MISTERI !!! KAGAT BANTU KEJADIAN ILMU HITAM DI LAHAD DATU.


Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.

Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.

Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.

Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.

Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.

"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.

Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.

Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.

Sumber: VAT 69 - Perjuangan Semalam

3 ulasan:

  1. Mrereka terdiri dari kalangan yang kurang berpelajaran. Seumur hidup mereka hanya tahu berperang gerila dengan Kerajaan Filipina. Pada mereka, kalau mempunyai senapang dianggap satu kebanggaan. Oleh kerana terbiasa dengan kehidupan gasar, mereka akan merasa sesuatu kekurangan jika hidup aman damai seperti kita di Malaysia. Kerana itu mereka senantiasa perlukan ilmu hitam dan jampi serapah untuk mendapat kesenangan. Mereka bukannya berjuang untuk kaum Sulu. Mereka sebenarnya mahu wang yang banyak, US25 Billion, sebagai ganti-rugi. Mereka sudah menjadi lanun, sama sepert lanun Somalia. Mereka telah secara tidak langsung, memburukkan agama Islam di mata dunia. Adalah sesuai benar, mereka di hapuskan dari muka dunia ini, daripada terus memcemarkan imej Islam di mata orang bukan Islam.

    RD.

    BalasPadam
  2. setuju sangat dengan pendapat rd

    BalasPadam
  3. ini pengajaran kpf kita. .kpd kerajaan, kpd PDRM bahawa jika kita leka musuh akan mengambil kesempatan, kita yg silap kita yg leka kita yg lemah, salah kita yg pura2 kita nafikan dlm diam
    jgn sampai ianya berulang, jgn ada anggota keselamatan kita gugur lagi. .
    tambahkan peralatan
    kukuhkan perisikan
    gandakan latihan!

    jika syaitan sulu menyerang lagi, setiap kita adalah pejuang, mari kita tunjukan bahwa kita bkn bangsa pengecut, kita adalah anak2 pahlawan yg tak kenal erti mundur. ..
    jika suluk menyerang lagi, kita tebas dan cantas mereka habis2an, kita buru mereka hingga ke lubang cacing. ..

    BalasPadam