BREAKING NEWS

Bercerai selepas 1 jam kahwin.. Wohaa!!!

Comelnya bila Maya bertudung.. Huhuhu...
Beb, setiap perkahwinan tu mempunyai makna yang besar dalam kehidupan kita. Perkahwinan tu bukanlah satu benda yang boleh dibuat main-main.

Sebab tu lah adalah hadis mengatakan, "apabila kamu telah berkahwin maka sempurnalah sebahagian agama kamu"..

So.., tadi gua terbaca satu berita pasal pasangan yang bercerai selepas sejam berkahwin. Puncanya hanyalah kerana sebuah kereta..

Ehh.., besar sangat ke nilai sebuah kereta tu sampai dorang sanggup bercerai berai? Gua rasa, kalau couple tu ada kereta Ferrari sekalipun, belum tentu mampu bahagiakan rumahtangga beb..

Harta benda cuma mampu menyenangkan hidup, sebaliknya ia bukan mampu menjamin kebahagiaan. Percayalah cakap gua.. Tak percaya? Cer tanya Maya Karin.. Hehehehe..

Kisahnya macam ni.., seperti diberitakan oleh harian Taiwan, seorang wanita bernama Wang Xing Nvzai (27) baru saja mencatatkan pernikahannya dengan Lee, seorang pemuda berumur 23 tahun di pejabat sivil di Distrik Tanzi, Taiwan.

Setelah itu, Wang mengajak suami barunya ke sebuah showroom kereta. Wanita itu meminta Lee membelikan kereta untuknya. Namun reaksi sang suami menimbulkan kekesalan Wang.

Lee berkata bahawa dirinya akan mempertimbangkan permintaan isteri barunya itu. Mendengar kata-kata suaminya itu, Wang pun kesal. "Ceraikan saya jika kamu tidak mahu membelikan!" cetus Wang kepada Lee.

Mendengar ucapan isterinya, Lee pun berang. Mereka berdua kemudian kembali ke pejabat catatan sivil yang mereka datangi sekitar sejam lalu. Pasangan Taiwan itu pun mendaftarkan perceraian mereka.

Peristiwa yang terjadi pada 6 March itu pun menjadi bahan pembicaraan warga Taichung City, tempat tinggal pasangan tersebut. Bahkan pihak pejabat catatan sivil di Tanzi menyebut ini sebagai pernikahan sah yang paling singkat di Taiwan. (detikNEWS)

Gempar!! Nik Ajis jumpa PELESIT...

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud parasit di dalam parti itu seperti yang didakwa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sebelum ini.

Beliau berkata, PAS dianggotai bukan sahaja di kalangan orang kampung tetapi juga golongan intelektual oleh yang demikian tidak wujud perkara yang merosakkan parti itu.

“Saya tak nak komen pasal parasit. Saya tak nak nafikan…benda yang memang tak ada dari awal lagi. Kalau nafi bermakna benda itu ada dan sekarang baru tak ada. Ini tak ada dari awal lagi benda yang merosakkan PAS.

“Parasit ini benda apa? Parasit ini benda apa, kerana parasit ini benda baru yang keluar dalam pemikiran saya. Parasit saya tidak tahu kalau pelesit saya tahu.

“Sekiranya wujud parasit di dalam PAS, takkanlah penyokong PAS terdiri daripada golongan intelektual. Datuk Presiden orang universiti, Pesuruhjaya PAS Johor orang universiti,” katanya kepada media ketika ditemui selepas sidang media bersama selebriti sempena Hari Hiburan Islam di JKR 10.

Hadir sama pada sidang media itu, pelakon Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiasa Dewi dan selebriti dakwah, Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.

Beliau berkata, di Kelantan sendiri banyak pensyarah-pensyarah universiti yang menyokong PAS.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut mempersoalkan tindakan Dr Hasan yang membawa isu itu selepas dipecat dari PAS.

“Macamana kita boleh kata parasit…sedangkan kalau parasit ada di dalam PAS sudah pasti ia bukan benda baru. Zaman dia pun sudah ada la parasitnya.

“Kenapa dia senyap? Takkanlah bila dia keluar baru ada parasit. Takkan la ahli PAS tak reti parasit dan dia seorang sahaja yang tahu parasit. Kenapa jadi pelik begini,” jelasnya.

