KHALID IBRAHIM JUMPA SULTAN UNTUK LAWAN ANWAR.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui beliau sudah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan berhubung pendiriannya untuk tidak meletakkan jawatannya.

Pengakuan Khalid itu mengesahkan spekulasi bahawa menteri besar itu menghadap sultan sejurus selepas menerima surat arahan peletakan jawatan daripada partinya pada awal Februari lalu.

Khalid juga mengakui memberi penjelasan bahawa beliau tidak berganjak daripada keputusannya untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor kepada exco serta barisan kepimpinannya.

"Saya memaklumkan kepada Sultan Selangor dan barisan exco mengenai tindakan saya," katanya pada sidang media selepas program bersama rakyat Selangor di Dewan Taman Mesra Kajang, Selangor.

Beliau berkata demikian dipercayai sebagai merujuk kepada pendiriannya untuk tetap menjadi pemerintah negeri Selangor.

Khalid juga sekali lagi menegaskan tidak akan menandatangani surat peletakan jawatan biarpun dipaksa untuk berbuat demikian."Tidak. Saya tidak akan tandatangan (jika) ada surat untuk saya meletakkan jawatan sampai ke pejabat saya.

"Saya tidak pernah melihat kalau betul saya tandatangani surat tersebut barisan exco pasti sudah dimaklumkan dulu," katanya.

Peletakan jawatan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh dikatakan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dilantik sebagai menteri besar sekiranya memenangi PRK tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan