Rita sendiri membaca komen-komen membabitkan Aidil dalam laman twitter Nazmi, yang dihantar oleh peminat ke laman sosial peribadinya.
“Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya.
“Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan," beritahu Rita.
Beliau mengulas dakwaan pemain yang kini beraksi untuk kelab SC Beira-Mar di Portugal itu di dalam twitter hari ini yang mendakwa Aidil menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasihnya yang dikenali Tengku Fiella.
Mohd. Nazmi mendakwa, Aidil pernah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk dia berbelanja di Johor dan tinggal bersama pemain Johor Darul Takzim itu selama beberapa hari.
Bagaimanapun, Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan