BREAKING NEWS

PAS akan ambil KAFIR jadi Timbalan Presiden parti??? WTF!!!


PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.

“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini.

Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.

“Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua,” katanya lagi.

“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.

Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.

“Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka,” tambahnya lagi.



p/s: Janganlah orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin melebihi daripada orang yang beriman. Dan sesiapa berbuat demikian nescaya tidak ada daripada Allah sesuatu (pertolongan) jua pun, kecuali (kamu berbuat demikian) kerana memelihara diri kamu daripada sesuatu yang kamu takuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu benar-benar tentang Diri-Nya (Diri Allah) dan kepada Allah jua tujuan kamu. (Al Imran ayat 28)

Badrul Amin HINA Tengku Mahkota Pahang!!!


Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.

Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.

Semalam, Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor, Dr Badrulamin Bahron mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

JAIP pada Sabtu lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Gazali Abd Aziz menafikan dakwaan Badrulamin bahwa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.

Menurut sumber berkenaan, dakwaan yang mengatakan Tengku Mahkota telah mengarahkan orang kanannya bertemu Dr Badrulamin adalah tidak benar sama sekali.

Tengku Mahkota kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Seoul dan dijangka berangkat pulang pada 6 Mac ini. - BERNAMA


p/s: Celaka punya Badrul Amin!!! Dia sedap-sedap berkhalwat dengan bini orang, sekarang ni dia nak kaitkan pihak Istana Pahang pulak untuk cover masalah moral dia..

Gua sarankan pada pihak Istana Pahang supaya HARAMKAN je orang macam Badrul ni dari jejakkan kaki ke negeri tu..

Rakyat Pahang pun patut jangan biarkan Ostad gila tu cemarkan institusi DiRaja Pahang.. Tolak PKR dan Pakatan kerana puak-puak ni dah terbukti menghina Raja dan Istana!!!

GEMPAR!!! Kes pertama keracunan sisa Radioaktif Lynas..


Mayday!! Maydayy!! Kes keracunan radioaktif pertama telah dikesan di Gebeng Pahang!! Mangsanya ialah seorang anak muda  cina yang tak tak tahu apa-apa mengenai Lynas..

Dipercayai, mangsa terkena kesan radiasi tersebut selepas menghadiri demonstrasi Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh Pakatan di Pahang baru-baru ini..

Banyak lagi kes seumpama ini dijangka akan timbul berikutan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai demonstrasi tersebut tanpa memakai peralatan keselamatan yang sewajarnya..


Oleh itu, sesiapa dikalangan peserta demonstrasi tersebut yang mengalami sindrom-sindrom dibawah, diharap dapat menghubungi Hospital yang terdekat...

a) hilang akal..
b) tak boleh berfikir dengan waras..
c) sakit jiwa..
d) rasa bebal di otak kanan..

Jika tidak mendapat rawatan dengan segera, pesakit akan hilang kawalan dengan membogelkan dirinya seperti yang terjadi kepada anak muda cina diatas.

Oleh itu, diharap orang ramai akan dapat bertindak sewajarnya demi keselamatan diri sendiri.

TERKINI !!! Kerana khalwat.., Badrul Amin diangkat setaraf Nabi..


Salah satu ciri yang paling gua suka pada puak-puak munafiq Pakatan khususnya PAS ialah, dorang akan kembali kepada agama kalau dah terdesak..

Kalau korang ingat lagi.., Nik Aziz pernah dorang kata dikepung oleh Quraisy moden ketika dia terpaksa batalkan perjalanan Haji yang ditaja..

Lepas tu, Anwar disamakan dengan Imam Mahadi apabila kononnya difitnah bertalu-talu dalam isu salah laku moral..

Dan jangan lupa macam mana kafir Guan Eng diangkat setaraf khalifah Umar hanya untuk naikkan nama pemerintahan Pakatan di Penang..

So sekarang ni.., giliran Badrul Amin pulak untuk "disucikan" dengan topeng agama.. Korang tengok sendiri macam mana kes khalwat Badrul Amin disamakan dengan kes fitnah zaman Nabi dulu..

Hebat beb.. Ni dah kira status Badrul Amin diangkat setaraf dengan para Nabi lahh yee... Rosak bebb!!

"Ostad Badrul ajak ke bilik.., tapi bukan untuk khalwat.."


Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.

“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.

“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.


p/s: Siapa yang nak mengaku berak tengah jalan ye takk... Pukul 2-3 pagi pergi cari laki orang di Hotel.., takkan setakat nak cerita masalah rumahtangga je beb..?

Berkhalwat tak semestinya dalam bilik.., berdua-duaan dalam gelap dan jauh dari pandangan orang pun dikira berkhalwat jugak... Pompuan ni nak tipu pencacai Pakatan boleh laaa... Hahahahaha....

Badrul Amin mengaku salah...


Gua heran laa.., hari tu Badrul Amin kata kes khalwat dia tu adalah satu tindakan terancang.. Then, kononnya dia diperangkap oleh Umno bertujuan untuk mengaibkan PKR..

Badrul Amin mati-mati mengaku tak salah.. Dah kalau tak salah.., kenapa perlu nak berundur pulak? Confius gua beb dengan flip flop Ostad Koboi nih..

