BREAKING NEWS

GRO yang mengghairahkan di Cybercafe..


Dulu, kita tahu hanya di Pub dan Kelab malam saja ada GRO.. Lepas tu, muncul pulak GRO di pusat-pusat karaoke.. Tapi zaman makin maju dan dunia makin berubah..

Sekarang ni.., korang jangan terkejut kalau di Cybercafe pun ada sediakan GRO yang berpakaian seksi serta mengghairahkan..

Di negara China, semakin banyak Cybercafe yang sediakan pelayan pelanggan atau GRO yang berpakaian seksi bagi menarik lebih ramai pengunjung..

GRO terbabit bukan sahaja berpakaian seksi.., tetapi dorang juga bijak mengendalikan komputer dan menjadi peneman pelanggan ketika melayari internet..

So.., pelanggan tak lagi kesunyian ketika berada didepan komputer dan juga melayari ruang siber..

Macam-macam ye cara dorang nak tarik pelanggan.. Gua harap, jangan lah perkara-perkara macam ni wujud di Malaysia.. Gejala sosial yang ada pun dah tak tertanggung, ni kan pulak nak tambah yang baru..




Saifuddin Nasution bagi WARNING pada Jabatan Agama Islam Pahang.. Takutnyee!!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus dan profesional berhubung kes penangkapan Dr Badrulamin Bahron yang didakwa berkhalwat di sebuah hotel di Kuantan awal pagi semalam.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor itu diminta Jaip untuk membantu siasatan berkaitan kes tersebut.

"PKR menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa yang lain membuat siasatan secara telus dan profesional.

PKR juga mengulangi komitmen parti untuk terus memelihara prinsip keadilan bagi semua pihak yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Dr Badrulamin membuat penafian mengenai laporan media yang mendakwa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jaip di sebuah hotel di Kuantan, Pahang.

"Kenyataan Timbalan Pengarah Jaip (Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz) bahawa saya ditahan oleh pegawai Jaip ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Badrulamin berkata, beliau hanya dipanggil untuk membantu siasatan Jaip pada 27 Februari ini dan akan hadir bersama peguamnya untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan berkenaan.

Nizar nak berhenti berpolitik untuk join CSI...


Nizar Jamaluddin bersama masyarakat Trong terkejut dengan tragedi yang menyayat hati apabila seorang pelajar ditemui mati.

Mangsa, Nurul Aien Mohd Saimon,16, disyaki dirogol sebelum dibunuh di kediamannya Kampung Batu 9, Jalan Trong Changkat Jering.

Menurut laporan polis, dua suspek telah telah diberkas untuk siasatan lanjut. Justeru itu, Nizar bergegas ke rumah mangsa untuk melihat tempat kejadian.

Mantan Menteri Besar itu berkata, kejadian tersebut amat memeranjatkan dan beliau melahirkan rasa dukacita dengan kejadian penuh tragis dan kejam itu.


“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap dapat bersabar dengan kejadian ini. Saya mendoakan dosa Nurul Ain diampun oleh Allah dan rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya.

Media hari ini melaporkan mayat pelajar tingkatan empat itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kerja.

Playboy rancang buka kelab tarian bogel di angkasa.. Gila betul!!


Selepas Jepun buat idea gila nak bina lif dari bumi ke angkasa, majalah porno popular Playboy pulak merancang nak bina satu kelab tarian bogel yang berpengkalan di angkasa lepas.. (sumber)

Gua rasa, mungkin Playboy akan buat kolobrasi dengan negara Jepun untuk realisasikan impian dorang tu.. Sebab, kalau nak pergi angkasa, cuma perlu naik lif yang Jepun buat.., then boleh terus sampai ke kelab tarian bogel Playboy..


Tapi tanpa disedari.., sebenarnya dorang semua ni telah meniru idea dari Malaysia beb.. Kalau korang ingat lagi, yang jadi pelopor utama laluan mudah ke 'atas' sana tu adalah parti PAS..

Dan gua cukup yakin.., inilah 'syurga' yang selama ni Nik Aziz janjikan kepada setiap ahli parti berkenaan..


Pangkah PAS dapat 'syurga'.. Nak pergi ke 'syurga'.., kena naik lif... Mungkin 'syurga' yang dimaksudkan oleh Pok Nik tu adalah Kelab Tarian Bogel yang bakal Playboy wujudkan tu...

