BREAKING NEWS

Guan Eng lebih layak dari Ambiga.. - Mat Sabun

Pas hari ni menolak dakwaan laporan kononnya terdapat usaha pihak tertentu mahu membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga sebagai Naib Presiden parti itu.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, setakat ini tidak ada perbincangan untuk mempelawa Pengerusi Bersih 2.0 itu ke dalam Pas, apa lagi meletakkannya dalam barisan tertinggi kepimpinan parti.

"Ini semua adalah dakyah yang disebarkan untuk menjatuhkan imej PAS sebagai parti Islam. Tak mungkin Pas akan melantik bukan Islam sebagai Naib Presiden kerana ia bertentangan dengan perjuangan parti".

Mengulas laporan sebuah akhbar hari ini, Mohamad berkata, semua keputusan adalah berdasarkan mesyuarat bersama.



p/s: Memang jahat betul sapa yang fitnah PAS tu kann.. Ada ke patut dorang kata PAS nak lantik Ambiga sebagai Naib Presiden? Terang-terang nampak sangat tak logik tuu..

Yang sebenarnya, PAS nak lantik Khalifah Guan Eng laa.., bukan Ambiga.. Kan Guan Eng tu dah terbukti lebih Islamik dari PAS sendiri di Penang..

Tak percaya? Sila tanya Salleh Man.. Dia mesti setuju dengan gua... Hahahahaha...

Bendera Israel jadi alas kaki di Tunisia Airport..

Gua diberitahu.., kalau korang pergi ke Carthage International Airport, Tunisia, korang boleh jumpa bendera Israel dijadikan alas kaki toilet disitu.

Betul tak betul cerita tu, wallahualam. Tapi kalau tengok gambar yang gua dapat ni, memang nampak bendera Israel diletakkan depan toilet dan dipijak-pijak oleh sesapa yang lalu disitu.

Hebat betul kerajaan Tunisia kalau benar perkara ni terjadi. Berani-berani Malaysia pun, kita tak pernah buat perkara macam ni..

Gua rasa, Anwar mesti bengkak perut punya bila dia tengok bendera negara kesayangan dia dipijak-pijak macam tu..

Lepas ni, confirm Anwar tak akan pergi lagi ke Tunisia. Israel mesti suruh dia boikot negara Islam tu sebab dah menghina bendera suci dorang.

Tahniah Tunisia!!

Nasib melayu Singapura.., kereta nak kena tarik hanya kerana 4 sen..

Tiada apa yang dapat dibeli dengan duit 4 sen di Singapura, tetapi 4 sen itu amat berharga kepada pemilik kereta Honda Stream yang ingin dikenali sebagai Zainal.

Ini kerana gara-gara tunggakan ansuran hanya empat sen yang disahkan pihak bank berpunca daripada kesilapan teknikal, beliau dicerut kebimbangan kehilangan keretanya bernilai $60,000 di pasaran.

Kesemuanya bermula selepas bank yang memberi pinjaman keretanya itu, Standard Chartered, menghantar surat amaran tarik keretanya jika beliau gagal melunaskan tunggakan 4 sen itu.

Surat bertarikh 2 Mac lalu itu memberi Zainal, 50-an tahun, seorang pekerja penerbitan, tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian.

Ansuran bulanannya ialah $916.04 dan perlu dibayar pada hari pertama setiap bulan.

‘Bagi bulan ini, saya tekan butang mesin AXS bagi bayaran $916. Saya ingat baki empat sen dikumpul dan dibayar lain kali.

‘Tetapi, sehari selepas itu saya terkejut apabila menerima notis mendesak saya membayar 4 sen dalam masa 14 hari atau kereta saya dirampas.

‘Peraturan apa ini? Kalau saya tak bayar ansuran bulanan selama dua atau tiga bulan mungkin munasabah tetapi ini hanya 4 sen!’ gelak beliau.

Menurut Zainal, inilah kali pertama beliau menerima surat amaran sedemikian sejak sudah 30 tahun memandu dan menukar banyak kereta.

‘Biasanya pihak bank atau firma kredit akan menelefon atau menghantar surat peringatan jika saya bayar lambat. Mereka tidak terus hantar surat amaran mahu tarik kereta seperti Standard Chartered!’ tegas beliau.

Diminta mengulas, Haji Ismail Yusof, 46 tahun, yang lebih dikenali sebagai Dr Kereta, menyifatkan tindakan bank berkenaan bukan saja ‘tidak munasabah’, malah ‘tidak masuk akal’.

‘Pihak bank atau firma kredit biasanya kirim surat peringatan dan akan hanya menghantar notis merampas kereta sebagai langkah terakhir selepas dua atau tiga bulan tak bayar.

‘Tindakan menggertak pelanggan secara ini memang tak perlu dan tidak wajar,’ tambahnya.

Ketika diminta penjelasan mengenai isu tersebut, seorang jurucakap Standard Chartered, dalam e-mel balasnya semalam, berkata:

‘Apa yang boleh kami katakan ialah ia disebabkan kesilapan teknikal dan kami ingin memohon maaf di atas kesukaran yang timbul.

‘Seperti kebiasaannya, kami bekerja rapat dengan pelanggan kami bagi menyelesaikan sebarang isu dan keperihatinan dan kami telah pun menjelaskan perkara berkenaan kepada pelanggan berkenaan.’

Zainal mengesahkan pihak bank telah menghubunginya pagi semalam dan memaklumkan duduk perkara sebenar.

‘Saya terima penjelasan dan dah maafkan mereka,’ tambahnya

Parasit BERSIH kena halau dari Sarawak...

Ahli jawatankuasa pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Maria Chin Abdullah kelmarin dihalang daripada memasuki Sarawak.

Beliau ditahan oleh pegawai imigresen setelah tiba di Lapangan Terbang Kuching kira-kira pada pukul 9 pagi.

Menurut kenyataan gabungan itu, Maria ke Sarawak sebagai persediaan pelancaran kempen JOM100 iaitu kempen mensasarkan 100 peratus keluar mengundi.

Sebelum ini, pada Mei 2011, pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan bersama seorang lagi jawatankuasa pemandu Wong Chin Huat turut dihantar pulang oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Seksyen 67 Akta Imigresen jelas melindungi hak warganegara yang memasuki Negeri Malaysia Timur untuk tujuan menghubungkan aktiviti politik yang sah," kata kenyataan itu.


p/s: Tahniah Pehin Seri Taib!! Macam tu je nak ajar puak-puak yang tak reti nak hormat keamanan di negara ni. Lain kali bukan setakat halau je.., patut suruh puak-puak tu berenang balik ke semenanjung. Biar dorang tau bukan semua rakyat suka pada dorang. Hahahaha...

Umno tak pernah ajar Islam - Ostad Chua Jui Meng

Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Johor, Dato’ Chua Jui Meng mengakui selama 40 tahun berada dalam BN, Umno tidak pernah mengajarnya tentang Islam.

Bagaimanapun tambah beliau, fahaman tentang Islam itu diperolehi setelah berada dalam Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, ajaran dan didikan Islam di perolehi daripada pemimpin PAS seperti memberi dan menerima rasuah akan masuk neraka.

“Selama 40 tahun bersama BN saya tidak begitu faham tentang Islam. Saya bersama PAS dan KeADILan saya faham tentang Islam. Dulu, Menteri Agama pun tidak beritahu saya tentang al- Quran dan hadis,” kata nya.

Dr Chua mengakui setelah bersama PAS dan KeADILan, kefahaman tentang idealisme Islam yang membawa kemakmuran kepada semua lebih difahami dengan mendalam.

Tegas beliau, rakyat hari ini mencari pemimpin yang adil dan berpandukan al- Quran dan hadis dan calon seperti ini dapat menarik undi Melayu.

Beliau berharap rakyat memilih pemimpin yang mengangkat perjuangan berlandaskan al-Quran dan hadis kerana idealisme perjuangan politik Islam menekankan kebaikan untuk semua.


p/s: Wohaa!! Chua Jui Meng dah pandai bercakap pasal Islam sekarang ni.. Kalau dah minat sangat, apa kata Chua masuk Islam je terus.. Nanti Ostad Badrul boleh laa bagi kaunseling macam mana nak jadi muslim yang baik.. Hahahahaha...

Gambar terkini Nur Amalina bersama Neelofa.

Dulu gua dah kata, orang yang pandai akademik tu tak semestinya bijak dalam agama. Macam tu lah jugak dengan Nur Amalina yang femes dengan title pelajar cemerlangnya tu.

Hari tu kita semua dikejutkan dengan berita Amalina dah berubah penampilan setelah belajar di Universiti luar negara. Ramai rakyat Malaysia yang terkilan dengan sikap Amalina tu.

Sekarang ni Amalina sedang dalam proses menamatkan pengajian perubatan tahun akhir di Universiti Edinburgh, Scotland. Mungkin lepas ni dia akan balik ke Malaysia lahh...

Apa yang gua dapat tau, baru-baru ni Amalina ditemubual secara ekslusif oleh rancangan Nona TV3. Sapa lagi yang interview kalau bukan pengacara baru rancangan tu si cantik manis Neelofa.

So.., tak lama lagi akan terpaparlah Amalina dengan imej barunya di TV Malaysia. Sapa yang rajin tengok rancangan Nona tu, janganlah lepaskan peluang ni ye..

Gua sekarang ni dah tak tengok Nona TV3 tu.. Dulu memang gua tak miss rancangan tu hanya semata-mata sebab nak tengok Maya Karin..

Frust betul gua bila Maya dah tak jadi host.. Padan muka TV3 sebab hilang satu penonton! Huhuhuhu...

Banner kaunseling bersama Ostad Badrulamin.. Sapa punya kerja nih?

Wohaa!! Sapalah punya kerja yang pasang banner Sessi kaunseling Ostad Badrulamin ni beb? Dorang tak tahu ke, Ostad Badrul tu hanya buat sessi kaunseling secara tertutup dan juga private?

Kalau buat secara terbuka, confirm kantoi Ostad Badrul sebab yang nak dikaunseling tu semuanya bergelar isteri orang saja.. Yang bukan bini orang tu, tak digalakkan join..

Lagipun, sessi kaunseling yang dianjurkan oleh Ostad Badrul tu diadakan di hotel-hotel tertentu dan dirahsiakan sepenuhnya. Mana boleh dedah beb.., kang tak pasal-pasal 20 orang samseng datang belasah..

So.., gua rasa yang buat banner ni mesti geng-geng Umno. Sebabnya, geng PAS dan PKR dah lama tahu modus operandi Ostad Badrul tu.. Tak mungkin dorang bocorkan pada umum beb..

Jahat sungguh bebudak Umno ni kann.. Asyik nak mengaibkan orang je kerjanya.. Tak boleh ke biarkan Ostad Badrul tu nak cari side income sikit?

Bak kata anugerah Tuhan Pakatan, kalau nak buat maksiat tu mesti kena sembunyi-sembunyi.., kalau kena tangkap.., pandai-pandai lah cover sendiri..

Pasal tu Anwar relaks je bila kantoi dengan chinadoll dalam cctv.. Hahahaha...


p/s: Gambar tu ehsan blog Headbomb.. TQ bro.

Wanita sanggup buat apa saja demi lelaki..

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM.

Seorang kawan yang beristeri dua baru-baru ini merungut: “Aku kahwin dua apabila isteri tua aku naik ‘sendo’, sudah tak berapa sedap mata nak tengok. Tup-tup, baru setahun dua kahwin, yang muda ini pun sudah ada tanda-tanda nak ikut jejak langkah ‘kakak’ dia jugak.”

Meskipun ada rasa simpati berbaur kebimbangan kalau-kalau ditengking - kerana menyedari isu itu boleh diklasifikasikan sangat sensitif - namun saya dan kawan-kawan lain sememangnya tidak mampu hendak menahan ketawa yang bergelodak di dalam perut mendengar pengakuan kawan itu. Kalau ditahan juga, mahu rasanya masing-masing jadi seperti Pinatubo.

“Habis tu, hang tambah la satu lagi. Carilah yang macam Neelofa pulak, moga-moga tidaklah naik sendo yang nombor tiga ini,” saya sengaja bikin hangat setelah melihat muka kawan saya itu mula berubah jadi seperti muka ikan ketuka di meja pasar menjelang Maghrib.

“Gila kau! Yang dua ni pun kadang-kadang aku rasa macam nak terjun KL Tower, kau suruh tambah lagi,” katanya, langsung mengundang ketawa ‘simpati’ yang lebih kuat daripada saya dan ahli mesyuarat teh tarik yang lain.

Memang. Lelaki amat mementingkan bentuk badan pasangan. Sebab itu, tidak hairanlah jika di negara kita yang sering berkumandang slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ ini, ramai wanita sanggup telan pil bergantang-gantang, minum jamu bergelen-gelen semata-mata untuk memastikan bentuk badan sentiasa unggul dan menawan macam Rozita Che Wan.

Tidak cukup dengan itu, ada pula yang setiap hari bersenam terkinja-kinja mengikut rentak lagu Flashdance What A Feeling Irene Cara. Tak mainlah lagu-lagu meliuk-lentuk macam lagu Tudung Periuk.

Itu belum lagi masuk bab mereka yang sanggup jilat kulit pau sahaja pada waktu tengah hari, dan hanya kemam kulit epal untuk makan malam.

Pendek kata, wanita sanggup buat apa sahaja untuk jaga badan, yang sudah tentu segala susah payah itu untuk mengindahkan pandangan lelaki. Alangkah beruntungnya jadi lelaki!

Ya, ini kerana ramai lelaki yang sangat cerewet dalam hal bentuk badan pasangan.

Saya teringat cerita seorang kawan yang mengadu dia selalu bermimpi melihat almari besar di dalam bilik tidurnya berjalan sendiri pada waktu pagi. Apabila dia terjaga dan menoleh, didapati isterinya sudah tiada di sisi.

“Rupa-rupanya yang aku mimpi itu bini aku, dia berjalan pergi bilik air,” katanya sambil ketawa terbahak-bahak. Begitulah kejamnya ‘mimpi’ seorang suami, yang dia sendiri pun setiap hari berjalan membawa tembikai susu terlebih masak ke sana ke sini.

Kerana piawaian yang begitu ketat oleh kaum lelaki, tidak hairanlah apabila ramai wanita sanggup menyiksa diri untuk memastikan diri mereka terus sedap dipandang oleh suami, lebih-lebih lagi memikirkan kalau-kalau ada saingan menanti.

Biarlah hanya melapik perut dengan kulit pau atau kulit epal, janji jangan diri berubah jadi seperti nangka masak yang sudah tidak ada potongan. Siapa tahan telinga jika suami asyik bercerita mimpi dihempap tong gas atau batu pelapik tiang rumah?

Namun, sedar atau tidak wahai wanita bahawa pengorbanan anda yang hanya untuk menyedapkan pandangan kaum lelaki, sebaliknya memarakkan lagi situasi tidak adil yang sekali gus akan menyebabkan anda terus menerus ditekan perasaan.

Misalnya, kawan saya yang merungut apabila isteri keduanya, yang dulu bukan main lagi dipuji langsing seperti biola Hamzah Dolmat tetapi sekarang sudah jadi seperti ‘double bass’, perutnya sendiri pun bunting gajah.

Tetapi sudah jadi resam lelaki sejak azali, hal diri sendiri tidak pula diutamakan, sebaliknya pandangan mata yang mesti didahulukan. Apa yang dipandang, mesti sentiasa elok biarpun perut sendiri memboyot!

Kerana itu, suka saya menasihatkan kepada wanita, berkorban biarlah berpada-pada. Jangan sampai merosak diri. Bukan mahu dikata bersenam itu tidak perlu, atau menjaga badan itu tidak perlu. Apa yang paling penting ialah menjaga kesihatan. Biarlah menggeleber, menggelambir seperti leher ayam piru, asalkan sihat.

Ramai lelaki sebenarnya tidak cerewet mana pun soal rupa paras atau bentuk badan, terutama apabila diri sendiri atau pasangan sudah menginjak angka ‘4 series’.

Pada peringkat ini, isu perhatian mesti didahulukan manakala pemahaman perlu diutamakan. Jika hati sudah ditambat, jangan bimbang soal wajah nan pucat tanpa mekap atau badan yang seperti tong cat.

Yang paling penting adalah cinta sejati. Bagi saya, tiada guna beristeri cantik jika suami sendiri siang malam makan hati. Maklumlah, yang cantik itu biasanya bersaham tinggi.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online