BREAKING NEWS

PAS Kedah bergolak? Wayang saja kot....


Azizan Abdul Razak terpaksa menerima hakikat jika beliau terus kekal sebagai menteri besar Kedah, beliau akan kehilangan dua orang exco kanan iaitu ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh.

Kedua-duanya dikatakan memberitahu presiden parti bahawa mereka tidak mahu lagi dilantik semula sebagai exco negeri kerana enggan berkhidmat di bawah kepimpinan Azizan.

Namun begitu Azizan tidak sedikit pun memperlihatkan sebarang kegusaran situasi politik terbaru di Kedah sekarang akan mengugat kedudukannya sebagai menteri besar.

Apa yang menarik ialah, mulut kedua-dua exco berkenaan terkunci rapat enggan menyatakan apa yang sebenarnya akan berlaku apabila majlis mengangkat sumpah berlangsung Selasa depan.

Tetapi pada masa yang sama, bahasa badan mereka mengatakan sebaliknya.

Khabarnya, senarai akhir barisan exco telah pun dihantar ke Istana Anak Bukit untuk disahkan.

Sejak Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tahun lalu, terdapat usaha untuk mengantikannya dengan pemimpin lain dan Phahrolrazi adalah salah seorang yang disebut-sebut.

Bagaimanapun usaha tersebut tidak menjadi realiti apabila Azizan tidak memberi sebarang isyarat untuk berundur.

Ini menyebabkan usaha mengantikannya tergendala malah Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sendiri yang turun naik ke Kedah untuk mengatasi masalah ini gagal berbuat sesuatu sama ada untuk memujuk Azizan berundur dengan sukarela ataupun memujuk Phahrolrazi supaya bersabar sehingga tamatnya penggal ini.

Kesihatan Azizan yang tidak menentu dan kadang kala perlu dipapah untuk berjalan telah menjadikan situasi kepimpinan PAS di Kedah tidak menentu.

Apa yang sedang melanda kepimpinannya sekarang dilihat sebagai kemuncak kepada usaha untuk mencabar malah memalukan kepimpinannya.

Ia dilakukan secara halus iaitu ‘protes senyap’ dengan enggan dilantik semula sebagai exco sebagai tanda tidak bersetuju dengan kepimpinannya. Mereka tidak memaklumkan kepada Azizan, mereka memaklumkannya kepada Hadi.

Beberapa nama khabarnya telah pun dicadangkan untuk mengantikan Phahrolrazi dan Dr Ismail antaranya Adun Bandar Baharu Yaakob Husin; Johari Abdullah (Kupang); Ahmad Izzat Mohamad (Bukit Lada) dan Zuki Yusof (Kuala Ketil).

Kenapa ada empat nama yang dicadangkan untuk dilantik sebagai exco baru sedangkan yang hendak melakukan ‘protes senyap; ini hanyalah dua orang sahaja?

Jawapannya ialah kerana, selain Phahrolrazi dan Dr Ismail, ada dua lagi exco yang khabarnya masih berbelah bahagi sama ada hendak menyertai dua rakan mereka itu dalam melakukan ‘protes senyap’ ke atas Azizan.

Mereka ialah Datuk Taulan Mat Razul dan Dr Hamdan Mohamed.

Yang orang kebanyakan seperti kita semua ingin tahu sekarang ialah, apakah jika tindakan ‘protes senyap’ ini mengambil tempat, kedudukan dan kepimpinan Azizan akan terjejas?

Dalam masjid pun nak seksi ke? Pengantin melayu tak reti malu!!!


Ni apa punya fesyen nih??? Nak kata berkemban.., tak jugak.. Mungkin inilah yang dikatakan fesyen orang buta perut!!

Patutnya pengantin pompuan tu tak dibenarkan masuk ke Masjid bagi upacara akad nikah tu.. Dalam masjid pun nak berseksi-seksi ke beb?

Bagi gua.., semua yang ada kat situ kurang cerdik.. Dah terang-terang ada hukum supaya menjaga aurat ketika masuk ke dalam masjid, tapi dorang tetap biarkan jugak manusia bebal macam tu mencemarkan imej rumah ibadat Islam.

Kalau kafir masuk masjid tak pakai tudung.., melalak-lalak semua sampai heboh satu negara. Ni yang melayu buta perut berkemban dalam masjid, nak kira macam mana pulak?

Orang nak kahwin.., dorang pun gatal nak kahwin.. Tapi setakat gatal nak kahwin je tak cukup beb.., akal pun kena ada sebelum dirikan rumahtangga..

Kalau dalam rumah ibadat pun tak reti nak hormat.., gua pun tak tahu apa nak jadi lahh.. Nak kata lebih-lebih.., dorang tu mengaku berbangsa melayu dan beragama Islam.. Lu sendiri fikirlahhhh!!!

Samsul Ketot UGUT Menteri Besar Pahang... Fuyoooo!!!


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi kata dua kepada kerajaan Pahang, samada membenarkan Padang Majlis Perbandaran Kuantan untuk HimpunanHijau Ahad ini, atau berdepan protes rakyat di jalan raya.

Semalam, lokasi tapak himpunan itu dipagar dan ditutup untuk orang ramai, dipercayai atas arahan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob.

“SAMM melihat penutupan Padang MPK(1) adalah satu tindakkan bacul dan tidak ‘gentleman’ oleh seorang menteri besar yang telah berada di tampuk kuasa selama berbelas tahun,” tegas Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Pada peringkat awal, katanya, MPK memberi notis memaklumkan akan menganjurkan perlawanan futsal di padang yang sama, manakala semalam pula padang tersebut dipagar.

“Ini tindakan terdesak oleh pihak yang takut akan kebangkitan rakyat khususnya menjelang perhimpunan anti-lynas.

“Tindakan ini juga memberi gambaran betapa Menteri Besar Pahang panik sesudah memberi lampu hijau untuk rakyat berhimpun secara aman menyatakan bantahan,” ujar beliau.

Katanya lagi, hasrat Adnan Yaakob untuk melihat sejauh mana sokongan anti-lynas berlangsung di Kuantan juga merupakan satu lagi retorik, apabila satu demi satu halangan terancang diwujudkan.

“Di atas penipuan ini juga, rakyat yang akan hadir dalam Himpunan Hijau tidak mempunyai pilihan apabila padang yang sepatutnya cukup untuk memuatkan 20 ribu kehadiran yang dijangka, akan melimpah ke seluruh jalan raya di bandar Kuantan,”

“SAMM memberi kata dua buat kerajaan negeri Pahang samada untuk membuka kembali padang MPK(1) atau bertanggungjawab di atas kebanjiran demonstran ke jalan raya seluruh bandar Kuantan selama beberapa jam himpunan berlangsung,” tegas beliau.

Telor sapa lagi besar..., Salleh Man atau Guan Eng?


Inilah berita yang paling gampang sekali gua dengar di Penang. PAS nak mintak kerusi lebih dalam PRU nanti?? Salleh Man dah buang tebiat ke apa? Berani ke dia bersuara?

Selama ni mana Salleh Man pernah tunjuk muka dan dengar suara.. Yang dia tau.., duduk goyang kaki sambil tunggu gaji buta saja..

Sekarang ni ada hati pulak nak mintak kerusi lebih?? Gua takut.., nanti sekali Guan Eng jerkah.., terus tersentap telor Salleh Man masuk ke dalam.. Tinggal kerandut je nanti..

So.., takpalah.., kita tunggu sambil tengok je nanti telor sapa lagi besar.., Salleh Man punya atau Guan Eng punya... Hahahahaha....

PAS Pulau Pinang mahu peruntukan kerusi pada pilihan raya umum yang sama rata di kalangan parti-parti di bawah Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man berkata, ia adalah penting bahawa semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat diwakili sama banyak di negeri ini.

“Kami sedang berunding bagi mendapatkan kerusi tambahan untuk PAS,” kata Ustaz Saleh Man.

Ustaz Mohd Salleh bagaimanapun berkata, tiada keputusan yang dibuat kerana perkara mengenai pencalonan itu masih di peringkat perbincangan.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS bertanding sebanyak lima kerusi di negeri itu namun hanya menang satu di Permatang Pasir yang dimenangi oleh Mohd Salleh manakala DAP dan PKR masing-masing dengan 19 dan 16 kerusi.

Bagi PAS Pulau Pinang fokusnya sekarang adalah untuk mengekalkan kedudukan di Pulau Pinang dan jentera pilihan raya kita sedang bekerja keras untuk memastikan kemenangannya.

HOT!! Gambar Seksi Marsha dalam majalah...


Wohaa.., bukan saja Julie Woon yang suka beraksi seksi dalam majalah.., rupanya ramai lagi artis kita yang suka beraksi macam tu.. Seronok agaknya beraksi seksi macam ni kot? Sebab tu ramai artis tanpa segan silu buat perkara yang sama..

Terbaru., gambar Marsha Londoh AF3 yang seksi pula terpapar dalam majalah Mangga.. Gua tak pernah baca pun majalah ni.., cuma gua pernah tengok ia dijual dikedai-kedai mamak..

Tapi bila gua ternampak je gambar seksi Marsha didalam satu blog hiburan, terus gua teringat cerita dia yang nak bunuh diri baru-baru ni..

Marsha didakwa kononnya cuba untuk membunuh diri akibat dari boyfriendnya curang.., tapi Marsha dah nafikan cerita tu..

Katanya.., dia pengsan bukan sebab telan 30 biji Pil Tidur, tetapi dia pengsan akibat tekanan darah rendah.. Jadi, cerita nak bunuh diri tu tak betullah..

So.., mungkin sibukkan diri dengan kerja adalah satu usaha Marsha bagi lupakan tekanan tu.. Tapi tak perlulah beraksi seksi terlampau.. Kan banyak lagi cara lain...



Lagi gambar "hampir bogel" dari Julie Woon..


Selepas Melia Amelia.., kini dunia gossip hiburan dimonopoli pulak dengan cerita aksi panas Julie Woon dalam majalah Men's Health..

Memang pelakon dan model Julie Woon ni agak kerap buat kontroversi sejak 2 tahun lepas.. Dulu, heboh pasal gambar dia bercium dengan sorang 'girlfriend' sampai dia dilabelkan lesbian..

Tapi gua respek amoi ni sebab masa tu dia mengaku keterlanjurannya bergambar macam tu dan menafikan bahawa dia seorang lesbian.. Katanya, gambar tu hanya untuk suka-suka saja..


Tak macam sesetengah artis tu.., punyalah nafi kononnya gambar yang tersebar tu adalah superimposed.. Semua tu belajar skrip cover line dari Brother Anwar agaknya..

Berbalik pada cerita Julie Woon, gua yakin semua peminat tegar dunia hiburan tertunggu penjelasan dia apabila bergambar 'hampir bogel' dalam majalah lelaki tu..

Bagi gua.., rasanya Julie takkan buat penjelasan apa-apa sebab bergambar macam tu dah memang style dia.. Lagipun, dia bukan Islam yang terikat dengan pantang larang agama..


Cuma yang ralatnya ialah dia beraksi macam tu di Malaysia.. Masyarakat di sini masih belum open minded macam di Amerika beb.. Tak wajar kalau beraksi 'hampir bogel' macam tu..

Apapun, gua harap Julie Woon dapat perbaiki imej dia dimasa depan.. Tak perlu beraksi panas macam tu untuk popular..

Gua rasa Julie ada bakat yang kuat dalam bidang lakonan.. Itu je dah cukup untuk buat dia popular.. So.., all the best buat Julie Woon.. Gua minat banget lakonan dia dalam drama Bloggerboy...

