NIZAR YAKIN AKAN JADI MB PERAK LEPAS PRU13.



Bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan, Nizar Jamaluddin yakin beliau akan kembali menjadi Menteri Besar negeri tersebut selepas berakhirnya pilihanraya umum akan datang.

Ini berikutan kedudukan Pakatan yang beliau sifatkan amat kuat di Perak sehingga tak mampu ditentang oleh Umno/BN yang diterajui oleh DS Zambry Kadir.

Sementara itu, Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak mengesahkan akan menjadi calon Dun Changkat Jering bagi PRU13.

Sebelum ini, pengisytiharan berkenaan kedudukan calon disitu telah dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu program ceramah di Kg Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini semalam.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui berkata, ianya adalah keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dan telah dimaklumkan kepada PAS Pusat.

Katanya, pilihan Mohammad Nizar yang juga Mantan Menteri Besar Perak adalah keputusan yang terbaik memandang beliau sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut. “Mohammad Nizar sudah dikenali dan karektornya telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang kebetulannya beliau ketika ini menyandang jawatan Parlimen Bukit Gantang.

“Saya yakin keputusan yang dibuat ini adalah tepat,” katanya ketika ditemui Harakah selepas selesai program ceramah tersebut.

Ketika ditanya berkenaan Dun Pasir Panjang yang ketika ini disandang oleh Mohammad Nizar, Ustaz Abu Bakar menjelaskan, PAS Perak telah mengenalpasti calon yang sesuai dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

“Ya, PAS Perak sudah kenalpasti calon yang sesuai, Insyallah dalam masa yang terdekat kami akan mengumumkan,” jelasnya.

9 ulasan:

  1. KESIAN MAMAT MEROYAN NIH..

    BalasPadam
  2. Lahanat ni mana ada tempat kt perak..choii.

    BalasPadam
  3. Kenapa tinggalkan rakyat DUN Pasir Panjang? Tu... la banyak sangat lambai sampai tak terlayan....

    BalasPadam
  4. aku geli tgk muka dia ni bebb.....

    meloya tekak aku...

    BalasPadam
  5. keian mike yop ,lambai ler sampai tumpo lame2 ngelupor ..x sior teman ngundi orang meroyan ni...

    BalasPadam
  6. Si Mamat Nizar ni terlupa minum todi ke???

    Dia punya cakap macam bagus aje...

    Kau akan kalah beb!!!

    BalasPadam
  7. Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!

    Tolak semua calun-calun "Manifesto BUKAN Janji"!!!

    Tolak semua calun-calun penyokong kaum sesat LGBT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    BalasPadam
  8. KESIAN NIZAR LAMBAI ! TAK HABIS-HABIS BERANGAN......KEPADA ABANG NIZAR TOLONG LAH MELIHAT REALITI USAH LAGI BERMIMPI DI SIANG HARI.....DULU BERMESYUARAT BAWAH POKOK...LEPAS NI MUNGKIN DALAM JAMBAN PULA....KESIAN..KESIAN ABANG LAMBAI......

    BalasPadam
  9. Yang aku tau awek2 bohsia kat ipoh ramai yg zyok kat nizar ni mungkin dia boleh menang dgn undi rosak....udah le tu nizar ooiii

    BalasPadam