KEADILANDAILY SAHKAN TIAN CHUA MENIPU.


Media rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Keadilan Daily tetap tidak berganjak dengan penerbitan artikel kontroversi, yang memetik kata-kata Naib Presiden PKR, Tian Chua yang kini semakin tertekan.

Editor, Fazallah Pit, berkata beliau dan pasukan wartawan mematuhi piawaian profesional kewartawanan dan penerbitan artikel tersebut tidak mempunyai apa-apa masalah.

"Tidak ada masalah dengan artikel. Orang ramai boleh membacanya," kata Fazallah, yang dihubungi oleh akhbar New Straits Times.

Fazallah, yang merupakan wartawan berpengalaman, berkata isu hanya berkisar kepada blogger tertentu yang didakwa memutarbelitkan artikel asal sebagai di luar konteks.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tian Chua awal semalam yang telah menjauhkan dirinya daripada laporan berita yang telah diterbitkan Keadilan Daily pada hari Jumaat, memetik kata-kata beliau terhadap serangan pengganas di Lahad Datu.

Tian Chua, yang juga ahli parlimen Batu, berkata beliau hanya bertanggungjawab kepada petikan asalnya didalam artikel.

Apabila ditanya sama ada Keadilan Daily telah memutarbelitkan cerita asal, Chua dalam satu sidang akhbar semalam berkata dia tidak bertanggungjawab terhadap tindakan akhbar tersebut.

"Saya serahkan perkara ini kepada mahkamah. Saya tidak bertanggungjawab ke atas apa yang mereka tulis.

"Saya hanya bertanggungjawab untuk apa yang telah saya katakan dalam artikel tersebut," kata Chua.

7 ulasan:

  1. Pusing 360 macam penjubor tu

    BalasPadam
  2. ingat kata2 muhydin, kena beringat sebelum berkata-kata..

    BalasPadam
  3. Haiya Ah Beng, lu sudah order Air daun Ketum lagi sudah minum. Bila olang nampak lu pusing cakap lu order herbal tea itu orang amik order sudah bancuh salah buat.

    Lu mau tipu sapa ah beng... lu punya amak ka?

    BalasPadam
  4. ganjaran rm5000 kpd sesiapa yg tampar babi nih. easy moneyyy

    BalasPadam
  5. kencing jer budak2 hingus dari UMNO ni....tu jer la keje korang...membohong jer...nanti dalam kubur pun tipu malaikat...bawak2 mengaji dan pergi masjid dengar kuliah banyak2...UMNO ITU PARTI BINATANG LIAR

    BalasPadam
  6. Sian ko..mengaji tp bodoh..gi masjid dgr kuliah ke dgr ceramah tabur fitnah..semayang tonggang tonggek tp x dpt hidayah..mengata org islam binatang liar ko tu kafir ke?

    BalasPadam
  7. memang lah patut org pas tak segan kerana tok masidul yg pakai serban itu yang di sanjung mereka bukan mainx tetapi bercakap mcm org kafir lebih dasyat lagi. Kalau ikut tengok dengan mata kasar memang ianya perfect alim konon tetapi mulut celupar pakcik aziz itu lebih jahat dari org yahudi.Itulah yang org pengikut pas tertipu tanpa sedarkan diri kerana apa yang mereka nampak pada luaran,dan dalaman ketua mereka jahat sperti binatang bodoh mcm lembu

    BalasPadam