BREAKING NEWS

Mat Sabu akan lancarkan BERSIH 3.0 sebelum PRU13.

Perhimpunan BERSIH 3.0 akan dilancarkan sekiranya mendapati daftar pemilih yang dijalankan oleh Suruhan Pilihanraya (SPR) dilakukan secara tidak bersih menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata pihaknya dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sedang meneliti pelbagai aspek berkenaan himpunan itu menjelang PRU ke 13 itu nanti.

”Pihak kita dan rakan-rakan kita dari NGO sedang mmbuat penelitian, jikalau kami mendapati daftar pemilih dan lain-lain perkara masih lagi tidak diselesaikan oleh Umno-BN, kemungkinan besar kita akan berkumpul sekali lagi untuk BERSIH 3.0,” katanya dalam ucapan di Majlis Makan Malam sempena Sambutan empat tahun pentadbiran PR.

Hadir sama di majlis itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta ahli exco kerajaan negeri Selangor.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) boleh mengambil alih pentadbiran Putrajaya sekiranya pilihanraya diadakan secara bersih dan tidak terdapat penipuan.

” Kalau pilihanraya tidak bersih belum tentu kita dapat mengambil alih sebab itu pertubuhan BERSIH berusaha daripada tahun 2007 yang lalu diikuti tahun lepas di himpunan BERSIH 2.0 yang menuntut lapan perkara antaranya ialah daftar pemilih hendaklah bersih,” katanya.

TERKINI !!! Guan Eng umum Tol Jambatan P.Pinang dihapuskan..

Ketua Menteri P.Pinang sebentar tadi mengumumkan bahawa kadar bayaran bagi Tol Jambatan P.Pinang dimansuhkan.

Keputusan ini dicapai selepas exco-exco kerajaan negeri DAP bermesyuarat di KOMTAR dan mencapai persetujuan untuk berbuat demikian demi kebajikan rakyat negeri ini.

Bagaimanapun, keputusan untuk memansuhkan bayaran Tol Jambatan tersebut bukanlah berkuatkuasa serta merta. Ia hanya berkuatkuasa selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

"Ini adalah ujian kesetiaan kepada rakyat Malaysia. Jika mereka mahu Tol percuma, mereka perlu undi DAP terlebih dahulu. Kalau DAP menang PRU, lepas itu baru kita fikir sama ada nak hapus Tol atau tidak.." kata Ah Beng.

Ketika ditanya oleh wartawan akhbar cina Kwong Kek Khuat mengenai janji DAP untuk hapuskan Tol Sungai Nyior pada PRU yang lalu, Ah Beng menjelaskan bahawa janji itu dibuat secara tak sengaja.

"Ketika buat janji hapuskan Tol Sungai Nyior dulu, kami (DAP) tak fikir mampu menang di Penang.. Itu semua hanya secara kebetulan saja.. Jadi rakyat tak perlu ambil serius sangat dengan janji lama.."

"Yang penting, kita telah memberi janji baru yang lebih menarik untuk PRU depan. Tak ada guna lagi ambil kisah mengenai manifesto pilihanraya terdahulu. Saya harap rakyat memahami saya.." kata Ah Beng dengan lebih lanjut. - MppKini



Tol Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang.

Itu adalah janji Pakatan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.

Setakat ini, semua janji yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang telah pun dilaksanakan.

Hanya janji yang melibatkan kuasa kerajaan pusat seperti pemansuhan tol dan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan belum dapat dilaksanakan kerana UMNO-Barisan Nasional masih berkuasa di peringkat persekutuan.

Pakatan Rakyat lebih memahami penderitaan rakyat berikutan tekanan ekonomi semasa, bukan sahaja kesan ekonomi global tetapi juga akibat pembaziran dan kehilangan wang rakyat kerana salah urus, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa kerajaan UMNO-BN. - RoketKini

Pontianak mengilai di kandang lembu... Takut woooo....

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan mengapa Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak meletakkan jawatan serta merta sebagai menteri wanita, Pembangunan dan Masyarakat.

Sebaliknya, ketua wanita Umno itu membuat keputusan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan.

“Tarikh perletakan jawatan oleh Shahrizat mengundang persoalan. Mengapa harus menunggu sehingga 8 April dan tidak secara serta-merta, sebelum sesi parlimen bermula esok (hari ini) seperti sewajarnya?

“Sejajar dengan peruntukan penjawat awam sedia ada, mana-mana penjawat awam yang terlibat sama ada secara langsung berkepentingan atau tidak (dalam sesuatu kes penyelewengan), harus diberhentikan secara serta merta,” tegas Zuraida dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Zuraida menggesa jika benar Shahrizat ikhlas untuk berundur, maka beliau hendaklah segera meletak jawatan di hadapan Speaker dan 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Menurutnya lagi, tindakan berlengah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno untuk menentukan nasib Shahrizat sebagai ketua wanita juga menunjukkan sikap ‘double-standard’, meskipun Najib kononnya mahu melakukan transformasi terhadap parti itu.

Tambah beliau, meskipun jawatan Shahrizat selaku ketua wanita Umno dipilih anggota partinya, namun Najib seharusnya sedar setidak-tidaknya penggantungan harus dikenakan terhadap Shahrizat.

“Dalam rakyat mengharapkan suatu pengumuman demi kepentingan rakyat, namun sebaliknya beliau (Najib) mengumumkan tentang perihal kepentingan parti pula,” katanya.


p/s: Huhuhuhu..., takutnya bila Pontianak Mak Lampir bersuara... Rasa nak terkencing dah nii...

Sejadah BERSALIB gemparkan Masjidil Haram..

Sebelum ni, gua ada post entry pasal kalimah Allah di satu bekas minuman dari kedai di Sunway Piramid, tapi ramai yang kata gua terlampau sensitive dan paranoid.. (BACA SINI)

Kata dorang, semua tu hanya kebetulan dan mungkin puak-puak kafir tu tak berniat untuk hina Islam..

Dan gua berfikiran positif je lah dengan komen-komen macam tu.. Gua anggap, mungkin tukang komen tu naif lagi tentang perancangan puak kafir di dunia nih..

Kali ni.., gua nak cerita pulak pasal lambang salib yang diletakkan diatas sejadah yang kita gunakan untuk sembahyang.. Benda ni bukan jadi di Malaysia beb.., tapi ia jadi di Masjidil Haram!

Ceritanya macam ni..,

Mansur Al-Sarhi, seorang warga Arab Saudi menuntut pihak pengawas keamanan untuk segera menghentikan pengedaran sejadah bergambar salib yang dijual di Mekkah.

"Saya membeli sejadah dari salah satu distributor sejadah di sebelah Masjidil Haram. Saya sangat terkejut ketika melihat gambar salib sangat menonjol di bahagian tengah sejadah tersebut,” jelas Mansur kepada Sabq.

“Bagaimana sejadah seperti ini boleh masuk ke Arab Saudi tanpa ada pemeriksaan dari pihak yang berwajib?" katanya.- Agensi

So.., dengan kejadian yang berlaku kat Arab Saudi tu, adakah puak-puak Islam liberal akan kata itu hanya kebetulan dan tak ada niat untuk hina Islam?

Lu fikirlah sendiri beb!!

Adnan Yaakob.., MB paling stylo di Malaysia...

Sikap sebahagian besar wartawan dan akhbar-akhbar Cina dalam Negara ini semakin hari semakin melampau.

Dan kalau sesiapa masih ingat, betapa kurang ajar dan biadapnya seorang wartawan Cina menanyakan soalan kepada Perdana menteri sewaktu menyambut kepulangan sukarelawan daripada Somalia tidak lama dulu yang mengorbankan jurukamera Bernama.

Ketika itu, tidak pula NUJ mendesak wartawan tersebut memohon maaf kepada Perdana Menteri.

Sebabnya mudah kerana Perdana Menteri itu Melayu dan kerana bangsa melayu,Cina tidak perlu minta maaf tapi kalau terkena sesama Cina,Melayu pula kena minta maaf!

MB Pahang tidak perlu minta maaf dan jangan sesekali tunduk kepada wartawan ini yang sememangnya mempunyai agenda bersama dengan wartawan-wartawan Cina dari akhbar lain.

Mereka hanya mahu melihat kepimpinan kerajaan negeri runtuh dan mereka ini akan merasa bangga kerana berjaya sekali lagi menipu serta mengelirukan rakyat.

Baca cerita penuh DISINI..


Neelofa bersarapan dengan Tun Mahathir.. Biar betul beb..

Siapakah artis yang paling popular masa sekarang ni? Tentulah jawapannya ialah Neelofa, anak kelahiran Kelantan tu beb..

Kat mana-mana sekalipun kalau cerita pasal Neelofa, mesti orang akan tertarik untuk dengar dengan lebih lanjut.

Ini termasuklah sahabat gua Dr MiM yang minat giler dengan Neelofa tu..

Bercerita pasal Neelofa ni.., korang tahu tak yang keluarga dorang tu ada sebuah restoran Village Park di Damansara Utama, Selangor?

Yang menariknya, restoran milik ayah Neelofa selalu dikunjungi oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Wohaa.., untung banget lah yee..

So.., bagi sesapa yang admire kat Neelofa tu, bolehlah berkunjung ke restoran ni.. Manalah tahu kot-kot terserempak dengan artis pujaan korang tu..

Untung-untung boleh bersarapan dengan Tun Mahathir macam Neelofa.. Bukan senang nak duduk semeja dengan pemimpin bertaraf dunia tu tau..




p/s: Maya Karin tak ada buka restoran kat mana-mana ke? Boleh gua pergi bersarapan dengan dia nanti.. Huhuhuhu....

Dewan Musibat PAS kesan 200 ribu hantu Umno..

Dahsyat jugak ilmu ketua Dewan musibat Muslimat PAS ni yee.. Setakat ni, dorang mendakwa telah berjaya mengesan 200 ribu pengundi hantu BN..

Macam mana rupa hantu-hantu tu, hanya Muslimat PAS je yang tahu beb.. Kalau macam ni gayanya, Umno akan menang besar lah di PRU nanti.. 200 ribu hantu tu beb..

Yang gua heran, kenapa musibat-musibat PAS tu semua tak report pada SPR kalau betul ada pengundi hantu?

Ke dorang tu yang sebenarnya hantu?

Selalunya, hanya hantu yang kenal macam mana rupa hantu yang lain.. Jadi betullah musibat PAS semua tu adalah hantu yang nyata..

Bodoh punya muslimat PAS!! Hahahahaha...

Ceritanya macam ni..., Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak kerajaan agar memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang benar-benar adil dan telus.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, apa yang diragui kini adalah sejumlah 200,000 senarai pemilih yang dakwanya dimasukkan secara senyap-senyap yang terdiri dari pada warga asing.

"Ini meragukan kita, inilah dikatakan ancaman kepada ketulusan yang dijanjikan itu. Ada parlimen peningkatan pengundi lebih 30 peratus, ini pertambahan luar biasa.

"Rakyat dah muak dengan segala penipuan yang kita dah lalui dalam 12 pilihan raya umum sebelum ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.

Mazlan meroyan tak dapat masuk Sabah..

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berang ketika dihalang dari memasuki Sabah.

Mazlan memberitahu, beliau ditahan oleh pegawai Imigresen selepas tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 8.45 malam.

"Saya tiba di lapangan terbang kira-kira jam 8.45, tiba-tiba saya ditahan tanpa sebarang alasan.

"Saya diberitahu ianya arahan pihak berkuasa kerajaan negeri," katanya.

Difahamkan beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja selama tiga hari.

"Yang lain semua boleh masuk kecuali saya seorang sahaja yang ditahan," katanya yang ditahan di pejabat Imigresen di lapangan terbang itu hampir sejam.

Beliau mendakwa dihalang masuk di bawah seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959. Mazlan memaklumkan akan membuat satu laporan polis di sana selepas berhubung dengan peguamnya

Pemimpin Pas tersebut dijadual menyertai himpunan aman 123 Bangkit esok di Kota Kinabalu dan akan menubuhkan NGO Keabat dan Bangkit bagi negeri Sabah.

Menurutnya, ketika cuba mendapatkan penjelasan mengapa ditahan, pegawai Imigresen tersebut menyatakan hanya menjalankan tugas.

Setelah ditahan hampir sejam, beliau telah diarahkan supaya pulang ke Semenanjung serta merta.


p/s: Padan muka!!

Seksinya awek Adnan Sempit nih..

Sekarang ni zaman trend pakaian tak cukup benang agaknya yee..? Kat mana-mana kita pergi, mesti akan nampak fesyen yang menyeksa batin nih.. Tak tengok rugi.., kalau tengok, sendiri mau ingat lahhh..

Gua memang musykil, seronok sangat ke dorang tu pakai seksi meksi nih? Seronok ke bila berjalan sambil semua mata tengok kat benda yang tak sepatutnya di tubuh badan kita? Ngeri beb!!

Macam awek pelakon melayu popular sorang nih.., gua akui dia memang cantik dan menarik. Tapi seksi terlampau lah pulakk..

Gua bersangka baik je dalam bab-bab ni.., mungkin dia 'terpaksa' seksi sebab nak menjaga status jadi aweks kepada seorang 'superstar' Malaysia.. Manalah tahu kann?

Tapi kalau mengikut pengalaman gua..(cewahh), susah sebenarnya beb nak jaga awek comel + seksi ni.. Maklumlah, 'zon panas' lah katakannn...

So.., bagi gua senang je beb.. Tak semua yang cantik dan seksi tu membahagiakan.., kekadang yang sedang-sedang tu lebih mendamaikan dan menenangkan hidup..

Oleh itu, bersederhanalah dalam semua aspek.. Confirm korang akan senang hati..



I-Phone 4C model terkini.. Memang luarbiasa!!

Gua yakin ramai pengguna jenama I-Phone sekarang ni tengah menunggu model terbaru I-Phone 5 yang dijangka akan dikeluarkan pada bulan April nanti..

Tapi mungkin korang tak sedar, I Phone sebenarnya dah keluarkan model baru selepas model I-Phone 4S hari tu..

Model yang diberi nama I-Phone 4C tu hanya sempat diedarkan di negara China saja sebelum ia berdepan dengan masalah dengan polisi kerajaan negara terbabit..

Gua difahamkan, model terbaru tu telah disita oleh pihak berkuasa di China atas alasan penggunaan jenama yang menyalahi peraturan..

Mungkin disebabkan kegagalan I-Phone 4C tersebut, pihak Apple terpaksa mengeluarkan model I-Phone 5 lebih awal dari perancangan sebenar..

Jom kita tengok gambar I-Phone 4C yang tak sempat berada di pasaran Malaysia tu.. Hehehehe..



About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online