BREAKING NEWS

Artis melayu bertudung tunjuk dada..

Kalau pakai tudung tapi dengan rela menonjolkan leher dan dada, baik tak payah bertudung beb.. Itu namanya hipokrit! Bertudung tu wajib bagi wanita Islam, bukannya sekadar suka-suka nak tunjuk imej alim.

Masa mula-mula artis ni muncul dalam dunia hiburan, imej dia cukup sopan dan bertudung. Nama dia mula popular dalam drama-drama tempatan sebab muka dia dikatakan serupa dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza.

Gua tak heran sangat kalau Fida ni dikatakan tiru Siti Nurhaliza, sebabnya dia pun muncul dari rancangan meniru artis tu dulu.. Tapi takkanlah kalau Siti pakai tudung 'sekadar suka-suka'.., Fida pun nak tiru juga perangai Siti tu?

Sekarang ni dah mula nampak leher dan dada.., lepas ni mungkin turun habis semua kebawah.

Gua rasa ni lah standart artis Malaysia beb.., bertudung tu bagi dorang cuma tunggu bila sampai seru. Dan asal bertudung je, terus dikatakan dah bertaubat dan dapat hidayah.

Lagi teruk, ada yang masuk parti politik untuk cari agama selepas kononnya dapat hidayah untuk pakai tudung. Siap boleh dapat tauliah berceramah agama kat orang ramai atas pentas lagi..

Memang luarbiasa!!



NGERI!! Dalam Pizza ada LIPAS... Resepi baru kot?

Gua terbaca dalam Facebook mengenai seorang pelanggan yang merungut pasal Pizza yang dia beli ada lipas..

Memang menjijikkan beb..

Baru je hari tu gua baca pasal karipap berulat di Secret Recipe, ni timbul pulak cerita pasal pizza lipas pulak..

Nasib baik gua tak makan di kedua-dua premis tu.., kecualilah orang belanja.. Hehehehe..

Walau bagaimanapun, gua setuju isu-isu macam ni tak patut berlaku beb.. Dorang tu bukan pengeluar makanan cap ayam.., tapi jenama popular seluruh dunia.

Dan gua rasa dorang patut jaga kualiti serta kebersihan produk makanan keluaran dorang. Selain tu, mutu servis dan kepercayaan pada pelanggan harus dijaga beb..

Macam baru ni, gua ada pergi ke sebuah premis popular jual nasi ayam. Gua dihalang untuk duduk di satu tempat dalam kedai tu hanya semata-mata dengan alasan takut cashier tak nampak..

Gua disuruh duduk makan dekat dengan frontline counter beb.. Dorang ingat gua tak ada duit nak bayar apa yang gua makan ke? Terus gua blah dari premis tu tanpa kompromi!

Dah lah customer kena bayar cukai dari semua makanan tu.., then ada hati pulak dorang nak mengarah macam-macam.

Gua syak budak pompuan comel yang halau gua tu mesti orang Umno.. Dan orang yang letakkan lipas dalam pizza tu pun orang Umno jugak.. Sebabnya.., apa yang jahat jadi dalam negara ni, semuanya akan disalahkan kepada Umno..

So tak salahlah gua nak ambik kesempatan kann... Hahahahaha...

Anwar yang hapus SBPA.., bukannya Najib.... - Samsul Iskandar

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan bangganya berkata bahawa rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada Anwar dan Pakatan bila Najib mansuhkan SBPA.

Mengikut definasi Samsul, Pakatan Rakyat mempunyai saham dalam perubahan ini kerana hasil desakan merekalah SBPA tidak jadi dilaksanakan.

Bagi Samsul, kalau tak kerana Anwar dan Pakatan, kakitangan awam semua tak dapat merasa gaji dan elaun baru beb..

Pada pandangan Samsul juga.., hasil dari usaha KERAS Anwar lah, Najib tergerak hati dan mendapat idea untuk hapuskan SBPA dan menaikkan elaun serta gaji kakitangan awam di seluruh negara..

Tak percaya? Cuba baca laporan Harakah yang memetik sumber twitter Samsul Iskandar tu..

"SBPA dibatalkan & Sistem Saraan Malaysia (SSM) ditambahbaik. Tentunya hasil desakan PR," katanya dalam Twitter.

Hebat tak Anwar beb? Dan hebat tak macam mana Samsul putarbelit cerita dan cuba ambik kredit atas usaha orang lain? Sungguh luarbiasa!!

Lepas ni.., puak-puak Pakatan mesti akan canangkan diseluruh pelusuk kampung tentang cerita ni.. Kesian Najib..., dia yang usaha, Anwar jugak yang sibuk nak claim nama..

500 ribu orang serbu ceramah Anwar di Perak.. (BERGAMBAR)

Kesesakan jalan yang teruk sepanjang 30 kilometer.., talian komunikasi hampir lumpuh akibat dari permintaan melebihi had.., dan juga puluhan ribu sukarelawan terpaksa dikerahkan semasa ceramah Anwar di kawasan Perak Tengah semalam.

Gila lah beb.., dianggarkan hampir 500 ribu rakyat Perak membanjiri kawasan ceramah Anwar hanya semata-mata untuk menyaksikan sendiri bakal Perdana Menteri yang dorang sayangi tu..

Dan gua rasa terharu sangat apabila pengacara majlis ceramah tu mengumumkan, Anwar adalah merupakan "KHAZANAH NEGARA" yang patut dijaga oleh semua rakyat.

Baru gua sedar, Anwar adalah aset penting bagi Malaysia.. Bahkan, Anwar lagi penting dari kapal selam Scorpene yang mahal tu beb.. Fuhhh.., memang luarbiasa manusia bernama Anwar Ibrahim tu!

Berkenaan pasal ceramah di Telok Bakong semalam, Anwar seperti biasa merayu rakyat supaya jangan percaya kepada media kerajaan yang dikatakan suka buat fitnah terutamanya pasal isu Israel..

Anwar kata dia sebenarnya sokong Palestin tetapi diputarbelitkan oleh media Umno kononnya dia sokong Israel.. Ishhh.., jahat sungguh Umno ni kann..

Anwar juga menyeru anak-anak muda supaya sedia berkorban untuk dirinya..., Opss.., untuk rakyattt... Dan Anwar suruh rakyat buat pilihan yang betul di PRU13 nanti agar dia boleh ke Puduraya Putrajaya..

So.., berteraburanlah airmata 500 ribu para hadirin kat situ akibat dari terharu dengan keikhlasan Anwar untuk membela nasib rakyat beb.. Kalah doa munajat Hasan Ali tauu..

Gua dapat rasakan satu aura menyelubungi gua dan 500 ribu rakyat ketika itu.. Aura yang menunjukkan bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri.., bukan di Putrajaya.., tapi di Muzium Negara...

Kan pengacara Majlis ceramah tu sebut Anwar sebagai "KHAZANAH NEGARA".., so dia harus diletakkan di tempat yang sepatutnya iaitu di Muzium Negara lahh.. Betul tak? Hahahahaha...

Jom layan gambar....



Sapa kata Ostad Azizan sakit? Itu semua fitnah Umnuuu....

Gua dimaklumkan.., Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap MB negeri tu dah 3 hari berada di Hospital Sultan Bahiyah, Alor Star Kedah.

Menurut sumber.., Ostad Azizan dimasukkan ke wad sebab serangan sakit jantung selepas isu pergolakan di Kedah yang melibatkan dua exconya baru-baru ni..

Tapi kalau tengok laporan akhbar semalam, Setiausaha Akhbar Azizan, Mohd Helmi Khalid mendakwa Azizan pergi kesana hanya untuk mendapatkan rawatan mata susulan berikutan pembedahan katarak beberapa tahun yang lalu.

Tapi kalau sekadar nak buat pemeriksaan mata, takkan lah sampai 4 hari kena tahan di wad beb?

Nak bohong pun agak-agak lah yee.. Ingat rakyat bodoh ke apa?

Lagipun, kalau sekadar nak buat pemeriksaan mata, kenapa berpusu-pusu pemimpin PAS pergi melawat Azizan semalam termasuklah Salahuddin Ayub dan Hatta Ramli?

Jadi, betullah macam kata beberapa exco Kedah tu yang Azizan memang tak berkemampuan untuk memerintah sebab masalah kesihatan.

Perkara ni cuba disorok dari pengetahuan rakyat memandangkan PAS tak nampak calon yang sesuai bagi menggantikan Azizan di Kedah..

Ini lah masalahnya dalam PAS.. Kalau boleh, dorang nak pegang jawatan tu sampai mati. Dorang tak tahu semua jawatan tu hanya pinjaman semata-mata..

Tapi tak heranlah kann.., si tua di Kelantan tu pun tak sedar diri jugak walau nak ke jamban pun sampai kena papah.. Kalau dan Mursyidul kencing berdiri.., anak buah confirm kencing berlari... Hahahahaha

Hantu tanpa kepala heboh di Facebook dan BBM..

Sekeping gambar yang dimuatkan dalam sistem Blackberry Messenger (BBM) telah menggemparkan ramai pengguna rangkaian tersebut.

Gambar itu dikatakan diambil di Makassar, Sulawesi Selatan oleh pengirim yang tidak diketahui.

Ia menjadi heboh apabila diceritakan bahawa terdapat HANTU tak berkepala didalam gambar itu.

Jika diteliti, didalamnya tersebut terdapat seorang lelaki dan wanita muda bergambar bersama dengan latar belakang bangunan mirip candi atau kuil zaman lampau.

Namun, di sebelah kiri gambar tersebut terdapat tubuh manusia yang dikatakan tanpa kepala.

Yang nampak pada pandangan mata kasar, hanya baju dan seluar atau sarung bercorak mirip pakaian lelaki di Sulawesi.

Belum diketahui, apakah gambar ini asli atau hanya rekaan sahaja kerana tiada maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online