Memang hebat sungguh ilmu mantik Pok Nik tu kannn... Hahahahaha....


Anwar kesal dengan konspirasi terbaru Umno..


Gua nak ucapkan tahniah pada Badrul Amin sebab dia dah join kultus elit Anwar Ibrahim didalam hal-hal skandal seks peringkat tetinggi..

Semalam, gua dimaklumkan Anwar bukan main lagi defend Badrul dalam isu khalwat tu.. Mungkin Anwar nak membalas jasa Ostad tu sebab sebelum ni Badrul dah iktiraf Anwar sebagai Imam Mahadi..

Bukan setakat Anwar, khabarnya Mat Sabu pun dah mula back up Anwar dan mengaitkan isu tangkapan khalwat tu dengan konspirasi tajaan Umno.

Biasalah puak-puak khawarijj penyokong Israel tu kann.. Yang sedap-sedap si Badrul Amin, tapi yang salah Umno jugakk...

Kita tunggu je lah lepas ni.., gua rasa isu khalwat Badrul Amin ni akan jadi seperti isu Mat Sabu di Bilik 121 dulu.. Cuma sekarang ni semua tengah menantikan fatwa dari Nabi Pas je..

Badrul Amin tidak salah kerana beliau mahu menyelamatkan wanita itu dengan memberi tazkirah", kata Anwar Ibrahim sewaktu diakhir ceramahnya di Kuantan.

Kata Anwar lagi, "Ini semua permainan kotor UMNO yang cubamemerangkap Badrul Amin dalam kes khalwat supaya menjadikan PKR tidak diterima oleh rakyat.

"Apabila saya menerima SMS bahawa Badrul Amin ditangkap pukul 3 pagi dalam bilik hotel, saya sudah menjangka ini semua taktik kotor UMNO yang tidak senang dengan kejayaan parti PKR.Walaupun kes ini sedikit sebanyak memberi kesan langsung kepada parti tetapi persahabatan antara kami semakin kukuh....SUNGAI RAPAT ONLINE

Pemilik punggung ini sedang dicari...


Kerana satu kecurian berlaku di Durham Constabulary, polis UK sekarang sedang bertungkus lumur berusaha untuk mencari suspek yang disyaki melakukannya.

Malangnya.. dalam kejadian itu gambar pencuri gagal ditangkap oleh cctv.

Walaupun pencuri itu gagal mendapat apa -apa, namun perbuatannya merompak sebuah kedai di Newton Aycliffe menyebabkan pekerja kaunter trauma dan pihak polis berusaha untuk memberkas penjenayah.

Buat masa ini, hanya ada satu petunjuk iaitu gambar bontot pencuri yang sedang menyorok dan pihak polis terpaksa meminta bantuan orang ramai seandainya dapat mengenali bontot di dalam gambar tersebut..

Yang pastinya.., ini bukan gambar bontot Saiful.. Dan jauh sekali bontot Anwar Ibrahim.. Hahahaha...

Tun Mahathir bagi petua untuk UMNO/BN menang PRU13..


Ahli UMNO hendaklah mengetepikan semua soal lain berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum akan datang dan sebaliknya mengundi sesiapa saja yang mewakili Barisan Nasional (BN) untuk menjamin kemenangan dengan majoriti yang selesa.

Hal ini ditegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kira-kira 7,000 pemimpin akar umbi yang terdiri daripada ketua cawangan, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri dalam satu perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra kelmarin.

Dr Mahathir berkata walaupun peringkat bahagian parti mencadangkan beberapa nama tetapi atas sebab tertentu individu yang bukan ahli parti dipilih sebagai calon, anggota UMNO mesti menyokong dan mengundi calon itu kerana yang penting ialah kemenangan parti, bukannya individu.

Dr Mahathir berkata, tiada guna jika hanya orang tertentu yang kita mahu menjadi calon itu menang tetapi akhirnya BN tidak cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan.

Bekas Presiden Umno itu turut mengingatkan pemimpin UMNO dan parti komponen BN di semua peringkat supaya jangan sekali-kali mensabotaj parti dan calon parti jika mereka tidak dicalonkan kali ini.

"Beliau juga menasihatkan ahli UMNO jangan melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati dan sensitivi masyarakat, apatah lagi ahli parti komponen lain supaya kelebihan utama BN iaitu perpaduan, dapat diperkuatkan," kata Mohd Zin.

