TUN MAHATHIR KECEWA DENGAN POLIS MALAYSIA.


Seorang pegawai kanan polis dari Maktab Polis DiRaja Malaysia telah bertanya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bagaimana mantan Perdana Menteri itu menjaga kesihatan yang pada usia lebih 80 tahun masih kelihatan sihat dan muda.

"Minta maaflah kalau saya cakap terlalu ramai polis mempunyai perut yang buncit berbanding saya yang sentiasa kempis.

"Paling buruk kalau saya bertembung dengan polis berperut buncit mengenakan tali pinggang di bawah pusat". Itu jawapan Dr. Mahathir sambil tersenyum.

Jelas Dr. Mahathir lagi, kalau makan, pastikan tidak sampai kenyang walaupun hidangan yang disediakan itu sedap.

"Mak saya (Allahyarhamah) selalu berpesan kalau nak badan cantik, perut tak buncit, jangan makan sampai kekenyangan.

"Makan terlalu banyak dan sampai kenyang akan menyebabkan perut cepat membesar apa lagi kalau tidak melakukan senaman untuk keluar peluh," ujarnya.

Untuk kelihatan muda, Mahathir dengan ringkasnya menjawab, jangan merokok dan jangan minum arak.

"Narkotin dalam rokok dan alkohol dalam arak akan cepat mematikan sel kulit yang boleh menyebabkan ia cepat mengendur dan kita akan cepat kelihatan tua pada usia sebenar.

"Jadi, kalau nak selalu nampak muda, berhentilah merokok dan berhenti minum arak," katanya sambil ketawa.

Apa pun katanya, polis perlu sentiasa menjaga kesihatan pada tahap terbaik setiap masa agar tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

6 ulasan:

  1. salam tun mahatir mmg tepat saranan tun tu untuk kurangkan perut buncit cuma saya rasa kurang satu lg petua iaitu makan pun jangan sebarang makan

    BalasPadam
  2. ngape penulis nak laga lagakan polis ngan Tun ni? cari lar perpekstif lain kalu nak tegur polis tu.

    BalasPadam
  3. Satu lg petua,kalau nk nmpk muda selalulah mkn angin jgn mkn asap dan habuk selalu nanti cpt tua...hehe jgn mare heh..

    BalasPadam
  4. @Tanpa Nama tepat dan betul sesangat. makan bersuap dgn makan suap @ pongli dlm bahasa indon.(pungutan liar)

    BalasPadam
  5. Kalau buncit tu kira tak so FIT la !

    Polis ni banyak yg keras kepala ! Kalau rakyat tegur Depa gelak je! Elok orang yg terhormat tegur..dah tu dia orang tua !

    Yang Pdrm perut buncit tu tak rasa MALU ka yg dia not so FIT tu...

    Buncit always followed with slower reaction when a blitz action is needed!

    Nabi saw suruh tentera dia FIT.. Betul betulFIT.....Y? Baru boleh fight !

    Ada kah polis buncit to tak baca SIRAH Nabi..Rajin rajin la pi Surau Polis...

    Simple logik ...perut sendiri tak LEH jaga ada hati nak jaga lain lain like public order ka,...

    MACAM macam ada !

    Ini kegagalan KPN...why? Dia tak buat satu profiling anggota yang mana mesti conform tolerable measurements ...

    All computerized ....Every month end every balai submit reports of detailed status quo on size and weight..

    1. develop sistem to flag excessive measurements against reasonable measurements

    2. Monitor for next 6 months.

    3. Filtering to select types of excessive measurements categories

    4. Arrange all BUNCHITIS to attend intensive recreation activities and health/image philosophies at very conducive center ( preferably at high altitude)

    5. Results : Yes...mission accomplished

    6. Send back to posts. Monitor computer records to detect deviation

    7. Detect new comers too.

    8. INSHAALLAH beres...









    BalasPadam