Selepas hubungan cinta penyanyi wanita, Yunalis Zarai dengan pelakon lelaki, Qi Razali terputus di tengah jalan, dikhabarkan Yuna mempunyai pengganti Qi yang bernama Julian.
Akan tetapi, Yuna ketika itu tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai kisah tersebut.
Selepas berlangsungnya majlis kesyukuran sempena kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) baru-baru ini, Yuna membuka mulut mengenai hubungannya dengan Julian.
Kata Yuna, dia tidak menolak sekiranya takdir Tuhan menentukan mereka berdua mempunyai jodoh dan berakhir ke jinjang pelamin.
“Jodoh kita tak tahu. Saya pun single. Walaupun berlainan agama, bagi saya kita semua sama.
“Saya tak judgemental, begitu juga dengan keluarga saya,” kata Yuna yang dipetik dari Malaysian Digest.
Pun begitu, Yuna menegaskan dia tidak mahu memikirkan soal cinta atau mempunyai keinginan bercinta dengan mana-mana lelaki.
Ini kerana, Yuna mahu fokus dalam kerjaya nyanyiannya selain mahu mencapai cita-citanya terlebih dahulu.
“Tapi buat masa sekarang, saya nak fokus pada karier. Umur saya dah 27 tahun, saya tak boleh nak buang masa lagi. Banyak lagi perkara yang saya nak capai dalam karier,” katanya.
Bercerita mengenai perkenalannya dengan Julian, Yuna memberitahu Julian adalah sahabatnya sendiri dan merupakan jurufoto rasmi kepada dirinya.
Kata Yuna, Julian sudah lama teringin datang ke Malaysia dan berkesempatan pulang pada November tahun lepas atas urusan kerja, Yuna mengajak Julian dan menjadi jurufotonya.
“Dia kawan saya. Sebenarnya dia dah lama nak datang ke Malaysia tapi dia tak kenal sesiapa di sini. Jadi masa bulan November tahun lalu saya balik ke sini dan kebetulan saya terlibat dengan banyak majlis hiburan, konsert jelajah dan persembahan.
“Jadi saya katakan padanya, dia boleh jadi jurugambar saya. Memang sepanjang dia kat sini, tugas dia ambil gambar saya,” terang Yuna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan