EKSLUSIF!! TAKTIK PENCEROBOH MASUK KE LAHAD DATU DIDEDAHKAN.


Ramai dikalangan penyokong Pakatan termasuk Anwar Ibrahim sendiri mempersoalkan mengapa perairan negara begitu mudah dicerobohi oleh kumpulan 180 orang termasuklah 32 anggota bersenjata dari Filipina. Mereka mempertikaikan kawalan keselamatan yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal sempadan dan perairan negara dari diancam musuh.

Persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang itu merupakan bukti jelas bahawa mereka langsung tak tahu apa-apa tentang ancaman yang diterima di perairan negara yang boleh dikatakan hampir setiap hari oleh anasir-anasir luar.



Pembangkang di Malaysia termasuklah Anwar Ibrahim fikir 180 anggota penceroboh dari Filipina tersebut masuk merentas lautan dari Mindanao ke Sabah sekaligus? Bodoh lah mereka jika berfikir begitu kerana ia akan mudah dikesan oleh pihak pengawal perairan negara.

Untuk pengetahuan semua, setiap hari ada banyak bot-bot kecil yang berulang alik dari pulau di selatan Filipina ke Sabah sama ada untuk berniaga ataupun diatas urusan harian. Dengan keadaan pantai yang luas, tak mustahil akan ada bot kecil yang bolos dari pemeriksaan pegawal perairan negara.


Kumpulan-kumpulan kecil penceroboh tersebut masuk ke Sabah dan berkumpul dalam skala besar di Lahad Datu bagi menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia menggunakan senjata sebagai ancaman. Tiada siapa yang tahu sudah berapa lama perancangan yang dilakukan oleh mereka sehinggalah ketibaan 32 orang berpakaian celoreng di kawasan tersebut.

Ada maklumat mengatakan, sebilangan anggota kumpulan penceroboh tersebut sudah berada di Lahad Datu hampir 4 bulan dari tempoh berlakunya pertumpahan darah. Ini menunjukkan bahawa perancangan mengangkat senjata oleh kumpulan ini sudah diatur sejak awal lagi.


Setelah musuh dikenalpasti, pihak yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga keselamatan  negara mula mengambil tindakan mengepung dan menangani sebarang tindakan musuh. Ia dilakukan dengan berhati-hati agar konflik diantara Malaysia dan Filipina tidak tercetus.

Didalam rutin mengawal keselamatan dalam negara sendiri pun adakalanya menyaksikan anggota keselamatan kita cedera atau terkorban, apatah lagi ketika menentang kumpulan militan bersenjata lengkap dari luar.

Oleh itu, dakwaan Anwar bahawa pihak keselamatan negara cuai dalam menjalankan tugas serta kerajaan Malaysia memandang remeh isu keselamatan sempadan langsung tak boleh diterima pakai. Ia jelas menunjukkan bahawa Anwar dan Pakatan sengaja mahu mempolitikkan isu ini demi kepentingan peribadinya sendiri.

17 ulasan:

  1. Tangkap aje dalang yg menyebabkan pencerobohan ini dan bawa ke muka pengadilan. Dalang bangsat ini jangan cuba nak main wayang! Kami rakyat Malaysia sokong sepenuhnya apa-apa tindakan kerajaan terhadap dalang ini yg telah menyebabkan kehilangan nyawa pada anggota keselamatan kita. Tunggu apa lagi?

    BalasPadam
  2. Cakap memang senang...cuba minta kebenaran pihak berkuasa untuk sama-sama meninjau perairan kita di Sabah. Gigi dan lidah lagikan tergigit ini pula lautan yg luas!

    BalasPadam
  3. Haha projek ic mkn diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nape la kau ni bodo sgt..?? Asik hentam lobang bontot je tu la akibatnye..bodo smpai ke mampus..!!

      Padam
  4. Kita perlu akui Semenanjung Malaysia dan perairan Sabah dan Sarawak dikelilingi dengan lautan yang luas dan merupakan kedudukan yang strategik yang memungkinkan sebarang pencerobohan.

    Amat mudah bagi pihak Pembangkang menyalahkan pihak Kerajaan dan keselamatan memandangkan mereka hanya ingin mempolitikkan keadaan. Mereka jugalah yang mempertikaikan pembelian kelengkapan tentera seperti kapal selam yang amat diperlukan untuk mengawal perairan.

    Apa pun kita perlu mengambil pengajaran dan memperkasakan kelengkapan tentera kita terutama bagi menagani ancaman dari laut.

    BalasPadam
  5. Apakah rasionalnya Aljuburi mempersoalkan pertahanan negara ? dan apakah perbezaannya dengan mendedahkan dan merekaciptakan cerita yang karut marut mrngenai Malaysia olehnya di luar negara? Janganlah membaling kondom lepas zina dan berjubor salahkan BN dan UMNO.

    BalasPadam
  6. al juburi manusia laknat

    BalasPadam
  7. Buang masa saja jawab soalan juak-juak P'Gay'R ni. Depa bukan tak tau jawapannya. Sekarang ni nama Nuar Berahi dan beberapa juak-juak tertinggi P'Gay'R telah dikaitkan sebagai salah satu dari 3 dalang yang menjadi penghasut / penyebab kepada insiden di Lahad Datu. Depa kena jawab tohmahan tu jadi bersedialah kita melihat tai chi mangkuk2 barayun ni.

    BalasPadam
  8. utk Fuad Salleh yg komen pakai pesbuk tu....jangan mengomen kalau x tau ujung pangkal pasal isu d lahad datu. jgn komen berdasarkan pengalaman korang tgok filem2 perang or drama swasta ye

    Fuad salleh, ayat kau 'Pasukan keselamatan sudah tentumeletakkan anggota perisik di kampung-kampung berkenaan' tu dah menunjukkan kau x tau menahu langsung soal pertahanan & perisikan ni. so x payah la nak tunjuk pandai kat sini ye. hangin gak aku bila baca ayat2 ko yg dok sebut2 soal risik ni sebab aku dari KORIS(tah2 KORIS pun ko x tau apa benda)
    so jangan la ko nak buat andaian berdasarkan kepala hotak ko dan sedap2 komen dari maklumat yg org sampaikan

    BalasPadam
  9. They bunch of sick guys bro. When we state the fact, they bark. They believe they are the right one but the fact is, they don't know everthing. They watch too much Western movie where the spy work alone and live in expensive hotel. They don't even know why Gov choose to negotiate.all they see is a reason y this should be a ingredient to their politic appetite. This type of ppl should be send there and be the frontline. And let's see, whether they do what they been bark since this matter arise.

    BalasPadam
  10. Hah..! Ap kata time ni la kita sruh PM t'sayang 'fungsi' kan kapal selam scorpene tu... Xkan la dgn hrga b'bilion2 jd pameran je kn?

    BalasPadam
  11. Projek IC mungkin memakan diri tetapi saya kira semua konspirasi ini akan menguntungkan pihak kerajaan dimusim pilihanraya ini. Peristiwa LD ini telah ditulis kemungkinan yang akan berlaku pada Negara Malaysia di salah satu plak perjanjian yang ditulis oleh Tun Mahathir di salah satu tugu perjanjian di Putrajaya.

    BalasPadam
  12. Baru beli 2 je kapal selam 2 wei. Mane cukup. Nk kne tambah lg. Tp camne nk tambah, ade org yg x suka.

    BalasPadam
  13. Saudara Herzamie Izra Razali,

    Jelas sekali anda tidak pernah tinggal dikawasan sempadan negara. Cubalah pergi dan tengok sendiri. Tak nak tinggal di sana pun tak pe, sekadar selusuri pinggir sempadan.

    Di Rantau Panjang, Kelantan, tak yah naik bot, naik rakit pun boleh sebab ada bahagian Sg Golok yang amat kecil lebar sungai tu. Anda boleh bercakap bertanya kabar dengan orang Siam di seberang sungai tu.

    Brapa ramai askar nak mundar-mandir jaga setiap inci sungai tu? Lagipun masyarakat di sempadan ni, mereka umpama jiran. Mereka datang beli sayur beli gula lepas tu mereka balik, jadi Pasukan Keselamatan hanya akan tahan orang2 yg nampak suspicious aje.

    Lain kali, jangan buat komen yg hanya menampakkan kejahilan anda. Bertanya lah dulu. Takkan takde kawan2 yg tinggal di sempadan negara?

    BalasPadam
  14. kami bangga dgn wira2 kami berjuang demi tanahair tercinta kami...kepada mereka2 yg tidak merasa pahit getir perjuangan mempertahankan tanahair adalah tanggungjawab rakyat malaysia silalah berambus...nyah dari bumi malaysia...haram kaki-kaki penderhaka ni pijak bumi malaysia...Rasullullah pernah berkata lihatlah kaum munafik itu (kaum yahudi) yg sibuk menjaga keluarga mereka dari hadir dimedan perang dan menyebar khabar angin (dhomah)tentera islam kalah dalam peperangan..yg lebih melampau mengatakan baginda terbunuh dalam peperangan...
    Jadi buat perwira tanahair...berebut-rebutlah dalam mengejar syahid kerana menjaga keamanan negara, bangsa dan agama...seperti mana zaman rasullullah..zaid yg berumur 10tahun meminta izin rasullullah hendak berperang kerana mengejar syahid...jaminan yg semestinya syurga..lupakan hasutan PKR atau syaitan yg menghasut hati mu..rugilah mereka yg menuruti perangai kaum yahudi itu...nerakalah tempat sebaik2 balasan yg dijanjikan allah kepada kaum itu....benarlah janji-janji allah itu...Allahuakbar...allahuakbar...allahuakbar..

    BalasPadam
  15. semoga Allah melindungi tanah air tercinta ini. Bedoalah sambil kita mencari jalan untuk sellesaikan konflik yang rumit ini.

    BalasPadam
  16. Ini lagi bodoh, bot2 kecil yang ulang alik merentasi sempadan tu tak kena check? Dlm skala yg besar atau kecik, mana2 individu yg merentasi sempadan antarabangsa haruslah di periksa. Nak salahkn siapa? Pastilah slahkan pihak keselamatan yg bertugas di perairan lahad datu, alaa.. Senang ja mau rumuskn hal ni. Semua rokok haram lalu dari situ, n mcm biasa pegawai2 kita kena rasuah. Jgn nak menafikan isu rasuah ni. Sebab ini salah satu masalah rasuah di negara kita yg membawa kepada ancaman kepada kita semua.

    BalasPadam