Pada keseluruhannya, Mahathir menyarankan tiga pendekatan untuk anggota UMNO iaitu berbakti secara berterusan kepada setiap individu dalam masyarakat setempat, berdoa semoga mendapat kejayaan dan bertawakal dengan memberi sokongan dan undi kepada sesiapa saja yang menjadi calon BN dalam pilihan raya umum ke-13 kelak.

Ibupejabat PKR kini jadi Kedutaan Israel..


Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya dekat sini boleh dianggap sebagai kedutaan tidak rasmi bagi Israel selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menarik balik kenyataannya menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan negara itu.

Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional (BN), Arman Azha berkata, ibu pejabat parti itu akan terus dilabel sedemikian sekiranya Anwar selaku Penasihat PKR tidak memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataannya itu pada akhir Januari lalu.

"Anwar perlu segera memohon maaf dan tarik balik kenyataannya itu jika tidak mahu terus dilabel seperti itu.

"Beliau bukan sahaja perlu memohon maaf kepada UMNO serta sesetengah pihak yang tidak setuju dengan kenyataannya itu, tetapi juga kepada seluruh rakyat yang marah dengan tindakannya itu.

"Anwar boleh membuat sebarang kenyataan selagi ia tidak menggugat hubungan baik Malaysia dengan negara Islam lain. Namun, tindakannya menyokong negara yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin, itu bukan sepatutnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah tindakan Anwar itu di perkarangan kompleks beli-belah Sogo di sini hari ini.

Kempen anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyaksikan lebih 200 tandatangan berjaya dikumpul dalam tempoh kurang sejam.

Beberapa pelancong asing dan masyarakat pelbagai kaum turut menurunkan tandatangan mereka sebagai sokongan terhadap usaha mendesak Anwar menarik balik kenyataan yang dibuat dalam satu wawancara bersama The Wall Street Journal (WSJ).

Mengaku ditahan.., penjelasan Terkini dari Badrul Amin isu khalwat..


Kat bawah ni adalah kenyataan terkini dari Badrul Amin berikutan isu khalwatnya di Pahang.. Walaupun dia mengaku ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), tapi dia tak mengaku berkhalwat beb..

Ayat-ayat yang gua tandakan dengan kaler merah dibawah ni boleh menimbulkan banyak persoalan.. Tak logik langsung sorang wanita yang dah bersuami datang berjumpa lelaki lain pada pukul 2 pagi..

Dan kalau betullah Badrul kata dia nak tolong pompuan tu.., kenapa Badrul tak bawa isteri dia semasa mencari penginapan kepada isteri orang tersebut?

Misteri tu beb... Gua rasa Umno jugak yang bakal disalahkan dalam isu terbaru ni.. Tunggu je lah nanti...

==================================================


Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron

HOT!! Artis baru "tunjuk puting payudara" masa pelancaran filem...?


Gua terbaca dalam satu blog hiburan mengenai sorang artis baru yang 'menunjukkan nipplenya' ketika satu majlis pelancaran filem..

Ketika Malam pratonton filem Adnan Sempit 2, pelakon baru ni dikatakan telah berpakaian seakan-akan menampakkan 'nipplenya' kalau dilihat seimbas lalu..

Oleh yang demikian.., gua pun "terpaksalah" memfokuskan semua perhatian dibahagian terbabit bagi mencari "kebenaran".. Niat gua baik tauuu....

Apa yang gua nampak, 'nipple' yang dikatakan tu cumalah lipatan kain di pakaian pelakon baru tersebut.. Dan rekaan baju yang dipakai tu menampakkan seolah-olah "nipple" dia timbul..


Bagi gua.., inilah akibatnya kalau tak pandai memilih pakaian.. Sepatutnya, artis baru tu memilih pakaian yang tak mengundang sebarang spekulasi..

Jangan main hentam je pakai baju yang boleh menimbulkan spekulasi.. Maklumlah.., dalam dunia hiburan sekarang ni macam-macam gossip yang boleh timbul kalau tak berhati-hati..

So.., moral of the story ialah.., jangan pakai pakaian yang mampu timbulkan fitnah. Banyak lagi pakaian yang boleh menutup aurat ada di negara ni..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online