BREAKING NEWS

Anwar dan PKR guna dana Yahudi.. PAS mesti suka!!!

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed berkata agensi itu, Yayasan Konrad Adeneur (KAF) membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).

KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan ‘Perjanjian Luxemburg’.

Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada PKR.

Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan).

“KAF secara terbuka menaja Pakatan menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di German yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF.

“Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri,” katanya dalam sidang media di Pejabat Umno Selangor di sini hari ini.

Selain KAF, Mohd Zain mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR dan menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.

“PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti,” katanya.

NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline Albright yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat.

Selain NDI, cabang lain ialah Institut Republikan Antarabangsa (IRI), Pusat Solidariti Buruh Antarabangsa Amerika (ACILS), dan Pusat Perniagaan Swasta Antarabangsa Amerika (CIPE).

“IRI dipengerusikan Senator John McCain, yang juga sekutu Anwar. Agensi-agensi ini merupakan proksi kepada golongan Yahudi Zionis,” katanya.

Beliau mendakwa agensi itu turut menggunakan kempen kebencian secara subversif apabila membangkitkan isu ‘Malaysia Spring’, Hindraf, dan isu Kristian semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sarawak tahun lalu.

“Menggunakan sentimen agama dan mewujudkan kebencian di kalangan rakyat bagi merampas kerajaan adalah satu kaedah yang paling primitif dan tidak bertamadun,” katanya yang mahu membuat pendedahan lagi pada masa akan datang.

Apa kaitan Honda dan dada Chinadoll ? Anwar mungkin boleh jawab...

Gua musykil sungguh dengan promosi dari syarikat penjual kereta Honda di China nih.. Apa kena mengena beli kereta dengan tengok dada?

Nak promosi pun agak-agaklahh... Ni bukan promosi namanya.., ini sudah jadi diskriminasi kepada wanita beb..

Gua harap sangat jangan ada syarikat di Malaysia buat perkara bangang macam ni..

Cukuplah kita ada sorang "manusia anugerah Tuhan" yang gemarkan Chinadoll.., itupun dah cukup 'seksa' beb...

Ceritanya macam ni..., wakil penjual syarikat Honda di China telah mengejutkan orang ramai dengan menawarkan satu tawaran "menarik" kepada pembeli produk Honda di syarikat tersebut.

Tawaran ini telah menarik minat ramai orang khususnya lelaki dan tawaran ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana syarikat sebelum ini.

Tawaran yang dimaksudkan ialah pembeli dapat hadiah bonus iaitu melihat payudara wanita! WTF!!!


Mahfuz tuduh Najib persenda Agong..

Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf daripada Yang di-Pertuan Agong di atas kesilapannya berhubung pemansuhan Sistem Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA).

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, tindakan Najib membatalkan SBPA setelah Agong memperkenankan persaraan Kumpulan Premier dilihat menghina baginda.

"Pada 27 Disember 2011 Agong telah perkenan akan persaraan golongan premier.

"Batal SBPA ini macam persenda Agong, bulan 12 (Disember) bawa memo untuk dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, bulan 3 (Mac) batal SBPA. Najib perlu mohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga menuntut penjelasan Najib berhubung berhubung jumlah wang yang telah dihabiskan untuk tujuan perlaksanaan SBPA sejak ianya dicadangkan tahun lalu.

"1 Januari Kumpulan Premier ini dilantik semula secara kontrak. Apa status mereka sekarang?Mereka sudah bersara tapi SBPA dibatalkan sedangkan mereka dilantik melalui SBPA dan diperakui JPA mereka telah menerima gaji pada Januari dan Februari.

"Saya juga minta Najib jelaskan berapa jumlah yang telah dibayar kepada mereka, tapi Najib tidak jawab soalan saya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.


p/s: Kenapalah gua asyik nak tergelak je bila Mahfuz ni bagi statement.. Tengok je muka dia.., terus gua terbayangkan Mr Bean... Hahahahaha...

Khairy "belasah" Anwar dalam Sidang Parlimen.. Hebat menantu babah!!

Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri' apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja.

Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians".

"Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.

"Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.

Berdasarkan laporan WSJ mengenai temu ramah dengan Anwar dalam laman webnya berbunyi: "Dalam temu ramah Anwar menjawab kepada soalan sama ada beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel dengan menyatakan 'sokongannya' untuk 'usaha melindungi keselamatan negara Israel' manakala pada masa yang sama menyokong 'hak sah rakyat Palestin'.

Beliau berhenti sejenak dan berkata akan menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara dan berkata sebarang perubahan status quo akan kekal bergantung kepada Israel mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin."

Pertanyaan Khairy itu menyebabkan persidangan dewan yang tenang bertukar kecoh apabila kedua-dua Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah.

Anwar walaupun nampak tenang menghadapi 'pukulan' itu, cuba membuat serangan balas dengan melontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada Khairy.

"Inilah Ketua Pemuda yang boleh berniaga dengan Israel, yang boleh berkawan dengan tokoh-tokoh Yahudi, yang boleh pertahan Apco, yang boleh sokong Perdana Menteri tulis surat kepada Perdana Menteri Israel," katanya yang enggan memberi laluan seterusnya kepada Khairy untuk berhujah.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta masing-masing bertenang dan duduk.

Terdahulu, Anwar dalam hujahnya mendakwa media kerajaan digunakan untuk menyebarkan fitnah terhadapnya dengan menyentuh pelbagai isu termasuk isu Israel dan kenyataan kontroversinya dalam temubual dengan BBC mengenai isu undang-undang homoseksual.

Persidangan dewan bersambung esok (Hari Ini).-BERNAMA

Mengapa Hawa dicipta ketika Adam sedang tidur... Wajib Baca!!!


Menurut pakar psikologi.., seorang lelaki jika dia kesakitan, maka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa benci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya..

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan Tuhan pada Adam saat dia tertidur.. Ia semata-mata agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, dan adakala melihat kematian dihadapannya.. Namun begitu.., semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Ada syair arab mengatakan.., sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi kalbu lelaki (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa menjadi ratu di hati lelaki.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang setia jika fahami sebaiknya.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”

Maksud kata baginda tersebut adalah.., wanita itu harus difahami, dijaga dengan baik dan dikawal agar tak memudaratkan..

Maka wahai Adam.., janganlah merendahkan perasaan Hawa.. Kerana dia memang diciptakan seperti itu..

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis didalam hati..

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf...

Dan percayalah..., wanita amat susah untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...


p/s: Moral of the story..., cubalah sayangi dan fahami wanita disekelilling korang.. Sesungguhnya.., wanita tu adalah anugerah terindah buat lelaki...

Misteri Lintah gergasi di Perak terjawab...

Gambar kononnya lintah gergasi yang ditemui semasa banjir di Perak ni dah menjadi heboh dalam laman sosial dan juga forum sembang..

Tapi sebenarnya, binatang dalam gambar tu bukanlah seekor lintah beb.. Ia adalah seekor ular yang dipanggil " ular guni buruk"..

Gua ingat lagi.., masa gua kecik dulu selalu jumpa ular ni di tali air sewaktu menahan taut ikan haruan dan masa menangguk ikan pelaga..

Ular jenis ni tak berbahaya beb.. Dia tak ada racun dan juga tak mampu mematuk. Sebabnya, ular ni tak ada mata..

Tapi kalau korang kacau dia, gigitan ular ni sakit jugak lah kalau kena..

So.., cerita tentang lintah gergasi tu kira tak wujudlah.. Mungkin orang bandar tak kenal dengan ular guni buruk ni.., tapi bagi anak kampung macam gua, dah biasa dahh..

Maklumlahh.., membesar dengan selut dan bermain sepanjang hari di tepi bendang.. Notalgia betul bila ingat balik zaman tu... Huhuhuhu...




About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online