BREAKING NEWS

Anwar memang muka tak malu... - Zahid Md Arip

Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Md Arip mempersoal kenapakah Datuk Seri Anwar Ibrahim amat berminat menjadi Penasihat Eknomi Selangor.

“Dia anak Selangor ke..Dia lahir di Selangor ke..Dia lahir di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Kerajaan Pulau Pinang sekarang ini di bawah Pakatan Rakyat..di bawah DAP, rakan sekutu dia..pasal apa tak jadi penasihat Ekonomi Pulau Pinang ?”, soalnya ketika berceramah di Bandar Kinrara, Selangor semalam. - AIDCnews.

Anwar "JILAT" Guan Eng di Penang semalam.. Uwekkk!!!!

Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng akan terus menerima sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu berkata demikian berdasarkan rekod kerajaan negeri yang menyerlah dalam pelaksanaan budaya integriti serta anti rasuah melalui kempen Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

"Dari 100 polisi perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, saya mungkin bersetuju 40 atau 20 (polisi) sahaja.

"Tetapi, apa yang membezakan pentadbiran Guan Eng dengan (pentadbiran) Umno, dia (Guan Eng) tak curi atau rahsuah dengan menggunakan wang rakyat, pemimpin Umno (didedah) curi, pecah amanah, boros wang rakyat. Inilah kekuatan Guan Eng untuk terus dipilihan rakyat," ujarnya malam tadi dalam satu majlis makan malam di Bayan Lepas.

Anwar juga menegaskan, pilihan raya kali ini bukan sekadar tukar kerajaan satu atau dua kerajaan negeri (dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat) semata-mata, pilihan raya kali ini adalah pilihan raya terbaik untuk tukar tukar kerajaan pusat.

"Pilihan raya kali ini bukan sekadar Barisan Nasional bertempur dengan Pakatan Rakyat. Pilihan raya kali ini adalah pertembungan antara idea dan nilai yang menuntut rakyat memilih yang terbaik untuk masa depan mereka dan negara," ujar beliau.

Justeru beliau berkata pilihan raya umum kali ini mendorong rakyat menuntut sebuah kerajaan pusat baru yang lebih bermaruah, berintegriti serta menguntungkan rakyat terbanyak.

"Kita sama sekali tidak akan mengalah pada politik kotor Umno (dan) Barisan Nasional...rakyat memerlukan sebuah kerajaan persekutuan baru," tegasnya.

18SX : Gambar aksi ghairah Nikita Willy tersebar..

Kalau sesapa pernah tengok sinetron "Puteri yang Ditukar" di TV3 setiap Isnin dan Khamis pada pukul 2 petang, mesti kenal dengan pelakon Nikita Willy nih.. Orangnya memang comel dan manis banget..

Gua pun memang minat dengan Nikita ni beb.. Tapi kalau dalam negara, hati gua still pada Maya Karin.. Cewahhh!!

Jadi.., selain dari memiliki wajah 'baby face'.., Nikita juga berbakat dalam nyanyian dan juga lakonan sehingga dia menjadi rebutan pengarah sinetron dan filem di negara tu.

Walaupun baru berusia 17 tahun, Nikita telah berjaya menjadi pelakon wanita termahal di Indonesia. Dan baru-baru ni, Nikita dipilih menjadi penerima anugerah berprestij menerusi kategori Aktres Paling Diminati dalam Panasonic Gobel Awards 2011.

Tapi, artis ni sekarang dilanda masalah apabila gambar seksinya tersebar diruang siber. Ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Nikita sebagai artis yang bersih dari sebarang gossip.

So, ada yang dakwa gambar ni photoshop.., dan ada juga yang kata ini bukan gambar Nikita. Masalahnya sekarang ni..., boleh percaya ke kalau artis bercerita pasal photoshop?

Mungkin alasan je semua tu beb..



Mahathir lagi Israel dari saya... - Anwar Ibrahim

Semalam semasa berceramah di Markas PAS Pongsu Seribu Kepala Batas, Anwar tak mengaku pernah menghantar surat kepada Israel.

"Ini semua adalah fitnah dari Umno dan Barisan Nasional bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu kerjasama Israel dan Malaysia.." kata Anwar.

Anwar juga menjelaskan, sewaktu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, dia tak pernah sama sekali mengiktiraf kerajaan Israel dengan cara berutus surat atau berjumpa dengan pemimpin tertinggi negara tu.

“Sewaktu saya jadi Timbalan Perdana Menteri, tak pernah saya tulis surat kepada mana-mana pemimpin Israel, tak pernah saya jumpa mana-mana pimpinan Israel.

“Penipu dan munafiknya pemimpin Umno, mereka serang saya. Tetapi, saya tak pernah pun ada (jalin) hubungan dagangan dengan Israel,” tegas Anwar kepada penyokong Pakatan Rakyat.

Anwar membandingkan dirinya dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang dalam diam mengutus surat kepada Israel.

"Mahathir hantar surat kepada Israel tu apa? Bukan sekali.., tapi tiga kali. Itulah buktinya kerajaan Umno mengiktiraf kerajaan haram Israel.." tegas Anwar.


p/s: Nak tipu apa lagi Anwar oiii.. Seluruh rakyat Malaysia dah tau hang punya hubungan kamceng dengan Yahudi laknatullah tu... Nak bohong puak-puak bongok PAS boleh laaa... Hahahaha..

Imam dapat pengiktirafan "Pejuang Berani Mati" kerana baling selipar...

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, pihaknya menganggap tindakan membaling selipar oleh Hoslan Hussin sebagai berani kerana telah menggemparkan negara.

Oleh itu, Pemuda PAS mengumumkan akan membantu meringankan beban keluarga imam Hoslan Hussin yang dihukum penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah.

"Bagi Pemuda, apa yang berlaku ke atas beliau adalah satu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil.

"Kami berusaha membantu keluarga beliau bagi meringankan beban sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atasnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Riduan berkata, kes yang menimpa Hoslan perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak agar tidak memperkecilkan golongan bawahan.

"Kami mendoakan semoga Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda," katanya lagi.

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan di atas kesalahan menghina mahkamah kerana membaling selipar ke arah panel hakim..

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, penjara setahun adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.


p/s: Baling selipar pada Hakim pun dapat pengiktirafan berani ke? Siap nak tolong kutip derma lagi tuu... Salah tu salah la beb.., jangan kerana geng punya pasal, semua jadi halal. Bodoh punya Pemuda PAS!!!

Bob Kuman mencari "syorga PAS"...

Selepas Bob Lokman mendominasi pentas ceramah PAS dengan lawak jenakanya, kini ada sorang lagi Bob yang bakal menyaingi "Ulamak Muda" PAS tersebut dengan lawak jenaka lebih mantap dan berkarisma..

Selepas mendapat restu dari Nik Aziz sebelum ini, Bob Kuman bakal membuat penampilan sulung beliau dalam satu ceramah di Paroi N.9 pada hari Ahad ni.

Berita kemasukan Bob Kuman tersebut sedikit sebanyak akan menggugat populariti yang dikecapi oleh Bob Lokman. Mana taknya beb, selama ini hanya Bob Lokman yang mengungguli carta lawak popular di pentas ceramah PAS.

Gua harap, Bob Kuman tak mengikut jejak langkah Bob Lokman dulu sebaik saja dia join geng ahli syorga PAS tu..

Kalau korang ingat lagi, dulu Bob Lokman mengutuk dunia artis sebaik saja dia 'mendapat hidayah'.. Dan Bob Lokman juga kutuk kerajaan kononnya tak mengamalkan sistem pembelajaran yang membolehkan anak dia masuk syurga.

So.., Bob Kuman diharap janganlah macam tu yee.. Kalau nak cari rezeki lebih atas pentas PAS tu, silakanlahh.. Semoga Bob Kuman 'bahagia' dengan ideologi politik yang dia pilih..

Dan semoga Bob beroleh syorga PAS yang dicari-cari.. Hahahaha...

AWAS!! Bekas minuman hina Islam di Sunway Piramid..

Gua terbaca dalam satu blog kengkawan mengenai bekas minuman di sebuah pusat membeli belah yang secara tak langsung memaparkan tulisan seakan-akan nama Allah pada bekas tersebut.

Menurut sumber, kedai minuman tu terletak di Sunway Piramid.

Tapi ada pendapat yang mengatakan, itu hanya rekaan semata-mata.. Dan ada juga komen mengatakan lukisan tu sebenarnya adalah simbol zodiak virgo..

Gua harap pihak berwajib dapat siasat perkara ni. Seandainya betul dorang tu sengaja nak menghina Islam, patut dikenakan tindakan undang-undang terhadap premis tu..

Pada mata gua, memang nampak lukisan yang dibuat oleh beruang koala tu seakan-akan nama Allah jika diterbalikkan.. Tak tahulah apa pulak pandangan korang semua..


Ekslusif!! Gambar MPV terbaru Proton ganti Exora...


Dalam seluruh rakyat Malaysia sibuk tunggu pelancaran model baru Proton P-321A, rupa-rupanya Proton dalam diam-diam dah nak keluarkan satu model baru MPV yang bakal menggantikan model Exora..

Gua difahamkan, model baru ni belum diberi sebarang nama spesifik, tapi ia sekali lagi akan membuatkan imej Proton menonjol didalam arena pembuatan MPV seluruh negara.

Dan gua juga diberitahu oleh sumber dalaman Proton, model MPV baru ni menjanjikan ruang yang lebih luas dan selesa kepada pengguna. Selain tu, model ni juga lebih mesra alam dan multipurpose..

Errr..., wifi juga ada dibekalkan bagi model ni tapi korang kenalah beli berasingan.. Tahniah Proton!! Semoga Proton terus melangkah maju kehadapan. Hehehehe...



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



p/s: Korang jangan marah yee.., gua takdak idea nak menulis malam nih...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online