AMK bantah buku LUCAH Anwar...

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, penerbitan buku bertajuk ‘Anwar Ibrahim dan Agenda Zionist’ yang mula diedar semalam antara lainnya mengaitkan Anwar dengan beberapa tokoh Israel.

“AMK Selangor percaya buku fitnah Anwar, risalah ‘Sinar Selangor’, serta pelbagai lagi buku termasuk cakera video lucah agenda Umno BN yang terdesak untuk memenangi kembali Selangor pada pilihan raya akan datang.

“Ia berikutan penerbitan itu tidak ada nama penerbitan, alamat percetakan yang sekaligus membuktikan tindakan desperado politik kotor ini sememangnya perbuatan keji mereka.

“Ini amalan pengecut Umno BN yang sengaja untuk memecah belah rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

“Kita dapati beribu-ribu buku fitnah ini disebarkan berperingkat-peringkat di setiap rumah di Taman Sri Andalas dan Kota Raja, Klang. Manakala risalah ‘Sinar Selangor’, VCD lucah serta lain-lain risalah pula dihantar secara pos ke rumah dan surau seluruh Selangor sejak dua bulan lalu,” jelasnya.

“Tindakan terkutuk ini bukan budaya politik negara yang mengamalkan demokrasi,” kata Azmizam.
AMK Selangor akan membuat laporan polis berhubung penyebaran buku dan risalah fitnah tersebut.
“Kami akan membuat laporan polis dalam kadar segera dan memohon polis agar melakukan siasatan dengan adil.

“AMK Selangor juga meminta penduduk yang mendapat dokumen fitnah ini dapat menyerahkannya ke pejabat-pejabat KEADILAN, PAS dan DAP yang berhampiran untuk memudahkan kita menangkap dan mengesan siapakah penyebar tersebut.

“Penduduk yang memiliki CCTV di rumah juga dipohon agar mengenal pasti wajah atau nombor plat kenderaan mereka,” ujarnya.

11 ulasan:

  1. Mana nak dapat neh? menarik weh...leks la AMK..kata korg perjuangkn kebebasan bersuara...inila yg dinamakn sbg KEBEBASAN BERSUARA....

    BalasPadam
  2. They say want democracy. When ppl publish the book,they say do not practice democrracy. Wth. They being eaten by their own word

    Sarawak

    BalasPadam
  3. itu masalah ko la bai..apsal nak halang pula?..negara kita kan demokrasi..tak bantah pun orang dah tahu mana yang betul mana yang tidak..

    BalasPadam
  4. Bagi link, nak download buku hot ni...!

    BalasPadam
  5. Konon cakap UMNO memecahbelahkan masyarakat,yang PKR dok kempen kehulu kehilir tu x memecahbelahkan masyarakat ke!!!!!!!!!!!!!
    Ujudnya PKR tiada siapa pun yang untung kecuali orang PKR.
    Nuar kan banyak duittttt

    BalasPadam
  6. xsbr nak dpt buku 2.

    BalasPadam
  7. Edarkan!!!!AKU NAK SATU!!

    BalasPadam
  8. bangang punya AMK!!!!! yangko nak kecoh pasal pe pulak?????? kan ini yang parti ko perjuangkan selama ni. biar la benda2 tu diedarkan,itu hak diorang nak bebas menyuarakan pendapat.
    hamik kau!!!!!
    bodoh punya AMK!!! hhhhhhhhaaaaaaakkkkkkkk pppppptttuuuiiiihhhh..........

    A.B.A.I

    BalasPadam
  9. keadilan jubur tahik..ko buat ceramah fitnah dan entah apa-apa...tak aper pulak....orang lain buat tak boleh pulak..

    BalasPadam
  10. betul ke umno / bn yg buat?.. ntah2..... setakat ni sume bukti.. anwar sendiri yg ucapkan, anwar sendiri yang lakonkan, anwar sendiri yg membuka pekung siapa die sebenarnye.. so hati2... boleh jadi DAP yang buat... ade kemungkinan juga....

    BalasPadam
  11. Nama Buku : ‘Anwar Ibrahim dan Agenda Zionist’
    Penerbit Buku : Kebebasan Bersuara
    Penulis Buku : Kami Bersuara Tanpa Batasan
    Cetakan/Edaran : Janji Ada Untung


    Patut letak nie kat belakang buku tue... Bukan kah ini yang dilaung-laungkan dengan kebebasan bersuara??

    BalasPadam