ANWAR CONFIRM KALAH!! DR MAZLAN GEMPUR KUBU KUAT ANWAR..


Rakyat di Parlimen P44 Permatang Pauh rata-ratanya tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tidak langsung berada di kawasan Parlimennya sendiri ketika kempen pilihanraya umum ke 13 berlangsung masuk hari kedua hari ini.

Anwar dikatakan lebih mengutamakan pengundi luar untuk memastikan dia mampu menawan Putrajaya dan juga mendapat jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya menumbangkan UMNO/BN selepas hari pengundian nanti.

Calon UMNO/BN iaitu Dr Mazlan Ismail pula dilihat lebih mengutamakan pengundi tempatan dengan membuat kunjungan dari rumah ke rumah. Malah strategi Dr Mazlan dianggap terbaik apabila beliau menumpukan rumah yang didiami oleh keluarga penyokong Pakatan khususnya Pas.

Ketika Anwar lebih menumpukan untuk berceramah di Kuala Kurau Perak kelmarin, Dr Mazlan mengambil inisiatif untuk beramah mesra dengan rakyat di kawasan Kampung Tanah Liat yang merupakan kubu kuat Anwar.

Kehadiran Dr Mazlan disambut dengan mesra serta beliau dilayan dengan penuh hormat memandangkan sifat beliau yang amat merendah diri. Selain itu juga, kedudukan Dr Mazlan yang pernah menjawat beberapa jawatan penting didalam struktur organisasi Pas telah membuatkan ahli serta penyokong Pas sendiri malu alah dengan beliau.

Ketika ditanya mengenai tindakan Anwar yang tak peduli kepada rakyat tempatan, Dr Mazlan memberitahu.., “Sejak semalam Anwar Ibrahim tidak ada di sini. Kalau kita lihat sudah sepuluh tahun (sejak Presiden PKR) Datin Seri Wan Azizah, tidak bagi perhatian kepada penduduk di Permatang Pauh. Lima tahun Anwar memerintah pun sama.”

“Dia tidak boleh buat begitu kerana 71,000 pengundi di sini yang mengundi dia,” katanya.

“Dalam tempoh 15 hari kempen ni pun dia tidak boleh memberikan komitmen, malah lebih memberikan perhatian di kawasan lain,” katanya.

“Kita akan berusaha untuk terus berkhidmat kepada penduduk di sini. Hanya orang kampung yang lebih memahami kehendak dan permintaan penduduk di sini.”

“Menerusi tagline kami “BN Harapan Baru Permatang Pauh” dan “Undilah Orang Kampung Kita”, saya yakin BN akan menang pada pilihan raya ini,” ujarnya lagi.

Sebenarnya tindakan Anwar ini memberikan ruang yang besar untuk Dr Mazlan menumbangkan Ketua Umum PKR tersebut di Parlimen Permatang Pauh. Jika pengundi sendiri pun Anwar abaikan.., apakah rakyat Permatang Pauh terlalu bodoh untuk mempercayai Anwar lagi? ~ MPP NEWS

17 ulasan:

  1. Insya-Allah .. kebenaran akan ternyata dan kekal akhirnya.

    BalasPadam
  2. kasi bungkus itu anuar. biar dia kalah. masa tu baru dia tau langit tu tinggi ke rendah. rakyat permatang pauh tu penting ke tak. biar dia rasa. insyaAllah

    BalasPadam
  3. mudah mudahan menang la dr mazlan nyahkan sipeliwat dan penzina tu

    BalasPadam
  4. Pencacai tegar umno hilang akal waras nya dgn mengkomrirmkan anwar kalah....anda sediri tengok la volume yg hadir ceramah anwar dlm mana2 blog.. Dlm utusan temberang memang tak de le. Jgn baca utusan dan tonton tv3. Tengok dlm internet....ok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam papagomo aku tengok sikit jugak.......

      Padam
    2. Tengok kt internet haprak daily pn penipu jugak.Kalau kt bumbung pun penuh orang tu apa ceta.

      Padam
    3. Dalam internet semis betul ke

      Padam
  5. memang lah semalam kat kuala kurau wat pe..nyampah......kera di hutan di susukan anak di rumah mati kelaparan...nuar..nuarrrr....

    BalasPadam
  6. Ceh setakat ceramah tu aku tak heran la yang penting tolak peliwat!!

    BalasPadam
  7. Alahai...yg dtg kat ceramah anwar tu bukannya yg sokong pakatan pun depa pun mcm aku jugak saja syok dgr anwar ckp dan kutuk org tapi mengundi tetap pd BN dan sokong Umno..penyokong pakatan ni perasan lah kononnya ramai yg dtg sokong diaorg padahal 70% yg hadir adalah org BN dan Umno...ceramah BN kami malas nk pergi sb BN dan Umno dlm ceramah ckp yg betul dan fakta yg mana itu semua kami dah tau jd nk hilang boring kami pergilah menempek kat ceramah pakatan...Hidup Umno,Hidup BN

    BalasPadam
  8. saya selaku bekas pekerja Dr Mazlan di TM .. berdoa yg terbaik buat Doc Mazlan agar diizinkan Allah utk menerajui kawasan Permatang Pauh .. insyaAllah .. kerana saya pasti perjuangan Doc Mazlan jauh lebih jujur dan bermatlamat berbanding dengan perjuangan incumbent kerusi Permatang Pauh ..

    BalasPadam
  9. InsyaAllah Dr Mazlan menang.

    BalasPadam
  10. wlp aku bukan pengundi permatang pauh, tapi aku doakan dr mazlan menang ganti anwar ibrahim sebab aku meluat lalu jalanraya bergegar keta bila nak pi ziarah tok2 menakan aku di sana. Nampak sgt anwar tak ambik tau.

    BalasPadam
  11. nuar tahu nak kalah... Dia sebok plan B.... Huru harakan malaysia

    BalasPadam
  12. betul..betul..betul..ceramah umno xde fitnah...x best...wakakakaka

    BalasPadam
  13. TOLAK pengkhianat negara, proksi zionis & illuminati. demi agenda melayu islam, "TOK AWANG LOCENG' pangkah dacing, HIDUP DR MAZA

    YANG SOHEH
    "TOK AWANG LOCENG", KAWAN GOMO

    BalasPadam