Mutiara Gates : Guan Eng kena mula belajar pakai pampers dewasa...


Dalam isu penjualan tanah Bayan Mutiara, selain dari persoalan penjualan secara rundingan terus tanpa 'open tender', rakyat Penang kini nak tahu jugak kenapa Guan Eng jual tanah tu dengan harga murah?

Guan Eng dan regim DAP negeri jual tanah tu dengan harga RM200 sekaki persegi, sedangkan harga sebenar tanah disitu adalah RM420 psf.. Banyak bezanya tu harga yang dijual dengan harga yang sebenar..


Rakyat Penang nak tahu.., adakah Guan Eng dan DAP mengaut  keuntungan dari penjualan tanah Bayan Mutiara kepada Ivory properties dengan harga yang amat murah?

Ataupun ada perjanjian sulit berlaku antara regim DAP dan juga syarikat tersebut? Takkan jual tanah dengan harga dibawah nilai.., tak dapat komisen apa-apa kot? Mesti ada habuan yang menunggu kannnn?


Lagi satu.., berkenaan dengan pemaju dari Singapore.., apa istimewa sangat syarikat HDB Singapore tu sampaikan Guan Eng lantik dorang sebagai perunding projek?

Takkan tak ada syarikat di Penang ataupun dalam Malaysia yang boleh jadi Pakar reka bentuk, perancangan, pelaksanaan dan pengurusan?

Kenapa ambik dari Singapore? Ada kawtim ka Guan Eng?


So..., skandal Bayan Mutiara ni bukan isu kecik beb.. Gua dah mula 'hidu' satu benda besar yang semakin timbul dalam skandal ni yang membabitkan Guan Eng, DAP Negeri dan juga Ivory Properties..

Senang cerita, isu skandal Bayan Mutiara ni bukan sekadar cerita pasal penyelewengan Guan Eng dan DAP negeri dalam penjualan tanah.., malah ianya lebih besar dari tu..

Sekarang.., gua nak advise pada Ketua Menteri Kiasu Penang tu..., Lu kena mula belajar pakai pampers dewasa lepas ni... Sebab apa? Sebab "orang Sabah" sudah mula marah...

Itu baru Sabah beb..., belum lagi orang Italy yang marah.. Confirm cirit birit lah Guan Eng lepas ni... Hahahahahaha.....


p/s: Kalau Guan Eng nak pampers free.., pergi mintak kat Jalil Abd Majid, Ketua Bahagian Pmtg Pauh.. Dia ada banyak stock pampers dewasa... Hahahaha...

Video seks kedua Anwar bakal muncul tak lama lagi...


Gua kurang bersetuju bila dengar salah sorang Trio Datuk T, Rahim Thamby Chik kata Anwar sebijik perangai macam Diktator Pol Pot di negara Kemboja..

Sebenarnya.., Anwar tu lebih teruk dari Pol Pot.. Sepanjang sejarah Pol Pot di Kemboja, mana ada diktator tu dikaitkan dengan kes liwat jantan?

Dan Pol Pot juga tak pernah ada skandal main dengan pelacur di hotel sampai terakam dalam CCTV.. Tapi Anwar ada semua tu beb.. Maknanya, Anwar lagi teruk dari Pol Pot..

"Saya tengok Datuk Seri Anwar ini…, saya melihat sejarah Cambodia yang tragik,” kata Rahim mengimbas nasib Kemboja di bawah pemimpin Pol Pot yang dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat negara itu pada tahun 70an. .

“Walaupun Pol Pot mendapat pendidikan tinggi di Perancis, tetapi dia ada satu penyakit otak. Paronia. Dia tak boleh lihat orang lebih dari dia. Dia anggap, dia saja layak jadi Perdana Menteri Kemboja" tambah beliau.

"Saya harap di Malaysia tidak ada Pol Pot, moden seperti ini. Jangan ada orang yang gila jawatan seperti Pol Pot di Kemboja. sebab yang jadi mangsa rakyat di negaranya,” jelasnya.

