Ia berikutan portal berita Filipina bertajuk ‘Kumpulan Sulu ditangkap di Sabah’ memetik kenyataan Agbimuddin yang menyatakan kesediaan untuk bertemu ‘personaliti’ dari Malaysia.
Berita itu dimuat dalam portal berita, globalnation.inquirer.net bertarikh 15 Februari lalu.
“Kumpulan bersenjata mahu jumpa seorang ‘personaliti’ tapi hingga kini identiti itu tak didedah. Siapa? Datuk Seri Musa Aman? Datuk Seri Hishamuddin Hussein atau Datuk Seri Najib Razak?
“Kenapa penceroboh mahu bertemu personaliti itu? Ini menjadi tanda tanya kepada rakyat Sabah. Ini meninggalkan kekeliruan besar,” katanya.
Pada 14 Februari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, sebelum ini dilapor berkata polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.
Sedangkan, pimpinan tertinggi Umno BN pada hari sama berada di Sabah termasuk Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah untuk program BN di Tuaran, Papar, Beaufort dan Kota Kinabalu.
Laporan portal Filipina itu juga menyatakan Agbimuddin dan pasukannya dikepung pasukan keselamatan Malaysia.
“Mereka bercakap dengan kami dan merujuk saya sebagai ‘Baginda’ dan Duli Yang Maha Mulia’ (Your Excellency & Your Royal Highnesss)),’ kata Agbimuddin dipetik portal berkenaan.
Mengulas lanjut, Wilfred berkata, kegagalan tindakan agresif terhadap penceroboh Sulu selama beberapa minggu menguatkan andaian pelbagai pihak berkaitan pertemuan dengan ‘personaliti’ itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan