CINA KUTUK MALAYSIA SEBAGAI NEGARA PENIPU


China mengkritik Malaysia lagi berhubung maklumat bercanggah yang diberikan berhubung kehilangan pesawat MH370, dengan media tempatan dan pengguna sosial media semakin skeptikal ketika misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10.

Dalam editorialnya, akhbar China Daily mempersoalkan mengapa pengumuman dari Kuala Lumpr itu hanya datang selepas lebih seminggu pesawat itu lesap dan tertanya-tanya sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul, atau tidak.

“Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan oleh kerajaan dan Malaysia Airlines menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden itu jadi lebih misteri,” tulis akhbar itu.

“Apa lagi yang Malaysia tahu tetapi belum dikongsi dengan dunia,” katanya.

Dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warganegara Malaysia, dan Beijing bersikap kritikal terhadap perkongsian maklumat daripada Malaysia – kekhuatiran yang semakin meningkat kerana bimbang pesawat itu mungkin dirampas.

“Adalah amat penting sebarang kekeliruan yang mungkin dieksploitasi oleh perampas atau pengganas dikenal pasti secepat mungkin kerana kita perlu mencari perancangan tindak balas,” lapor China Daily.

Ketua fakulti Pengajian Cina Kontemporari di Universiti Nottingham, Yao Shujie yang menulis di akhbar Global Times di China berkata, Malaysia “hilang autoriti dan kredibiliti” kerana maklum balasnya yang kelam-kabut.

“Kekurangan kekuatan dan pengalaman mengendalikan insiden itu menyebabkan kerajaan Malaysia tidak berdaya dan kepenatan dengan menafikan pelbagai khabar angin.

“Jika misi mencari itu terus tidak membawa hasil walaupun selepas mengikut maklumat baru, lebih baik Malaysia serahkan kuasa perintahnya kepada operasi menyelamat antarabangsa,” tulis Yao.

Kehilangan pesawat itu kekal menjadi topik paling hangat didebatkan di jaringan sosial, dengan kebanyakan pengguna Sina Weibo, iaitu laman sosial China mirip Twitter, melaungkan kebimbangan selepas maklumat berkenaan diberikan oleh kerajaan Malaysia.

“Mengapa baru sekarang mereka sahkan ia mungkin dirampas?”

“Malaysia, apa lagi yang anda sembunyikan,” tulis seorang pengguna Sina Weibo pagi ini ketika mengulas perkembangan terbaru yang didedahkan Malaysia.

Posting lain ialah:”Saya semakin kecewa dengan Malaysia dan kerajaan mereka yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak merancang pergi ke sana pada masa depan.” -TMI

11 ulasan:

  1. baguslah tak payah datang..!! puak ko datang sini nak memburit je tau!! lagi tak sedar ke?? sepatutnya tak payah di tahan.. tutuh je terus yg dtg sini tuk jd pelacur! sape nak jawab tu!!

    BalasPadam
  2. X yah dtg lg bagus. Yg dah ada ni mintak balik kg sana. Ok

    BalasPadam
  3. ini semua provokasi rouge state. kenapa perlu share maklumat yg dah ada (jika ada) kalau maklumat punca pesawat tersebut dirampas belum diketahui? seperti kita meletakkan baja pada pokok yg tidak berbuah. akhirnya pokok yg lindungi kita mati buah pun xda.

    BalasPadam
  4. Cakap dan mengutuk tu memang senang dibuat lebih2 lagi dari armchair critic...

    BalasPadam
  5. Hang datang pun nak jadi GRO je..tak mai pun tak pa no..

    BalasPadam
  6. stupid , mcmana nk umum jika belum jelas, terhempas ?mana ?jadi apa faedah kerajaan nak sembunyi , untuk apa ? nak tanggung mkn , hotel free pd keluarga penunpang ,,,, harga tambang ke beijing berapa sangat ? jgn jadi bodoh jika tak mau di panggil bodoh , jangan jadi cerdik jika memang tak cerdik.
    JIKA CINA DALAM SITUASI SEBEGINI APA YG AKAN DAPAT KAMU PERKATAKAN PADA DUNIA ??? KAMU MAHU CIPTA SATU LAGI PENIPUAN ???

    BalasPadam
  7. China will do the same thing or worse. They won't even want to say anything.....so hypocritical. And it is VERY GOOD if the Chinese do not want to come to Malaysia. Less burden for M'sia. Just look at their brethrens now, most are ungrateful, can't even speak the National Language after staying here for so long. Actually all Chinese should leave M'sia except those who have become really M'sians, with M'sian spirits.

    BalasPadam
  8. Ni tanya sikit kes ni ada kambing hitam ka tanyaaa

    BalasPadam
  9. Setuju 1000.0℅

    BalasPadam
  10. Elok lah kau tk payah datang buat menyemak kt malaysia je.

    BalasPadam