Gua salute betul dengan pakcik sorang ni.., sampai 86 isteri dia tu beb.. Gua yakin, Badrulamin mesti meroyan kalau tau cerita nih..
Yang herannya, pakcik ni adalah seorang pendakwah Islam.., tapi hukum mana dia ikut sampaikan boleh ada 86 isteri?
Kalau nak bantu golongan wanita sekalipun, bantulah dari sudut lain beb.. Bantu kewangan ke.., bantuan tempa tinggal ke.., tak pun bantuan "kaunseling" pun jadilahh...
Nasib baik pakcik Bello ni bukan warganegara Malaysia.., kalau tak, mesti ramai yang mohon untuk jadi anak murid dia.. Terutamanya geng yang suka beli ubat kuat dari Harakah tu... Hahahaha...
============================================
Punyai 86 isteri dan memiliki 170 anak serta 29 cucu ... Kebanyakan anak-anaknya pula perempuan. Itulah kehebatan seorang pendakwah Islam yang bernama Mohammed Bello Abudi dari utara Nigeria.
Kesemua isteri dan anaknya tinggal dalam satu komuniti yang besar. Biarpun usianya sudah mencapai 72 tahun, Belo masih bercadang untuk berumah tangga lagi
Beberapa pihak badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutama Jabatan Agama Islam meminta dia menceraikan 82 isterinya kerana dia telah melakukan kesalahan menikah 86 wanita sedang dalam Islam hanya membenarkan memiliki empat isteri.
Walaupun dia mampu untuk menyara dan berlaku adil kepada kesemua isteri-isterinya, dia telah melanggar peraturan perkahwinan Islam.
Belo yang merupakan orang ‘kaya’ sebuah perkampungan menikahi kesemua isteri-isterinya melalui seorang jurunikah bebas yang tidak mendapat pengiktirafan.
Dia mengakui isteri pertama hingga keempat dilakukan oleh jurunikah yang diiktirafkan oleh kerajaan.
Kesemua keluarga Belo tinggal dalam satu bumbung walaupun dalam keadaan sesak. Belo tidak menghadapi masalah membiayai kos kehidupan keluarganya kerana dia mampu menyara kesemua keluarganya.








