

    Maka kenaikan 37sen jika surcharge yang baru dikenakan..

    Untuk jumlah penggunaan air yang sama bagi negeri:

    Selangor (tarif rm0.77/m3, percuma 20m3)
    36.54m3 - 20m3 = 16.54m3
    16.54m3 x 0.77=rm12.74
    Jumlah bil=rm12.74

    Negeri Sembilan (tarif rm0.68/m3)
    36.54m3 x 0.68=rm24.85
    Jumlah bil=rm24.85

    Kesimpulan bagi jumlah yg sama (16.54m3), jumlah bil:
    Penang (surcharge lama) = rm11.22
    penang (surcharge baru) = rm11.59
    selangor = rm12.74
    negeri sembilan = rm24.85

    Kenaikan surcharge ini didapati tidak membebankan majoriti penduduk Pulau Pinang, tetapi hanya mempengaruhi bil air pengguna yg menggunakan air secara berlebihan yang rata-ratanya pengguna yg bergaji besar seperti yg mempunyai kolam renang dan sebagainya.

    Kita tggu pula kadar kenaikan bil elektrik dan try kira mcm ni nnti..

    BalasPadam