TERKINI!!! ANWAR UMUM TAK BERTANDING DI PERMATANG PAUH.


Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor. Pengumuman itu sekali gus melenyapkan teka-teki sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun, Anwar menambah, beliau masih belum dapat membuat keputusan muktamad mengenai pilihan kerusi yang bakal ditandingi.

"Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.

"Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak," katanya pada sidang media di ibupejabat PKR, di sini, hari ini.

Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau memegang kerusi sehingga 1999. Pada Pilihan Raya Umum 1999, ia dimenangi oleh Dr Wan Azizah.

Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon untuk diletakkan di kawasan itu.

Ditanya sama ada, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal menggantikan beliau, Anwar menolak dakwaan itu.

"Dia (Nurul Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa pasal kita nak kacau dia.

"Biar (Datuk) Nong Chik seorang kacau dia sudahlah," katanya lagi.

5 ulasan:

  1. Mr mansuh mn nk kaco pompuan, dier kn suke kaco jantannnn

    BalasPadam
  2. Nak jadi pm sangat, nape x lawan kat pekan? Kalau dia yakin pr boleh pergi putrajaya, tu ha, head to head kat pekan, tgk sapa lagi yang rakyat sokong

    BalasPadam
  3. Aku rasa tempat yang paling selamat bagi dia adalah di selangor - kat BATANG BERJUNTAI (bistari jaya)

    BalasPadam
  4. Nuar Berahi dah mula ketakutan dek bayang2 dia sendiri. Hang larilah kat mana2 pun, kita akan tolak hang. Muka sial macam hang ni wajib diludah saja...kharrrk ptuihhhhh.

    BalasPadam
  5. Woi al juburi..g lawan la najib..kata nk jadi pm...pm kena lawan bakal pm..baru besttt

    BalasPadam