Beliau berkata, Dr Hasan sudah dipecat daripada PAS oleh yang demikian apa sahaja yang diuar-uarkan tidak langsung memebrikan kesan kepada parti.

“Dr Hasan sudah dipecat dari PAS maka saya tak perlu khuatir dia dah jadi orang lain. Dia nak kata apa dia punya fasal. Dia nak burukkan (Pas) itu dia punya fasal.

“Kalau UMNO burukkan Pas, kalau dia nak burukan PAS… apa yang pelik sebab dia bukan orang PAS. Sesiapa sahaja yang nak kata PAS ada parasit itu semua dia punya fasal,” katanya.

Dr Hasan sebelum ini mendakwa wujud golokan parasit di dalam PAS yang menguasai parti itu sehingga memikirkan golongan ulama.

Neelofa pakai skirt pendek sampai nampak seluar dalam..

Artis sekarang ni semakin miskin beb.. Sebab tu lah pakaian dorang dah macam zaman batu.. Dah tak cukup ke kain di Butik terkenal di KL tu sampaikan artis kita ni tak mampu nak tutup badan?

Gua heran banget, selesa sangat ke kalau pakai skirt pendek sampai nampak seluar dalam tu beb? Tak rasa malu ke bila secara percuma tunjuk aset sendiri kat orang ramai?

Bagi gua, kalau dah cantik macam Neelofa ni, tak payah pakai skirt pendek macam tu pun dah ramai orang minat.. Pakai baju biasa pun Neelofa akan tetap menawan..

Mungkin Neelofa tu rasa dia akan nampak lagi cantik kalau pakai skirt pendek sampai nampak spender macam tu.. Mungkin penasihat fesyen dia yang suruh pakai pakaian tu.. Sapa tahu kann?

So.., korang jangan berdarah hidung pulak bila tengok gambar Neelofa yang seksi ni ye.. Inilah realiti artis sekarang di Malaysia..

Khas buat pihak-pihak berkenaan tu.., korang boleh tengok kalau suka.., tak perlu tengok kalau rasa alim.. Tak ada sesapa pun paksa beb.. Hahahahaha..





p/s: Nak gua maki ke puak-puak yg perasan best tu? Tak payahlah kot... Apa kelas layan budak hingusan yang baru nak tumbuh bulu macam tu... Hahahahaha...

Bila besar nanti.., saya nak jadi artis... - Nik Ajis

"Anggap saya artis". Demikian kata-kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak masyarakat terutama yang beragama Islam menganggapnya sebagai artis supaya dakwah disampai lebih mudah difahami.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam itu sendiri adalah seni dan penyusunan perkataan di dalam al-Quran itu juga berseni sehingga dapat menarik perhatian tokoh-tokoh ternama.

“Artis sebenarnya perkara baik, iaitu orang yang menggunakan seni. Alangkah seronoknya jika saya juga dianggap sebagai artis. Saya seorang pendakwah, saya juga menggunakan seni iaitu seni pemikiran untuk memperkembangkan ajaran Islam.

“Mengajak orang untuk mendekati Islam terutamanya kepada umat Islam itu sendiri yang mungkin terlupa dengan ajaran agamanya,” katanya pada Sidang Media Selebriti Hari Hiburan Islam (Hai) di kediaman rasminya di sini, semalam.

Beliau turut melahirkan rasa kekecewaannya terhadap segelintir artis yang banyak dikaitkan dengan pakaian yang tidak menutup aurat serta terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah.

“Saya sangat dukacita apabila ‘kurniaan’ artis ini disalahgunakan sehingga dikait dengan banyak perkara maksiat. Hal ini disebabkan dunia diperintah dan dikuasai barat yang menjadikan pengertian artis ini lebih sempit dari sebenarnya.

“Seperi perkataan maksiat di tempat kita yang hanya diertikan sebagai perbuatan zina sedangkan maksud maksiat itu ialah menderhaka kepada Allah termasuk zina, tidak sembahyang, berjudi malah rasuah pun adalah maksiat,” katanya.

Sidang media itu diadakan sempena penganjuran sambutan Hai siri keempat oleh Kerajaan Negeri dengan menampilkan beberapa artis terkenal tempatan dan antarabangsa termasuk heroin filem Indonesia, Oki Setiana Dewi.

Lelaki ni kantoi lakukan seks dengan LEMBU..

Apa nak jadi dunia zaman sekarang nih..? Punyalah banyak pompuan yang dok ada, lembu jugak yang dicari oleh lelaki tu..

Entah apa yang dia nampak pada lembu tu sampai membuatkan dia bernafsu untuk bercengkerama dengan binatang tersebut?

Mesti imaginasi tinggi mamat tu.. Sungguh luarbiasa!!

Selama ni, kita hanya dengar pepatah 'manusia bernafsu binatang', tapi hari ni korang semua dapat saksikan sendiri apa yang dimaksudkan dengan pepatah tu..

Mungkin mamat tu ingat tak ada orang nampak perbuatan dia yang cuba menodai kesucian lembu tu, tapi dia silap beb.., gambar dia sudah berjaya dirakam.

Gua terfikir satu benda je.., kenapalah lembu tu taknak side kick je 'angry bird' mamat tu ye? Mau meletup 'bebola' dia kalau kena sekali.. Hahahaha...

Petrol harga 90 sen kalau Anwar jadi PM..

Selepas menabur janji manis kepada rakyat Selangor, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kaedah sama untuk memikat hati rakyat di negeri ini bagi meraih undi pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam ceramahnya sempena lawatan ke Little India di sini, Anwar berkata, pembangkang akan menurunkan harga minyak sebanyak RM1 jika mereka berjaya merampas Putrajaya.

“Semasa saya menjadi Menteri Kewangan dulu, keuntungan hasil jualan minyak adalah sebanyak RM30 bilion setahun tetapi pada hari ini keuntungannya mencecah RM90 bilion setahun.

“Baru-baru ini saya ada bertemu seorang menteri di Turki dan India. Mereka bimbang kerana semakin banyak minyak yang terpaksa diimport tetapi negara kita pula sebaliknya mengeksport minyak.

“Jadi jika menang, saya akan umumkan harga minyak dikurangkan sebanyak RM1,” katanya ketika berucap di depan kira-kira 200 penyokongnya.

Bagi menarik perhatian, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut berjanji akan menghapuskan bayaran tol Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) jika membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu, Anwar turut melahirkan keyakinannya bahawa pakatan pembangkang akan terus berkuasa di negeri ini walaupun mengakui Barisan Nasional (BN) telah menggandakan kempennya di sini.


p/s: Sapa percaya cakap Anwar tu, sila angkat tangan.. Hahahahaha.

Rafizi kantoi fitnah Perdana Menteri..

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dihantar malam ini, PMO berkata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaannya yang palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi perdana menteri.

Menurutnya, tiada dana awam digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu, sebaliknya telah dibayar sendiri oleh perdana menteri dan keluarganya.

Rafizi, dalam satu sidang akhbar petang tadi, mendakwa mempunyai bukti yang kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu.

Pengarah strategi PKR itu membuat dakwaan tersebut dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.


p/s: Tak habis-habis puak-puak ni buat cerita fitnah kat Najib.. Itu tandanya.., dorang dah terdesak untuk jatuhkan kredibiliti Najib yang semakin diterima rakyat.. 

Kerana video bogel, Melia Aimeillia mengamuk sakan..

Penyebaran video bogel yang dikatakan milik aktres muda Melia Aimiellia (Melia) di beberapa laman blog sebelum ini menyebabkan pelakon itu menanggung kesusahan apabila tawaran berlakon yang diperolehnya dibatalkan.

Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata dia sekeluarga juga turut berasa terganggu dengan persepsi buruk dan kecaman masyarakat ekoran fitnah berkenaan.

“Kesan daripada penyebaran video fitnah itu bukan sahaja mencemar nama dan reputasi saya sekeluarga, malah ia turut menjejaskan periuk nasi saya sebagai pelakon.

“Bayangkanlah, kini saya tidak mendapat sebarang tawaran kerana banyak syarikat produksi ragu-ragu dan takut untuk mengambil saya berlakon. Mereka risau jika drama lakonan saya akan digam atau tidak ditonton akibat tuduhan itu.

“Apa yang lebih menyedihkan apabila ada pihak produksi yang mempersendakan saya dengan mengajak saya ‘tidur’ bersama kerana video tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Melia berkata pada awalnya dia mengakui enggan mengambil pusing perkara itu kerana sejak awal lagi dia sudah menjelaskan bahawa gadis yang berbogel dalam video tersebut bukan dirinya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan bertambah rumit apabila ia mula menggugat kerjayanya sehingga memaksa heroin filem Karipap-Karipap Cinta (2011) ini membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan ke atas blog-blog terbabit.

“Saya sudah beri tempoh kepada pengendali beberapa blog-blog untuk memadam dan membuang entri laporan fitnah itu.

“Malangnya, tiada usaha daripada mereka. Tahap kesabaran saya ada batasnya, jadi saya perlu mengambil tindakan bagi membersihkan semula nama saya,” katanya.

Pelakon itu turut memberitahu, dia mengesyaki penyebaran video tersebut merupakan satu komplot oleh kumpulan pemilik blog hiburan yang berpakat untuk menjatuhkan dirinya dengan menyebarluaskan lagi penyebaran video berkenaan.

“Saya dapat rasakan ada muslihat yang mencurigakan di sebalik penyebaran video itu. Apabila saya bertanya kepada dua blog yang memulakan penyebaran video itu, mereka tidak mengetahui sumber asal rakaman tersebut.

“Ketika diminta mengalihkan video itu, mereka padam entri tersebut buat sementara waktu tetapi tidak lama kemudian ia dimuat naikkan semula dan tersebar ke blog-blog lain pula,” katanya.

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua blog berkenaan, Melia berkata dia akan mempertimbangkannya selepas mendapat keputusan siasatan SKMM selepas melaporkannya pada Khamis lalu.

“Berkemungkinan saya akan ambil tindakan undang-undang ke atas blog-blog itu tetapi saya akan ikut prosedur yang dicadangkan SKMM hasil siasatan itu nanti.

“Memandangkan perkara ini sudah mencemarkan nama dan maruah saya dan kerjaya, tindakan tegas wajar diambil sebagai pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Bakar duit RM183 ribu kerana stress..

Kalau stress sekalipun, apa kejadahnya pergi bakar duit sampai 183 ribu tu beb? Dah tak ada cara lain ke nak hilangkan stress tu?

Bila baca cerita ni, gua pulak yang jadi stress. Duit macam tu punya banyak senang-senang je dia bako.. Dah tak ada benda lain ke nak bako selain dari duit? Mangkuk hayun betul lah!!

Ceritanya macam ni.., seorang lelaki di Tainan di selatan Taiwan telah membakar sekurang-kurangnya NT $ 1.8 juta (RM183, 582) dalam bentuk wang tunai kerana berada dalam mood yang tidak baik. Dia disyaki mungkin mengalami penyakit mental.

Lelaki berusia 56 tahun, Lin, membakar longgokan wang kertas itu Ahad lalu selepas mabuk kerana banyak minum minuman keras. Jiran-jirannya yang terbau asap lalu memanggil bomba.

Selepas kebakaran itu dipadamkan,hasil siasatan mendapati bahawa sekurang-kurangnya NT1.8 juta ada di tempat kejadian.

Ketika ditanya mengapa dia membakar wang itu, Lin menjawab, "Saya berasa amat gembira membakarnya. Adakah anda mempunyai masalah dengan itu?"

Lin kemudiannya telah dibawa ke balai polis, di mana dia mengherdik dan cuba untuk bergaduh dengan orang lain.

Selepas dia kelihatan agak tenang, polis bertanya kepadanya berapa banyak wang yang telah dibakar. "Saya tidak tahu! Ini bukan hal awak," dia menegking.

Lin minggu lalu mengeluarkan NT $ 2 juta (RM203, 967) dari sebuah bank dan pergi ke kedai elektrik, di mana dia meletakkan NT $ 100,000 (RM10, 198) dan berkata bahawa dia ingin membeli sebuah televisyen, tetapi kemudiannya meninggalkan kedai sebelum seorang kerani bertindakbalas.

Kerani itu kemudiannya memanggil polis untuk memulangkan wang kepada lelaki itu.Pegawai polis kemudiannya mencari Lin di rumahnya dan mendapati wang tunai berterabur di seluruh lantai. Polis meminta Lin untuk menyimpan wangnya dengan selamat dan kemudian polis beredar.

Lin kemudian keluar untuk membeli cincin emas dan kemudian minum bir sendirian di rumah.

Sekitar 7:00 petang pada hari Ahad, dia telah membawa wangnya ke luar rumah dan membakarnya. Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati kebanyakan wang kertas itu telah menjadi hangus menjadi abu di tempat kejadian.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online