AHLI ULAMAK KELANTAN TERBUKTI MENJAUHI PAS.


Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.

17 ulasan:

  1. PAS semakin sial dari hari ke hari

    BalasPadam
  2. Sudah2 la dk wat citer best.aku org kelantan.xperlu nk pom pang pom pang ngeri org..byk lg bnda kt penang tu blh citer..nk bnding kelantan nga penang,jauh lg elok kelantan..kamon la bro..bljr trima hakikat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun org kelantan . mmg betul apa yg ditulis. Pas di Kelantan makin tertekan. terkini ada billboard kat sekolah rendah padang Garong memetik ucapan nik aziz ttg dosa besar umno. sah Pas tertekan

      Padam
  3. ALHAMDULILLAH PERUBAHAN SEMAKIN TERASA DI KELANTAN,RAKYAT MARHEIN TELAH DISINGKAP PINTU HATI NYA UNTUK MELIHAT KEBENARAN.SEMUA INI ADALAH KEHENDAK ALLAH ALLAH BISA MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG DIKEHENDAKINYA.....MENINGGALKAN PERJUANGAN PAS ADALAH DITUNTUT OLEH AGAMA DAN IA WAJIB BAGI SEMUA INSAN MUSLIM YANG MASIH ADA IMAN SERTA AKAL, MEMANG BENAR APA YANG DISARANKAN OLEH PARA ILMUWAN DAN ULAMA-ULAMA ISLAM TERSOHOR KELANTAN, MENYOKONG DAN MENGUNDI PAS ITU ADALAH HARAM DAN BERDOSA KERANA PAS SEMEMANGNYA BANYAK MEMBAWA KEROSAKAN DAN MALAPETAKA KEPADA AGAMA DAN BANGSA...BUKAN SETAKAT ITU SAJA PAS JUGA MENJADI AGEN PEMUSNAH ALAM SEKITAR DISEBABKAN KERAKUSAN NAFSU SERAKAH SELURUH PEMIMPIN TAK BERAKHLAH MEREKA......PADA SAYA SELAKU RAKYAT KELANTAN SAYA MENADAH TANGAN SETINGGI NYA KEHADRAT ALLAH S.W.T MENGUCAP SYUKUR YANG TAK TERHINGGA DENGAN HIDAYAH DAN RAHMAT YANG ALLAH TELAH TURUNKAN DI HATI HATI RAKYAT UNTUK TERUS BERFIKIR DAN MENILAI YANG MANA KACA DAN YANG MANA INTAN......DAN MEREKA TELAH TEPUK DADA SETERUSNYA TANYA IMAN BAGI MENENTUKAN BUMI KELANTAN DI MASA DEPAN.....DAN SAYA BERDOA AGAR KEINSAFAN DAN HIDAYAH INI AKAN DITERJEMAHKAN DALAM BENTUK UNDI KEPADA UMNO (PARTI YG LEBIH ISLAM DARI PAS) UNTUK MERENCANA MASA DEPAN ANAK BANGSA DI BUMI BERTUAH INI. yang ikhlas MAMUD KOTA BHARU.

    BalasPadam
  4. tak sabar rasanya nak tunggu PRU13 ni kan ...

    BalasPadam
  5. BN dan UMNO terus maju untuk membela Agama bangsa dan Negara..

    BalasPadam
  6. Ulamak yg kononya tok guru pondok di kelantan tiada org kenal pun malah pundok pon takda. Mereka ini dibayar UMNO semata2 utk mengkafirkan PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ke kata2 hang ni soyl...nanti aku tnya org kel.klu diaorg knl...terima lah dosa fitnahye....

