Salahuddin seolah-olah sudah maklum bahawa isu di Lahad Datu yang mengorbankan banyak nyawa ini akan memberikan kesan buruk pada kerajaan khususnya didalam usaha Pakatan menawan Sabah seperti yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim beberapa bulan sebelum kejadian berlaku.
Harus dipersoalkan, bagaimanakah Salahuddin dan juga pemimpin Pakatan di Sabah boleh mendedahkan aspek keselamatan di negeri itu amat lemah dan terabai khususnya di Lahad Datu?
Mungkin kah mereka turut menyumbang kepada kemasukan tentera Kiram III ke negeri tersebut?
Lajim Ukin yang kini kuat menyokong Anwar juga mendedahkan kepada HarakahDaily bahawa tahap keselamatan di Lahad Datu amat teruk dan terabai.
"Pihak keselamatan Lahad Datu tidak pernah memiliki peralatan logistik dan kenderaan pacuan empat roda sentiasa rosak dan bot peronda dalam keadaan teruk," katanya. [sumber]
Kenyataan Presiden Pakatan Perubahan Sabah itu sekaligus menunjukkan yang Pakatan lebih arif mengenai kelengkapan dan tahap keselamatan di Lahad Datu sendiri berbanding dengan Kementerian Pertahanan.
Bukankah ini sesuatu yang pelik kerana sebelum ini pihak pembangkang di Malaysia menolak peruntukkan didalam Bajet yang diluluskan untuk menambahbaik sistem senjata serta kelengkapan keselamatan negara?
Dan tak mustahil dengan pengetahuan sebegitu disalurkan kepada pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan kekacauan didalam Malaysia? ~ MPP News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan