Menurut blog itu lagi, seperti insan bercinta yang lain kehilangan MH370 yang melibatkan kekasihnya membuatkan beliau tidak keruan dan susah hati.
Bagi membantu beliau menghadapi kemelut ini, majikannya iaitu Air Asia di mana beliau berkhidmat sebagai pilot telah memberikan cuti selama sebulan.
Kapten Nadira Ramli telah berkenalan ketika belajar bersama di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi sembilan tahun lalu.
Nadira Ramli anak kepada seorang pilot kanan MAS dan Fariq yang merupakan anak kepada Timbalan Pengarah Kerja Raya Selangor bernama Abdul hamid Mad Daud diberitakan merancang untuk bernikah dalam masa terdekat ini namun segalanya hanya perancangan yang belum pasti berikutan kehilangan Fariq bersama Mh370. - GendangPerang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan