KISAH SEBENAR TANGKAL DAN SIHIR TENTERA SULU DI LAHAD DATU.

Jika bukan ilmu hitam atau sihir, apa lagi mahu kita katakan kepada misteri akan kisah yang menyelubungi ramai anggota tentera kita di Lahad Datu. Setan Kiram bisa angguk-angguk kalau kita bilang, celaka apa yang sering terbang saat anggota tentera kita buat rondaan diatas tanah, sedang dicelah2 dahan dedaun sawit banyaknya 'kera-kera' melompat-lompat dan berterbangan ?

Gila sungguh kerabat pengganas ini. Coba kalian bayangkan...anggota kita meronda dibawah..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah-celah ranting pokok. Malah tembakan yang di hambur kan bertalu-talu, tidak sedikit pun mengoyah lutkan tubuh anggota pemakan sihir itu.

Dari apa yang dikisahkan oleh seorang pegawai yang ditugaskan di sana, fikir saja tentang bagaimana sekotak magazin pelurunya habis dihambur..satu pun tak memberi kesan.., lalu jalan akhir.dia yang mempunyai sedikit ilmu itu terus membenamkan peluru ke tanah, sebelum membaca beberapa ayat daripada surah al Quran....kesan terus, peluru itulah yang pantas terus menembusi tubuh pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, lantas akhirnya tumbang menyembah bumi dan mukanya terus jadi hitam seperti dibakar api. ~ Wak Albanjari.

Militan Sulu mungkin guna ilmu sihir

Sinar Harian | March 17, 2013
Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya. Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.

“Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal.

“Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.

Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu hitam bagi mendapatkan kekebalan diri.

Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.

“Kita nak berperang kena ingat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Baca doa, atau ayat- ayat tertentu misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan benar dan tidak lalai,” katanya.

10 ulasan:

  1. jangan terpedaya dengan berita khabar angin konon pengganas sulu tiu hebat kebal dan sebagainya ..

    jika mereka hebat kebal kenapa mereka lari kesabah dari askar filipina?
    jika benar mereka boleh ghaib kenapa mereka bersembunyi dalam semak dan menembak tentera kita kemudian lari ?
    kenapa mereka tidak ghaibkan diri dan terus mengamuk ditengah2 askar kita ?

    jika benar mereka hebat, dah beratus tentera kita terkorban ...
    ini semua propaganda murahan pengganas sulu !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lu apa tau setan ! Lu xde kat situ ! Gua VAT69 yg berada di tmpt kejadian waktu tu . Waktu kami berperang , lu sebok kongkek ngan lu punya bini , lps tu lu nak sembang lebih

      Padam
  2. Askar yg gay nak ingat tuhan ke? Ni bala yg menimpa 'kaum Luth' dlm ATM!

    BalasPadam
  3. anwar pakai ball bearing kat telor dia tu kira tangkal jugak ke?

    BalasPadam
  4. Syirik. Taubat la sebelum mati.

    BalasPadam
  5. Saya bukan menyokong orang filipina.tapi di dunia ni banyak ilmu alam..contohnya seperti santau yang di letak dalam makanan secara ilmubatin dan bukan mengunakan tangan kan..jikalau di letak dengan mengunakan tangan mustahil juga orang boleh terminum atua termakan makanan yang di santau..oleh itu semua kejadian adalah dari kekuasan dan dari izin allah..sumanya ada tertulis dala al-quran..

    BalasPadam
  6. No komen tp korang kene ingat dunia ni sementara je. Ingat akhirat. Sesungguhnya Allah maha penyabar..

    BalasPadam
  7. semua komen ngarut2..pepandai je..! kalu dah tak tau ttg sihir..tak payah nak bg komen..menyemak je..! aku yg g berjihad di sana menentang tentera2 yg tak dpt dilihat oleh mata sampai demam2.,. bkn sekor dua ekor..bkn dari zaman skrg..

    BalasPadam
  8. Yg xtau pa pe 2 xyah la k0men . .anoying je. ..mmg btl pn tentera sulu tu pkai tangkal ,dah lama taw kisah2 mcm 2. ..

    BalasPadam
  9. Keco la korg,, tin kosong btl la korg2 yg coment2 ni pui

    BalasPadam