Tapi nasib baiklah artis tu cuma hampir-hampir diliwat je.., bukannya betul-betul diliwat.. Kalau tak, habislah keterunaan yang dia pertahankan selama ni kannn...
Ishhh..., apa nak jadi sekarang ni yee.. Bukan je pompuan dalam bahaya kalau berseorangan.., tapi lelaki pun dah tak selamat lagi beb.. Tambah-tambah pulak lelaki macho macam gua ni.., memang bahaya jalan sorang-sorang waktu malam..
Mana lah nak tahu kannn.., silap-silap haribulan.., hilang backside virgin beb... Awwwww... Tak relaaaa.. Huhuhuhu...
Bunyinya agak menyeramkan, tapi itulah yang terjadi kepada pelakon popular, Johan As'ari apabila dia hampir menjadi mangsa liwat.
Namun, insiden itu hanya berlaku di dalam satu babak drama terbaru terbitan TV3, 'Karlos' yang akan ditayangkan pada 4 Mac ini.
"Jujurnya, saya berat nak melakonkan babak tersebut. Rasa gementar pun ada apatah lagi si pelaku watak yang hendak meliwat itu cukup menjiwai lakonanya.
"Tapi jangan risau kerana tidak ada pun aksi keterlaluan yang ditunjukkan cuma 'short scene' sahaja," kongsinya.
Ditanya adakah dia rela hati membawakan watak sedemikian jawabnya;
"Ikutkan skrip asal mahukan saya diliwat, tetapi selepas saya berbincang dengan pengarah dan penulis skrip akhirnya babak tersebut diolah agar tidak keterlaluan.
"Itu yang jadi sekadar hampir diliwat. Bukan apa, saya bimbang persepsi orang nanti dan akhirnya mereka pun bersetuju."
Selain Johan yang membawakan watak Karlos, pelakon lain yang terlibat adalah Syazwan Zulkifli (Kenji), Nam Ron (ayah Karlos), Sherie Merlis (ibu karlos), Jay Iswazir dan ramai lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan