BREAKING NEWS

Langkah Quran demi isteri dan anak-anak.. Apa nak jadi nii?


Tidak sanggup menanggung dosa besar angkara syarat pelik keluarga mentua yang memaksa melangkah al-Quran sebelum dibenar mendapatkan kembali isteri dan anak-anak, seorang saudara baru mengadu kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), selain membuat laporan polis.

Sebelum ini, Mohd Ikmal Hakimie Abdullah, 32, sudah tujuh kali melangkah al-Quran di depan pintu utama rumah mentuanya selepas dipaksa berbuat demikian oleh keluarga mentuanya yang beragama Islam.

Dia mendakwa, setiap kali berbuat demikian kejadian itu turut disaksikan dua penduduk kampung mentuanya di Trusan Jaya, di sini, termasuk seorang daripadanya berbangsa Cina.

Mohd Ikmal mendakwa, syarat pelik keluarga mentuanya itu kali pertama berlaku pada Disember 2008 ketika dia bertandang ke rumah mereka bagi menjemput isteri berusia 27 tahun dan dua anak lelaki berusia tiga serta lima tahun selepas wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya di Sematan.

“Saya dipaksa melakukan perbuatan itu sebagai syarat mendapatkan semula isteri dan anak serta membuktikan saya tidak mengamalkan sihir. Ini kerana keluarga mentua menuduh saya mengamalkan sihir ketika datang mengambil isteri dan anak di rumahnya.


p/s: Bagi gua.., dua-dua pihak dalam berita diatas tu jatuh dalam golongan bangang! Yang tukang langkah Quran tu pun dol..., yang suruh langkah lagi lah samdoll !!

Patut mau sumbat je dua-dua pihak tu masuk jel.. Yang si bini pulak hantar jumpa Badrulamin untuk sessi kaunseling.. =)

18SXX !!! Mandi bogel untuk sucikan dosa? WTF!!!


Mandi bogel boleh menyucikan dosa?? Biar betul beb.. Kalau masuk PAS boleh dapat syurga tu, pernah la gua dengar.., tapi mandi bogel untuk cuci dosa ni belum pernah lagi gua tahu..

Tapi jangan pulak korang heran kalau benda-benda macam ni betul-betul terjadi.. Manusia ni kalau tak betul-betul berpegang kepada agama, macam-macam benda pelik boleh berlaku..

Jangan kata mandi bogel untuk cuci dosa.., buat kaunseling private dalam bilik hotel dengan bukan muhrim pun ada bini orang sanggup buat demi untuk selesaikan masalah...

Tu belum kira lagi manusia yang anggap ahli politik sebagai Nabi dan juga Imam Mahadi.. Semua ni bukti manusia tu berbeza pandangan..

At last.., hanya satu golongan je yang diterima daripada 73 kelompok manusia didunia.. Kita ada dikelompok mana? Tepuk dada, tanya ilmu... Hehehehe...


p/s: Agaknya.., kalau pesta sucikan diri sambil bogel ni ada di Malaysia, Anwar nak join tak sambil calit dahi? Silap-silap.., dia pun bogel sekali... Hahahaha

=========================================


Sekiranya anda teringin menyaksikan jutaan orang dalam satu-satu masa bertelanjang bulat, datanglah ke perayaan Kumbh Mela di India.

Kumbh Mela adalah sebuah ritual ziarah yang dilaksanakan oleh umat Hindu di India setiap 12 tahun sekali. Perayaan berikutnya pula akan hanya disambut pada tahun 2022.


Tradisi ziarah ini meliputi 4 lokasi: Allahabad (Prayag),Haridwar, Ujjain dan Nashik di India. Ziarah 12 tahun sekali ini dinamakan juga Maha Kumbh Mela (Kumbh Mela Besar) yang dilaksanakan di Prayag, yang dihadiri sehingga 60 juta orang.

Hingga saat ini, inilah satu-satunya tradisi yang berjaya mengumpulkan pengunjung paling banyak di dunia dalam satu waktu sekaligus.


Sama sekali tidak ada rasa segan ketika jutaan orang berjalan dalam keadaan bogel melintasi sungai Gangga yang merupakan sungai suci bagi masyarakat India.

Kumbh Mela adalah ziarah utama di mana orang-orang, terutama orang-orang suci (Sadhu), melakukan perjalanan jauh dan bertahan dengan ketidak-selesaan fizikal mereka.

Dengan ritual ini, mereka berkesempatan untuk menyucikan dosa-dosa mereka.


Penganut Hindu yang taat sangat percaya bahawa Sungai Gangga memegang kekuasaan untuk menghilangkan dosa-dosa masa lalu.

Sungai itu juga dianggap mampu membebaskan individu dari kitaran hidup dan mati (moksha) dan membawa mereka lebih dekat dengan yang maha tinggi (Braham).

Anil Sharma, seorang pengacara yang menghadiri perayaan 'mandi bogel' mengatakan, "Kerana sesuai dengan jalannya bintang, maka selama Kumbh, semua perkara baik yang anda lakukan akan berlipat ganda dan dihapuskan dosa-dosa." Sebab menurut astrologi Hindu, Mela Kumbh terjadi setiap kali planet Jupiter memasuki Aquarius dan Matahari memasuki Aries.

Sementara itu, ada mitologi yang agak berbeza disebalik perayaan Kumbh Mela ini. Sastra Hindu kuno mengatakan bahawa telah terjadi perang antara dewa-dewa dan roh-roh jahat dengan menggunakan nektar (madu) yang diperlukan untuk mencapai keabadian. Selama konflik ini, empat titisan madu tumpah ke Bumi dan mendarat di empat kota yang disebutkan di atas.

Namun, tidak semua orang yang menghadiri perayaan tersebut bertelanjang. Beberapa orang diantaranya masih memakai pakaian, sementara yang lain hanya mengoleskan tubuh mereka dengan abu.

Anwar jadi dalang jatuhkan Azizan di Kedah..


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa PAS sudah hilang hala tuju perjuangan untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud disebabkan oleh pengaruh kumpulan "parasit" dalam parti itu.

"PAS sudah hilang falsafah agung perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud...sudah tidak ada, sudah tutup buku, siapa yang tutup, bukan ulama tetapi parasit inilah yang menutupnya," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini malam Rabu.

Hasan yang dipecat daripada PAS, berkata parti itu kini dikuasai oleh golongan "parasit" sehingga menyebabkan pengaruh golongan ulama semakin terhakis.

"Mereka sudah jatuhkan saya dan sekarang mereka hendak jatuhkan Ustaz Azizan (Abdul Razak) di Kedah, dan mereka akan pergi dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka ini ramai," katanya.

Menurut Hasan, golongan parasit itu terdiri daripada mereka yang belajar di luar negara dan mengamalkan "politik jatuh menjatuhkan" itu sejak di luar negara lagi.

Beliau berharap anggota dan penyokong PAS sedar terhadap apa yang sedang berlaku dalam parti itu. - BERNAMA


p/s: Sapa kepala parasit dalam PAS? Sudah tentu Anwar Ibrahim... Itu pun ramai puak-puak berkopiah tak sedar.. Buta perut betul !!!

PAS akan pecat Dr Dzulkefly??


Dewan Pemuda Pas menggesa Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad agar menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf berikutan responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Presiden daripada kalangan bukan Islam.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, perkara-perkara yang besar dan melibatkan dasar parti perlu diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti sama ada muktamar tahunannya atau Majlis Syura Ulama selain memerlukan pindaan Perlembagaan Pas.

Katanya, langkah-langkah itu memerlukan proses yang panjang dan persetujuan kepemimpinan tertinggi parti dan semua ahli.

“Bukan semudah itu untuk melontarkan sesuatu pandangan yang besar apabila melibatkan dasar dan perlembagaan parti.

“Beliau sepatutnya merujuk Perlembagaan Pas serta kepemimpinan tertinggi terlebih dahulu sebelum melontarkan pandangan kerana boleh menimbulkan satu polemik yang meresahkan ahli di peringkat bawahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shahir, natijah dari kenyataan Dzulkefly semalam, pengundi Melayu juga sudah mula mempertikaikan kenyataan beliau dengan menganggap Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya.


P/S: Setakat suruh mintak maaf buat apa? Suruh letak jawatan laa kalau dah didapati memalukan parti.. Tak pun pecat je terus... Ni semua wayang dalam PAS je.. Nak cari publisiti murahan lah tuu.. Hahahaha...

Artis ni dah join PAS hasil tarbiyah Bob Lokman..


Cayalah!! Akhirnya ada jugak artis wanita yang sudi mengimarahkan parti Isle PAS.. Sebelum ni, hanya Bob Lokman je yang menghiburkan puak-puak jumud tu, sekarang ni dah ada artis baru laa..

Kalau Bob Lokman dia punya kepakaran dalam bidang lawak jenaka.., tapi artis pompuan kita ni pulak pandai menyanyi beb.. Jangan bimbang.., kalau join PAS, suara nyanyian dah tak jadi aurat beb.. Boleh saja nyanyi dimana-mana..

Gambar tu bukan photoshop ye.. Diambil ketika berlangsungnya satu karnival PAS di Pokok Sena Kedah tau..

Macam pernah gua kata dulu.., kat Malaysia ni dah jadi satu fenomena pelik.. Masuk PAS dorang ibaratkan macam masuk Islam... Dahsyat sungguh doktrin yang dibawa oleh PAS.

