NIK AZIZ MINTAK UMNO BUKTIKAN KELANTAN BANYAK MAKSIAT.


Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan mahu pihak yang mendakwa wujudnya masalah sosial di negeri itu mengemukakan bukti termasuk lokasi dan individu terlibat.

Sambil menyifatkan laporan media sebelum ini sebagai tidak tepat dan dibuat secara umum dengan melindungi fakta dan pihak terlibat, Nik Abdul Aziz berkata, maklumat lebih terperinci penting untuk tindakan pihak berkuasa.

“Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, tampil membuat aduan, sedangkan setiap masa ada sebahagiannya mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

“Misalnya, Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka, jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998,” katanya dipetik dari akaun Facebook beliau semalam.

Nik Abdul Aziz mengulas laporan media semalam yang mengatakan masih wujud beberapa kegiatan tidak bermoral di Kelantan antaranya membabitkan pelacuran, pengambilan dadah serta perjudian termasuk dilakukan kalangan remaja.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz mengakui Kelantan bukanlah negeri yang sempurna, namun sentiasa berusaha mengekang kegiatan tidak bermoral di negeri ini sebagaimana pengharaman premis judi, rumah urut dan penjualan minuman keras secara terbuka.

“Jika ia wujud, bermakna kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?” soalnya.

3 ulasan:

  1. BUKAN UMNO YANG MENGATAKAN KELANTAN NEGERI MAKSIAT TETAPI ORANG PAS SENDIRI YANG MENGATAKAN BEGITU..TANYALAH ORANG PAS KELANTAN YANG BERADA DILUAR KELANTAN.MEREKA SEMUA SEDIH DAN PILU LEBIH2 LAGI KALIMAH ALLAH SAOLAH OLAH TELAH DITAMPALKAN DIKULIT YANG PENUH NAJIS..

    BalasPadam
  2. senyap plak puak nie......Tanam kobis kat loging....ke reremai..hahha

    BalasPadam
  3. senang je...wlaupun lari sikit dri kenyataan... kelantan merupakan penghidap hiv paling banyak selama 3 tahun berturut

    BalasPadam