“Hampir dua juta orang terbunuh kerana kegilaannya untuk memegang satu jawatan yang dia fikir tak ada orang yang layak kecuali dia. Kita harap kita tak ada Pol Pot moden dalam Malaysia," kata Rahim.

Lagi satu.., Rahim Thamby Chik juga membayangkan akan muncul sebuah lagi video aksi kamasutra yang membabitkan Anwar Ibrahim..

Kali ni video versi yang mana satu pun gua tak tahu.. Mungkin yang di Thailand tu kot? Sapa pulak yang jadi pasangan Anwar kali ni..?

Adakah Anwar masih mengekalkan Chinadoll? Ataupun bertukar selera kepada Jambudoll pulak? Kita tunggu saja pendedahannya nanti... Pening lagi kepala Kak Jijahh... Hahahaha...

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata beliau tetap yakin pelaku dalam video seks yang didedahkannya tahun lalu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dan tidak menolak kemungkinan sebuah lagi video akan muncul.

"Tak tahulah, nanti polis tangkap saya, kata saya konspirasi. Tapi dengar-dengar ada. Tak tahu lagi,” kata beliau ketika ditanya pemberita desas-desus satu lagi video akan didedahkan.

Merujuk kepada video yang didedahkan oleh beliau dan gandingan Datuk T, Mac lalu, Rahim berkata reaksi Anwar kepada rakaman itu jelas menimbulkan persoalan terhadap kepimpinannya.

"Pendedahan lalu itu nampaknya dapat memberikan satu gambaran bahawa tindakan kami benar. Ini kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani untuk menafikan apa yang telah dikeluarkan atau yang telah tersebar. Dia buat penafian secara umum saja" kata beliau.

"Dalam satu negara seperti Malaysia yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, sekiranya sesiapa yang membuat fitnah dan pembohongan mereka boleh diambil tindakan undang-undang yang sesuai dengan perbuatan memfitnah orang lain itu,” kata Rahim.

Gambar Neelofa yang asyik banget.. Jangan tengok lama2..


Sekarang ni artis yang paling ngetop di Malaysia sudah tentu Neelofa.. Ramai dikalangan lelaki yang sudah gila bayang pada anak dara Kelantan ni sampaikan sanggup lekat poster dia di dinding bilik.. (bukan gua aaa...)

Sebab apa ramai yang minat pada Neelofa? Sudah tentu lah pasal kecantikan yang Tuhan anugerah pada dia.. Kira spesis manusia anugerah Tuhan jugak laa Neelofa ni.. (Tak ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim punnn...)

Bagi gua.., walaupun gua mengaku Neelofa tu cantik, tapi taklah se-ayu Maya Karin.. Neelofa memang cantik, tapi Maya Karin tu cantikkk bangettt... Jangan jeles aaa...

So.., selalunya korang tengok gambar Neelofa yang sudah siap 'diconteng-conteng' mukanya dengan pelbagai kaler..., sekarang ni jom kita tengok Neelofa yang asli tanpa makeup.. Lagi asyikkk gua cakap luu...

Pompuan ni kalau dah cun.., tak payah makeup pun tetap cun beb.. Cuma yang tak cun je tepek bedak sekilo kat muka pasal nak bagi cun.. Dorang tak tahu tuu.., banyak lelaki yang tak suka pompuan makeup tebal-tebal... Dah macam tepung gomak kekadang tu nampak..

Sebenarnya bukan susah kalau pompuan nak jadi cantik ni beb.., gua ada satu petua untuk bagi cantik selalu...

Tak susahhhh...., letak je nama 'cantik' kat belakang nama kita tu.. Confirm orang akan panggil cantik sentiasa..

Sebagai contoh.., kalau nama Minah.., tambah je nama 'cantik' kat belakang.. Nanti orang panggil 'Minah cantik'.. Kan dah cantik tuuu.... Hahahaha... Jom layan gambar Neelofa dulu...




About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online