BREAKING NEWS

Kantoi pakai seluar dalam G-String.. Kaler pink lagi....

Rasanya, gua tak payah nak elaborate bagaimana rupanya G-String tu ye.. Apatah lagi macam mana cara pakai dan juga keselesaan benda alah tu..

Selalunya, pompuan je pakai menatang G-String ni.. Tak tahulah pulak kalau ada lelaki yang sanggup pakai.

Kalau suruh gua volunteer, serius gua tolak beb..

Tapi macam mana pulak kalau ada jantan-jantan diluar sana yang suka pakai seluar dalam bertali tu..? Macam mana rasanya ye bila tali dibelakang tu menyelit masuk ke lurah..?

Sungguh luarbiasa keberanian dorang!!

Gua sebenarnya nak kongsikan dengan korang gambar seorang buruh binaan yang kantoi pakai G-String ni semasa berkerja.. Tak sangka pulak ada jantan ganteng macam tu rela pakai seluar dalam pompuan..

Gua syak, mamat buruh binaan tu mesti geng Anwar.. Hanya golongan gay saja yang sanggup pakai benda alah tu.. Hahahaha...

Petugas PKR dikejar dengan PARANG.. Padan Muka!!!

PKR Cabang Rembau hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap Polis DiRaja Malaysia yang gagal menjamin ketenteraman dan sebaliknya tunduk kepada Umno di kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hasan.

Setiausahanya Norazizi A Aziz menyatakan kekesalan tersebut apabila pihak polis daerah Seremban gagal memberikan permit untuk program ceramah yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada malam ini di Taman Jed Indah, Kuala Sawah, Rantau.

Menurut Norazizi, pada 6 Februari lalu telah dijadualkan satu program ceramah di pekan Kuala Sawah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau dan Parlimen Rembau.

“Namun ketika persiapan tapak dilakukan pada hari tersebut, sekitar jam 6 petang sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh ketua kampung Kuala Sawah hadir dengan bersenjatakan parang.

“Ketika kekecohan berlaku di lokasi yang hanya jaraknya sekitar 300 meter dari Balai Polis Kuala Sawah, ada anggota polis datang dan selepas bercakap dengan ketua kumpulan penyerang (Ketua Kampung), anggota polis tersebut terus beredar.

“Selepas itu PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana beliau merupakan ketua kampung yang dilantik Menteri Besar.

“Serangan bukan sahaja dengan menggunakan senjata tetapi juga bersifat perkauman apabila Ketua Kampung lantikan Umno itu mencarut dan memaki hamun petugas-petugas PKR berbangsa India yang ada bersama termasuk ugut ‘mandi darah’,” kata Norazizi.

Pada masa yang sama katanya, apabila berita ini tersebar ada juga sekumpulan orang kampung yang menyokong Pakatan Rakyat dalam perjalanan untuk datang ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku PKR Rembau membuat keputusan program ceramah tersebut ditangguhkan sahaja.

Hadi Awang ada skandal... PAS nak saman Dr Mashitah..

PAS mempertimbangkan untuk mengambil tindakan bersesuaian berhubung tulisan Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Shamsuri Ahmad berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

"Kita sedang meneliti perkara tersebut, dan kini sedang dalam rangka mendapatkan nasihat peguam sebelum tindakan susulan diambil, sama ada mengambil tindakan undang-undang, atau sebagainya," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.


p/s: PAS nak saman Mashitah sebab dedahkan Hadi ada skandal..? Saman je lahh... Biar semua rakyat tahu cerita yang sebenar.. Hahahahaha...

SERAM!!! Jumpa POCONG semasa Latihan dalam Hutan..

Sapa diantara korang pernah menyertai kem motivasi pada zaman belajar dulu? Tak kiralah masa zaman sekolah, kolej atau Universiti.., mesti ada yang pernah pergi kann..

Selalunya, dalam kem motivasi ni akan ada program berkhemah atau meredah hutan waktu malam. Memang sadis beb program tu kalau tak kena gaya..

Tapi semua tu tak boleh lagi lawan Latihan yang dijalankan dalam kemasukan Tentera di Malaysia. Sapa yang pernah sertai Latihan ni, tahulah dorang macam mana seksanya masa tu..

So.., gua ada satu video Latihan Asas Rekrut bagi pengambilan Tentera Laut DiRaja Malaysia untuk dikongsikan bersama korang. Ni video untuk sessi pengambilan 192 tahun 2003.

Semua bakal rekrut dikehendaki berjalan bersendirian dalam hutan yang gelap gelita tanpa ditemani sebarang cahaya..

Memang luarbiasa latihan ni beb.. Silap haribulan, terkencing dalam seluar sebab terjumpa HANTU..

Mungkin korang yang tengok video Latihan ni gelak berguling-guling bila tengok bakal rekrut tu ketakutan, tapi cuba bayangkan korang di tempat tu.., nak senyum pun tak mampu kot...

Sebab ni lah gua salute semua anggota keselamatan negara.. Tanpa dorang, negara kita tak aman beb!

Jom layan video...


TERBUKTI !! Badrulamin fitnah pihak Istana.. Tolong ambil tindakan!!

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menafikan terlibat dengan siasatan atau apa juga yang berkaitan kes tangkapan khalwat anggota majlis tertinggi PKR Dr Badrulamin Bahron.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Mohamad Sahfri Abd Aziz berkata beliau dimaklumkan pihak istana bahawa baginda tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut apatah lagi mencampuri siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

"Dakwaan Badrulamin bahawa Tengku Abdullah mengenalinya boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kerana baginda sememangnya mengenali dan dikenali oleh semua orang.

"Bagaimanapun baginda hanya ingin tahu siapakah yang ditahan JAIP atas dakwaan berkhalwat sehari selepas kejadian tersebut. Itu sahaja dan tidak timbul baginda terlibat dalam siasatan JAIP," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Hujung bulan lalu, Badrulamin mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi. JAIP pada 25 Februari lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.

Menurut Mohamad Sahfri, siasatan ke atas Badrulamin masih diteruskan dengan beberapa orang saksi masih diambil keterangan mereka.

"JAIP perlu menjalankan siasatan terperinci dengan memerlukan sedikit masa kerana kes ini diperoleh daripada aduan dan bukannya daripada operasi seperti kebiasaan.

"Justeru saya ingin menasihati Badrulamin agar tidak memberi sebarang kenyataan kepada akhbar kerana ia sedikitpun tidak akan membantu proses siasatan," katanya.

Kata beliau, kenyataan yang tidak benar jika dikeluarkan akan mengganggu proses di mahkamah kelak.

Mohamad Sahfri juga kecewa dengan sikap Badrulamin yang enggan membuat laporan polis sekiranya benar beliau dipukul.

Badrulamin sebelum ini menjelaskan beliau hanya membantu seorang kenalan wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga pada masa itu apabila pegawai agama tiba untuk menahannya.

Badrulamin berkata setelah menasihatkan wanita itu yang datang bersama anaknya, beliau kemudian menempah bilik hotel untuk mereka.

Bagaimanapun suami wanita itu yang ditemani 20 individu tidak dikenali tiba sebelum bertindak menyerang Badrulamin.

18SXX : Artis Muslim beraksi PANAS dalam majalah antarabangsa..

Korang ingat lagi pasal Zarina AnJolie yang bikin panas bila beraksi separuh telanjang dalam majalah FHM tak berapa lama dulu? Untuk pencerahan.., Zarina AnJolie tu adalah Muslim.

Lepas tu.., sorang lagi artis Malaysia, Julie Woon beraksi "seksi" untuk majalah lelaki. Tapi Julie bukannya Muslim.

Jadi, nampak tak persamaan antara artis-artis zaman sekarang? Dorang tak malu beraksi ghairah hanya untuk duit beb..

Muslim ke, tak muslim ke.., dorang akan "bogel" je tanpa kompromi kalau dah hanyut dengan godaan raja kertas tu..

Senario ni bukan saja berlaku di Malaysia je beb.., di negara Islam lain pun sama juga penyakitnya. Awal tahun ni, masyarakat Islam Pakistan dikejutkan dengan keberanian sorang artis negara tersebut beraksi telanjang dalam majalah FHM.

Artis muslim yang juga merupakan model serta pelakon popular negara tersebut sanggup bergambar tanpa pakaian dalam majalah tu hanya semata-mata kerana nak popular di Hollywood.

Anak kepada pesara tentera elit Pakistan, Venna Malik telah dikecam hebat kerana aksi panas beliau. Bagaimanapun, Venna menafikan dia berbogel tetapi hanya mendedahkan separuh sahaja tubuhnya.

Venna menyifatkan majalah tersebut telah memaparkan gambar photoshop dan memfitnah dirinya.

Keluarga Venna pula berasa amat malu dengan insiden tersebut dan tak lagi mengaku Venna sebagai anak mereka. Malah, ayah Venna sendiri mahu kerajaan Pakistan menghukum anaknya jika didapati benar dia bersalah.

Sedap-sedap ambik gambar bogel.., tau pulak takut yee...

Selalunya orang yang buat salah je yang takut pada pihak berkuasa.. Sebabnya, dorang tahu hukuman sedang menanti dorang kalau dicekup nanti..

Macam tu lah jugak dengan cerita Hilmi yang dikatakan bertanggung jawab sebarkan gambar bogel Eli Wong, wakil PKR tu..

Dah sedap-sedap mengentot dan ambil gambar bogel, terus lari ke Indon bila Polis cari.. Brengsek betull...

Kalau betul dia tak salah, kenapa lari beb? Dan gua dengar, ada pemimpin tertinggi PKR yang sponsor Hilmi masa di Indonesia tu.. Sapa lah agaknya pemimpin PKR tersebut? Hahahaha.., nanti gua ceritakan bila dapat "green light"..

Polis hari ini mempersoalkan tindakan Hilmi Hazimin Malek, yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong, melarikan diri ke luar negara sehingga ditahan pihak berkuasa Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen perjalanan palsu.

"Kalau dia (Hilmi) tidak bersalah, mengapa dia patut takut dan lari ke luar negara, kalau dia berada di pihak yang benar, maka beliau perlu menjelaskan segala-galanya," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Aziz Zakaria kepada Bernama.

Beliau berkata keterangan Hilmi Hazimin akan membantu siasatan terperinci polis berhubung rakaman dan penyebaran gambar Wong.

Sebuah portal Indonesia sebelum ini melaporkan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai 'Azmin Helmi', yang kemudian disahkan sebagai Hilmi Hazimin, ditahan Imigresen Indonesia kerana memiliki dokumen palsu.

Hilmi dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dikatakan memiliki kad pengenalan serta kad keluarga Indonesia palsu.

"Kita telah merakam kenyataan ibu bapa dia (Hilmi) dan kita percaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya. - BERNAMA

Bila Nabi Melayu nak dikenakan hukuman?

Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan ke atas ketua ajaran sesat “Rasul Melayu”, Abdul Kahar Ahmad.

Abdul Kahar mengaku bersalah terhadap lima tuduhan pindaan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, tiga tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau merayu terhadap hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi itu.

Panel tiga hakim, Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md. Yusup Che Teh dan Datuk Aidi Mokhtar membuat keputusan itu selepas mereka sebulat suara menolak rayuan Abdul Kahar, 62, untuk meringankan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya pada 21 Oktober 2009.

Dalam penghakiman mereka, Ibrahim selaku pengerusi berkata, pihaknya menolak lapan alasan yang dikemukakan oleh Abdul Kahar bahawa Hakim Abu Zaky Mohammad telah terkhilaf semasa menjatuhkan hukuman itu ke atasnya.

Mereka sebaliknya berpendapat, hukuman penjara, denda dan sebatan itu sesuai dengan kesalahan perayu mengaku dirinya sebagai rasul yang sangat serius serta merosakkan akidah umat Islam. – BERNAMA



p/s: Rasul melayu dah kena hukuman.., yang dikatakan Nabi melayu tu bila pulak nak terima hukuman dia? Mana aci macam ni...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online