Lepas tu pulak.., pakai tudung dikatakan sudah bertaubat.., tambah pulak lepas pakai tudung tu terus masuk PAS.., maka completelah taubat artis tu kononnya......

Then.., tanpa tauliah dan juga background pengajian agama.., dijemputnya pulak artis-artis dan jugak entah sapa-sapa tu berceramah pasal agama diatas pentas PAS dan juga dirakam masuk internet..

Sebab tu lah ramai penganut serta penyokong PAS jadi cacamarba serta gilababi sebab belajar ilmu agama dalam ceramah dan Youtube..

So.., apo nak dikato lagi.. PAS dah dianggap macam agama dalam negara ni sebab pemimpin dia nampak alim berjubah dan berkopiah..

Tapi puak-puak tu lupa.., kat Mekah, Pak Arab repair motor pun pakai jubah dan serban masa tukar minyak hitam..

Gua rasa.., kalau puak-puak PAS ni ada disana, tobat Pak Arab mekanik tu dorang angkat jadi Tok Guru... Silap-silap, terus dorang tabalkan jadi ulamak.. Sadis beb... Hahahaha...

Ostad Badrul nak saman TV3 dan Utusan...


Badrul Amin berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan kerana menyiarkan laporan khalwatnya.

Malah, beliau turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan dalam kedua-dua media itu.

“Selepas keterangan saya dan wanita terbabit diambil, Jaip mendapati dakwaan saya berdua-duaan adalah tidak benar dan pihak jabatan agama juga menerima sendiri kenyataan itu.

“Dengan itu, kenyataan Mohd Ghazali bahawa saya ditangkap berdua-duaan adalah terbatal, begitu juga laporan media berkenaan bahawa kami ditangkap berkhalwat adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-duanya,” katanya.


p/s: Apa lagi Badrul oiii...? Tak habis-habis nak menipu sana sini... Kalau dah kantoi berkhalwat tu.., redho je lahhh.. Anggap je ni semua balasan dari Tuhan.. Tak yah la nak saman-saman.., buang masa je Badrul oii...

SADIS!!! Rakyat Kelantan BOIKOT ceramah Hasan Ali semalam...


Kesian beb.., kalau tengok gambar diatas tu, kerusi lebih banyak dari orang.. Kalau macam ni, nak ceramah apa nya? Takkan nak bercakap dengan kerusi kot?

Tak tahu lah sebab apa kerusi diatas tu kosong.., mungkin ramai yang tak tahu ceramah akan diadakan pada malam tu. Mesti kes kurang promosi lah nii...

Tapi korang jangan risau.., yang kat atas tu bukan gambar ceramah Hasan Ali yang berlangsung di Kota Bharu Kelantan. Atas tu ceramah Khalid Samad di Shah Alam..

Gambar-gambar Hasan Ali ada kat bawah artikel nih.. Saja je gua nak kasi suspen sikit.. Sebab apa? Sebab puluhan ribu yang datang dengar ceramah Hasan Ali beb..

Gua dimaklumkan.., dekat 10 ribu yang datang.. Tak tahu lah betul atau tak.. Tapi kalau tengok gambar kat bawah ni.., memang logik jugak lah..

So.., jom layan gambar ceramah Hasan Ali dan Ustaz Hasan Basri yang berjaya membuatkan Pok Nik mengigau malam..






* Kredit gambar to blog Ambo Orang Kampung

Tangkap isteri ketika sedang berzina.. WTF!!!


Gara-gara nafsu seorang wanita akhirnya telah di tangkap oleh suaminya sendiri ketika melakukan zina dengan lelaki lain.

Perbuatannya itu telah membangkitkan kemarahan suaminya sehingga memaksa kedua pasangan zina keluar tanpa seurat benang.

Mujurlah jiran-jirannya yang datang kemudian telah berjaya memujuk suaminya agar dia membenarkan isteri dan lelaki gelapnya memakai pakaian.

Kejadian ini berlaku di sebuah kawasan di Shah Alam. Wanita ini dikatakan telah berkahwin sebanyak tujuh kali dan selalu membuat kerja terkutuk ini semasa dia berkahwin dengan suaminya yang lain-lain itu.

Setiap perkahwinan wanita yang berasal dari Sabah ini hanya bertahan selama satu setengah tahun sahaja.

Namun suaminya yang ketujuh ini yang telah berjayA menghidu perangai busuk wanita ini dan dia telah berjaya memasang perangkap serta membongkar kegiatan maksiat isterinya.

Gua pun heran.., apa lagi yang dikehendaki oleh pompuan tu sebenarnya? Tak cukup ke satu angry bird yang ada sampaikan nak cari bebird yang lain?

Mungkin Ostad Badrul boleh jelaskan fenomena yang melanda ni kepada rakyat Malaysia. Ostad koboi tu kan "pakar kaunseling"... Hahahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online