BREAKING NEWS

Tun Mahathir dedahkan NGO Anwar dibiayai oleh Amerika..


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibayar oleh Amerika Syarikat (AS), bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang dilihat tidak sebulu dengan kehendak mereka.

Menurut Dr Mahathir, tindakan AS di Asia Barat jelas menunjukkan bukti bahawa kuasa barat berkenaan sedang berusaha untuk menukar pemerintahan pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka, dan melantik individu lain bagi membolehkan AS memperalatkan negara berkenaan.

"Campurtangan AS dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia.

NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika," katanya merujuk kepada penangkapan 10 rakyat AS di Mesir yang dipercayai ahli daripada beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada Mesir.

Di antara mereka yang ditangkap adalah ahli kepada National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI) dan Freedom House, dan kesemua mereka menurut Newsweek telah “memperolehi dana daripada AS”.

"Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat).

Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan "regime change" supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat," katanya di dalam blog "Chedet" miliknya hari ini.

Jelas Dr Mahathir lagi, apabila Anwar mula berkuasa sebagai perdana menteri, segala tuntutan NGO berkenaaan akan dihalalkan dan berkemungkinan juga Ketua Umum PKR itu akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

"Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, AS tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu," katanya lagi.

Tambah beliau, rakyat seharusnya bertindak bijak dengan menolak mana-mana pihak yang ditaja AS bagi mengelakkan negara dikongkong dan dijajah oleh mereka yang cuba menukar kerajaan secara haram.

"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?" soalnya dan menambah terpulng kepada rakyat untuk membuat pilihan.

"Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel), sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat, tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar kerajaan," katanya dalam entri terbaru blognya yang bertajuk "Peperangan Mesir Melawan NGO".

Cara membuat Kobis palsu di China.. Lepas ni ada Chinadoll palsu pulak..


Semua diantara kita tahu, kaum cina di negara dorang tu memang kuat meniru. Tak heranlah kalau negara China dianggap syurga barang tiruan..

Dulu kita heboh tentang telur palsu yang dorang buat menggunakan bahan campuran kimia.., lepas tu ada pulak beras tiruan yang dorang cipta..

Korang jangan pulak terkejut kalau sekarang ni sayur-sayuran pun dorang palsukan juga..

Gua tak tahulah barang ramuan apa yang dorang guna untuk buat kobis palsu ni.., tapi sekali tengok memang real beb..

Jom kita tengok proses pembuatan kobis tersebut..


p/s: Lepas ni..., mungkin akan wujud Chinadoll palsu dari China.. Anwar kena berjaga-jaga nih.. Hahahahaha...









Hampa ingat kulit muka kami ni tebai macam kulit bewak ka?


Ni adalah luahan hati sorang "old timer" PAS Kedah yang gua jumpa dalam satu blog PAS Kedah.. Memang syahdu beb..

PAS ni baru 3 tahun perintah Kedah, dah mula ada hal macam-macam.. Umno/BN perintah dah 50 tahun lebih, tak ada pun kalut macam di Kedah tu..

Hari ni, gua dengar Azizan dah bagi warning kat Nik Aziz supaya jangan masuk campur hal pentadbiran Kedah.. Lepas ni tak tau lah pulak apa nak jadi..

Puak-puak PAS tak mau tuduh semua ni konspirasi Umno ke? Mungkin Azizan dibayar 10 juta oleh Umno ke.., sapa tau kann? Hahahahaha....

====================================



Baru menang sepenggal dah macam-macam kelaku buruk hampa dah keluar.. Berlagak, perasan hebat, keraih kepala, ketegaq, berasa diri lebih hebat dari orang lain..

Hampa ingat rakyat kat bawah tak perati ka kelaku buruk hampa tu? Ingak rakyat bawah bodoh sangat ka nak paham apa yang telah dan sedang berlaku kat Kedah lanie?

Hampa ingat hampa menang hari tu pasai rakyat bawah sokong sangat ka parti hampa tu? Hampa ingat rakyat kesian ka dekat hampa dan parti hampa dengan apa yang berlaku hari ni?

Dan yang lebih penting lagi hampa ingat Umno/BN Kedah dok duduk melenggak saja ka tengok hampa dok bergomoi lanie?

Nak kata hampa bodo.., hampa semua pakat mengaji tinggi.. Pensyarah la.. engenier la.. doktor la.. Pendek kata hebat-hebat semua taraf pendidikan hampa.. Tapi kerja buat hampa pada hari ni macam orang bodo.. Macam hindu mabuk todi saja kami tengok..

Ni kali akhir aku nak kata dekat hampa yang ceredik-ceredik kat atas sana nun.. Sudah-sudah lah jadi orang bodoh.. Berenti la buat kerja bodoh tu.. Mengundi tak lama dah..

Kalau hampa sayang lagi dengan parti hampa, buat la kerja yang kami amanahkan kat hampa tu elok-elok sementara ada lagi baki-baki nyawa hampa dalam negeri Kedah ni.. Orang sebelah sana pakat dok gelak saja tengok kelaku buruk hampa tu..

Awat.. Hampa ingat kami tak reti nak malu ka dekat depa dengan kelakuan buruk hampa tu?? Last sekali aku nak tanya hampa.. Hampa ingat kulit muka kami ni tebai macam kulit bewak ka???

Mat Tok Cha
Lana Bulu

PANASS!! Siapa artis ni yang ditahan kerana melacur..?


Nampaknya, bukan dunia politik saja yang panas dengan kisah skandal seks dan khalwat pemimpin Pakatan.., rupanya dunia hiburan pun sama juga panasnya..

Kisah penangkapan seorang artis dan juga pelakon wanita popular ni memang mengejutkan.. Siapa sangka, dengan rupa dan imej yang baik, artis ni sanggup melacurkan diri..

Ini membuktikan kepada kita, wajah yang nampak baik dan pakaian yang nampak alim tu bukannya lesen untuk menjamin seseorang tu berperibadi baik..

Pepatah inggeris ada kata.., "dont judge the book by its cover".. Itulah yang terjadi sebenarnya...

Ok..., kisahnya macam ni.., di India, seorang pelakon muda filem Tamil berusia 22 tahun ditangkap bersama-sama dengan abang tirinya pada malam Sabtu lalu atas dakwaan melacurkan diri.

Caroline Mariyath, pelakon filem Tamil dan juga model popular dari Chennai, telah ditangkap di sebuah hotel lima bintang oleh pihak berkuasa.

Pihak polis mengesyaki bahawa bapa dan abang tirinya telah bertindak sebagai "bapa ayam" dan ejennya.

Bapa tirinya, Ranjeeth Mariyath Asan, yang merupakan seorang jurugambar model, didakwa telah membantu aktres itu mendapatkan pelanggan bersama-sama dengan M Rajkumar, abang tirinya yang bekerja berkhidmat sebagai pengurusnya.

Polis mendakwa aktres itu bertindak melacurkan dirinya kerana menghadapi masalah kewangan. Hal ini mungkin ada kaitan dengan kelewatan tayangan tiga buah filem lakonannya.

Selain berlakon, Mariyath pernah menjadi model untuk iklan syarikat berlian dan tekstil.

Menurut sumber media, Rajkumar memberitahu pihak polis bahawa ayahnya mengatur urus niaga dengan pelanggan, dan dia berbuat demikian sekali sekala.

Aktres itu dikatakan mengenakan bayaran sehingga Rs3 lak atau RM18 ribu untuk tempoh dua jam perkhidmatannya. Selain bayaran tersebut, pelanggan perlu membayar tiket penerbangan dan dua bilik hotel untuk diri dan ejennya.

Kes ini sedang dibicarakan di Mahkamah India dan telah menggemparkan seluruh masyarakat dan dunia hiburan tempatan - Agensi



Lawan kerajaan guna wanita separuh bogel..


Beberapa wanita separuh bogel yang hanya memakai seluar panjang ditangkap polis selepas mereka menyerbu sebuah pusat pengundian di Akademi Sains Rusia di sini semalam.

Wanita-wanita tersebut yang merupakan anggota pertubuhan FEMEN dari Ukraine menyerbu pusat itu selepas Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin tiba untuk mengundi dalam pilihan raya presiden. Putin turut bertanding sebagai calon presiden.

Anggota-anggota kumpulan itu cuba untuk mencuri peti undi selepas Putin membuang undi. Tiga wanita menanggalkan baju mereka dan menyatakan Putin ialah seorang pencuri.

Polis Moscow menyatakan wanita-wanita tersebut dibawa ke sebuah balai polis dan keputusan belum dibuat sama ada mereka akan dikenakan dakwaan. - Agensi


p/s: Pembangkang kat sini tak nak tiru idea ni ke? Mungkin boleh suruh Zuraidah Mak Lampir jadi ketua kumpulan.. Badrulamin mesti suka punyalahh... Hahahaha...

GEMPAR!! Adun PAS ditangkap sedang rasuah "candu" pada rakyat..


Kerajaan Barisan Nasional seumpama mengumpan ‘candu’ kepada rakyat melalui pelbagai bantuan menjelang musim pilihan raya sekarang, kata Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan).

“Candu itu berupa wang RM500, RM200 dan RM100 yang diagihkan kepada rakyat di seluruh negara sekarang.

“Tujuannya bagi memancing hati rakyat. Taktik tersebut seperti mengulangi apa yang pernah dibuat penjajah Inggeris,” katanya ketika membentang usul merakam ucapan menjunjung kasih.

Sejak awal tahun ini kerajaan BN sibuk mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500, baucer buku kepada pelajar institusi pengajian tinggi RM200 dan bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 5.5 juta pelajar sekolah.

Sedangkan kata Zainuddin yang Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kelantan sejarah tamadun manusia membuktikan hati mereka tidak mudah dibeli dengan umpan kebendaan.

“Sebaliknya hanya agama yang mampu mengubah hati manusia,” katanya.

Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) berkata, pemimpin yang terlalu lama berkuasa akan menjadi buta hati.

Katanya, kalau sudah lama menjadi wakil rakyat mereka tidak lagi nampak tanggungjawab terhadap rakyat, sebaliknya lebih berminat mencari keuntungan peribadi.

Namun kata beliau ia berlainan dengan pemimpin berjuang mendaulatkan Islam kerana kuasa yang ada digunakan memartabatkan agama.


p/s: Dia pun bagi rasuah pada rakyat.., ada hati nak tuduh kerajaan kononn... Kalau semua bantuan tu rasuah.., maknanya.., Lim Guan Eng di Penang dan Khalid Ibrahim di Selangor pun guna candu yang samalah yee.. Dorang tu pun bagi duit pada rakyat jugak kannn...

Bodoh punya PAS!

KP Umno Penang cabar Lim Kit Siang..


Pergerakan Pemuda UMNO negeri membidas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengibaratkan permohonan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘cek kosong’.

Ketuanya, Shaik Hussein Mydin berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan DAP memang parti yang cauvinis dan rasis.

Beliau menambah, tindakan Kit Siang itu juga tidak ubah umpama ‘orang tua tidak cukup ajar’.

“Pemuda UMNO ingin tahu sama ada DAP sedia memohon maaf kepada rakyat Pulau Pinang terhadap apa yang dibuat anaknya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri ketika mentadbir Pulau Pinang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Najib memohon maaf bagi pihak Barisan Nasional (BN) atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri pada pilihan raya umum 2008.


p/s: Berani ke komunis cina tu mintak maaf? Patutnya, komunis tu dah lama dihalau keluar negara sebab terlibat dengan tindakan provokasi 13 Mei dulu.. Sekarang ni anak dia pulak dok provoke melayu di Penang.. Bapa borek, anak rintik...

HOT!!! Tak puas di ranjang, isteri lari lepas kawin 4 hari...


Hasrat seorang lelaki menikmati mahligai bahagia dibina dengan isteri berusia 15 tahun pada Sabtu lalu, tidak kesampaian apabila insan tersayang itu menghilangkan diri hanya selepas empat hari mereka mendirikan rumah tangga.

Paling memedihkan, isteri lelaki terbabit yang tidak bekerja itu menghilangkan diri ketika suami berusia 21 tahun dari Kampung Gita, Kuching Sarawak, keluar mencari rezeki.

Sehingga semalam, usaha menjejak wanita berkenaan menemui jalan buntu menyebabkan laporan polis terpaksa dibuat.

Sumber berkata, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana mempersoalkan kemampuan syahwat suaminya yang dikatakan gagal memuaskannya.

“Kali terakhir lelaki berkenaan bertemu isterinya ialah jam 11 pagi Selasa lalu, ketika menghantar isteri ke rumah saudaranya kerana mahu ke laut untuk menangkap ikan,” katanya.

Bapa lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya terkejut apabila mendapati isterinya tiada di rumah saudara ketika mahu menjemputnya pulang ke rumah pada hari kejadian.



P/s: Aduhai! Lawak pun ada, terkejut pun ada, ngeri pun ada. Bukan apa beb, gadis semuda 15 tahun sudah tahu erti orgasme.

Masyarakat semakin maju bab sekarang berkaitan dengan seks. Nasihat gua.., bagi lelaki yang belum atau mahu berkahwin, mantapkan kelakian anda sebelum berkahwin.

Agaknya sebab ni kot yang membuatkan Badrulamin suka cari pompuan lain..? Isteri yang ada tak mampu puaskan dia kot? Hahahaha..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online