      Padam
    2. Ada fakta? dosa fitnah besar sgt2

      Padam
  7. ulama sebenar tidak menonjolkan diri DAN HANYA MENCARI REDHA ALLAH, DAN KEMUNCULAN MEREKA DI TENGAH KHALAYAK HANYA UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN, IANYA BERBEZA DENGAN POK NIK ALAIHISALLAM YANG SEMUA BENDA HENDAK DIPOLITIK DAN MENGEJAR PUBLISITI MURAHAN ALA BUDAK-BUDAK HINGUSAN, BEGITU JUGA DENGAN PEMINPIN DAN ULAMA TERCERDIK PAS YANG LAIN SEMUA NYA HAMPAS...MEREKA HANYA PANDAI DI BAWAH TEMPURUNG HIJAU DAN IDEA MEREKA TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH INSAN YANG BERAKAL DAN BERAKHLAK APATAH LAGI MEREKA YANG ADA ILMU DAN AGAMA AKAN MENOLAK PAS DAN LEBAI NAJIS PAS......YANG TINGGAL DALAM PAS KINI ADALAH MEREKA YANG BEROTAK UDANG TERMASUK PEMIMPIN TERAGUNG MEREKA.....SEBAB ITULAH MEREKA DIPERBODOH SEBODOHNYA OLEH DAP DAN DIKENCING SEKENCING-KENCING OLEH DAP.....ITULAH BALASAN ATAS KEJAHATAN DAN KETOLOLAN MEREJKA SENDIRI.....AMIN

    BalasPadam
  8. Hahaha.....letak gambar artis masa dulu2 buat ape....itu zaman sebelum mereka terima hidayah utk memilih kehidupan islam sebenar...jgn aib kan org yg sudah insaf....ape la mangkai sangat admin nie....

    BalasPadam
    Balasan
    1. cakap pasal ustazah jadian Abby ke.. kita berhijrah utk jadi seorg manusia yg lebih baik dr dulu. ini tidak pakai image ISLAM tapi caci maci org..... kita terima hidayah kita sepatut sedar kita kena jaga image ISLAM itu dgn menjadi seorg manisia yg lebih baik dari dulu, kena jaga segala tingkat laku kita.jaga mulut, mata, teliga tangan segala nya. Apa bangsa lain nak fikir tentang ISLAM in. Org macam in lah rosak image ISLAM di mata bangsa lain.

      Padam
    2. Terima hidayah blajar agama.bkn bljr bpolitik....

      Padam
  9. orang-orang yg sokong pas jew masih bute lg sedap duk kutuk2 umno lau pew2 jadi sapew yg tolong bukan umno kew..pas ada kew tolong eleh ckp besar boleh la bg lau nak buat ape2 kosong jew...penyonkong dia jew masih bela dia,nie dia yang buat salah duk salah umno, nak nye dia tunjuk dia tu tk pnh buat salah sekecil kuman pun,orang yang bodoh jew dia boleh tipu,orang yg pandai fikir takkan dapat tipu nye..cube bg dia merentah ape yg dia boleh buat memajukan negare,tgk yg lepas2 dah la sedangkan tempat dia di kelantan pun huru-hare..orang yg berubah tu mendapat hidayah bukan kerana pas,tu hak dia la nak sokong mane2 parti,nie tk lau artis tk msuk umno duk kutuk umno cm nie la cm tu la...

    BalasPadam
  10. pas sibuk nk msukn artis...dh lupa pasal sekolah pondok....lebih seronok layan artis dr ustazah...

    BalasPadam
  11. TAHNIAH BAGI MEREKA YANG TERBUKA HATI MENINGGKALKAN PAS, PARTI SESAT LAGI MENYESATKAN...CONFIRM MENYESATKAN!!

    APA TIDAKNYA..APA LAGI YANG TAK JELAS?

    ALLAH MELALUI RASULNYA MENGAJAR KITA BAHAWA RUKUN ISLAM LIMA PERKARA.
    APA PULA KATA PAS KEPADA UMNO WALAUPUN MEREKA MELAKSDANAKAN RUKUN ISLAM ITU? BAGI PAS ORANG UMNO APA?

    ALLAH MENGAJARKAN KITA MENJAUHI SETAN SEBAGAI MUSUH YANG NYATA. BANYAK AYAT AL-QURAN MENGENAI LARANGAN ALLAH ITU. TAPI APA PULAK KATA N.AJIS?
    MAKA JADILAH APA YANG KITA LIHAT HARI INI. AKHLAK SETAN!!

    KITA MENGHORMATI NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN SEGALA KELEBIHANNYA.
    TAPI APA PULAK KATA N. AJIS TERHADAP JUNJUNGAN BESAR ITU?

    APA LAGI YANG TIDAK JELAS? KALIMAH ALLAH?...

    BalasPadam
  12. SUDAH TERLAMBAT MEREKA INI SUDAH TAKSUB 99.99% PAYAH BERUBAH

    BalasPadam