Dan masa kena tahan khalwat tu, Ostad Koboi tu kata dia kena belasah dengan 20 orang yang datang dengan suami pompuan khalwat dia tu.. Habis tu, kenapa tak buat report Polis? Kenapa tak ada lebam?

Semua ni adalah perkara-perkara ajaib dalam kes khalwat Badrul Amin.. Dan gua rasa.., Ostad Koboi ni memang "masuk air" lahh.. Kenyataan dia semua tak konsisten langsung..

Lepas ni, gua cuma sarankan agar dia jaga "angry bird" dia tu elok-elok.., jangan biar terbang sesuka hati masuk dalam kain orang.. Apatah lagi kain bini orang.. Berat dosa tu Ostadd...

Dan kalau dah sangap sangat.., cari je yang berbayor.. Bersepah di Bukit Bintang tu.. Kalau tak mampu bayor.., mintak je contact nombor Chinadoll kat Anwar... Boleh kawtim punya loo... Hahahaha...


================================================

Pasangan khalwat Badrul Amin..

"Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrolamin Bahron.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok kelmarin.

Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Badrolamin berkata cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.

Terdahulu, Badrolamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya, Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak Jaip.

Sementara itu, wanita yang dipercayai berkhalwat dengan Dr Badrolamin tiba di pejabat Jaip pada pukul 3.05 petang dengan seorang lelaki dan seorang wanita.

Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat Jaip pukul 6.20 petang.

Badrolamin berkata beliau mengenali wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan keluarga wanita itu pernah mengerjakan umrah bersama-sama.

Rakaman video dibelasah kerana khalwat pukul 3 pagi..


Badrul Amin sendiri mengaku bahawa dia telah dibelasah oleh 20 orang samseng yang dipercayai rakan kepada suami pompuan yang dia khalwat..

Kira hebat jugaklah Badrul yee sebab dia nampak ok je selepas dibelasah oleh 20 orang samseng tu.. Sikit lebam pun tak ada di muka dia.. Gua syak.., mesti Badrul terer kungfu nih..

So.., semua tak tahu macam mana Badrul dibelasah.. Dan semalam gua diberitahu tentang kewujudan rakaman video kejadian belasahan ni..

Korang nilaikan sendiri lah betapa hebatnya Badrul tu menahan asakan dari 20 orang samseng berdasarkan video ni..

Kalau orang biasa, suku nyawa jugak beb.., tapi Badrul memang luar biasa.. Jom layan video dulu....

"PAS berkecuali dalam isu khalwat Badrul Amin..." - Salahuddin Ayub


Puak-puak PAS ni.., kalau kena kat PKR, terus cakap tak mau campur.. Tapi kalau kena kat UMNO.., laju je dorang menyalak macam anjing lapar tulang..

Dari dulu lagi gua heran dengan puak-puak munafiq PAS nih.., dalam bab hukum-hakam pun dorang boleh main pilih.. Entah manalah punya kitab puak-puak PAS ni mengaji? Kitab Harakah gamaknya?

Gua terbaca satu blog PAS yang minta pihak Hotel Swiss Garden serahkan rakaman CCTV untuk dijadikan bukti..

Ehhhhh..., bukan hari tu Hadi Awang kata bukti CCTV tak boleh pakai ke? Kenapa tetiba sekarang ni nak bukti CCTV pulakkk? Dah hilang akal gamaknya puak pencacai lembu Anwar tu yee.. Hahahaha...

=============================================


Pas tidak masuk mencampuri isu Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrolamin Bahron, yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, kelmarin.

Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, Pas menyerahkan sepenuhnya kepada PKR untuk menyelesaikan perkara itu.

"Biarlah PKR yang selesaikan. Pas tak mahu masuk campur."

"Siasatan pun masih dijalankan, lebih baik mereka (PKR) selesai sendiri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di ibu pejabat Pas Pusat hari ini.

Badrolamin, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, petang ini hadir di pejabat Jaip untuk membantu siasatan.

Salahuddin berkata, Pas percaya PKR ada cara untuk menyelesaikan masalah itu dan beliau turut berharap siasatan yang sedang dilakukan oleh pihak Jaip menjalankan siasatan dengan adil.

Sabtu lalu, Badrolamin, yang juga Pengarah Penerangan Negeri Selangor, didakwa berkhalwat bersama seorang isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.

Bini sendiri dia pukul.., bini orang dia balunn... Canteeekkk!!!


Apa cerita ni Ostad?? Kata hari tu nak tolong kaunseling bini kawan yang mengalami masalah rumahtangga.., lepas tu kata bini kawan tu selalu kena pukul dengan laki dia..

Tapi Ostad sendiri ada rekod belasah bini sendiri.. Macam mana nak kaunseling bini orang wahai Ostad???

Mungkin Ostad bagi "kaunseling" lain kot?? Itu sebab "kaunseling" tu wajib diadakan pukul 2 pagi dan tanpa ditemani suami pompuan tersebut..

Lepas tu.., buat pulak sessi "kaunseling" tu dalam bilik berdua-duaan.. Baik punya "kaunseling" tu Ostad..

Gua terfikir jugak.., berapa step agaknya sessi "kaunseling" tu berlangsung sebelum dorang ditangkap? Khabarnya 3 hari pompuan tu menginap di Hotel tu..

Jenuh Ostad Badrul "berkaunseling" lah yee... Boleh kecut kantung tu Ostad... Hahahaha

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online