BREAKING NEWS

David Teo bantah kenyataan Mufti Perlis..?


Gua setuju dengan pandangan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkenaan dengan lambakan filem hantu di panggung wayang Malaysia..

Bukan tak boleh buat cerita hantu.., tapi agak-agaklah.. Gua tengok dah sampai merapu sangat sampaikan ada satu filem tu tajuk dia memang tak boleh blah.. 'Hantu Dalam Botol Kicap"..? Tak ke macam gampang tajuk tu beb?

Letak la tajuk 'Hantu Chinadoll dalam CCTV" ke.., "Puaka Sabu di bilik 121" ke.., tak pun 'Keramat Tua di Pulau Melaka" ke... Baru ngeri dan angker kalau orang dengar...

Lagi satu.., kat sini dah jadi satu macam trend.. Kalau ada sorang pengarah buat filem rempit.., pakat semua syarikat perfileman buat filem rempit.. Kalau sorang buat cerita samseng.., semua pulun buat cerita samseng..

Dan kalau musim hantu pulak.., ramai lah yang jadi gila mengarah cerita hantu.. Tu belum kira lagi musim gila berlawak.., habis semua berlumba-lumba hasilkan cerita lawak walaupun ntah apa-apa punya lawak yang dorang buat..

Jadi, bila Mufti sendiri dah tegur tentang perkara ni.., jangan lah ada pulak pengarah yang cuba nak jadi kurang ajar sanggah apa yang Mufti kata.. David Teo tu faham ke apa yang Mufti Perlis maksudkan?

Lu sudah untung juta-juta buat filem dalam negara ni, sekarang lu rasa sudah banyak besar ka sampai cakap Mufti pun lu sanggup bantah?

Ingat sikit sebelum suka-suka nak bantah kenyataan orang yang lebih faham pasal Islam. David Teo.., lu sapa nak argue dengan Mufti Perlis? Jangan sampai orang melayu boikot lu punya filem baii...

Industri filem seram dan hantu di negara ini seperti dianiaya dan sentiasa dipersalahkan jika timbul sebarang isu negatif dalam masyarakat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Production Sdn Bhd (MIG) David Teo.

"Sebelum perkembangan pesat industri filem seram dan hantu tempatan, Malaysia terlebih dahulu dilambakkan dengan filem seram dan hantu dari Jepun, Korea, Thailand serta dari Barat (Hollywood).

"Kenapa tidak dipertikai filem itu sebagai punca masalah dalam masyarakat? Saya merasakan seolah-olah filem seram dan hantu tempatan dianiaya dan sentiasa menerima komen buruk (negatif)," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Produksi filem MIG milik Teo, adalah antara produksi filem yang aktif menerbitkan filem berunsur seram dan hantu. Antara filem yang dikeluarkan dan mencapai kutipan pecah panggung ialah 'Ngangkung' dan 'Jangan Pandang Belakang'.

Teo berkata jika tidak ada filem seram dan hantu dikeluarkan produksi tempatan sekalipun, penonton tetap akan menonton filem seram dan hantu luar negara yang memasuki pasaran Malaysia.

Semalam, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam kenyataan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kelima menyifatkan filem atau drama tempatan berunsur seram dan hantu memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.

Mesyuarat itu juga mencadangkan supaya kerajaan bertindak tegas bagi memastikan filem atau drama tempatan berunsur seram dan hantu tidak lagi memaparkan jalan cerita yang mempersendakan Islam.

Teo yang disifatkan antara penerbit filem yang aktif dalam industri perfileman negara, turut berharap tidak ada pihak yang menuding jari menyalahkan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.

Teo turut menolak dakwaan bahawa filem dan drama seumpama itu mempersendakan Islam dan berkata filem atau drama seram dihasilkan mengikut acuan sesebuah negara.

"Jika dilihat kembali ada juga filem seram dan hantu daripada Jepun, Korea atau Thailand yang memaparkan unsur-unsur Buddhism dalam filem mereka manakala filem dari Barat turut memaparkan unsur-unsur Kristian," katanya.- Bernama

Nizar lilin bertukar jadi Nizar gendang...

Dulu dia digelar nizar Lilin....

Mufti Perak menasihatkan pemimpin-pemimpin pembangkang beragama lslam supaya menggelakan diri dari melakukan perbuatan yang boleh ditakrifkan haram ketika menyertai perayaan keagamaan.

Mengulas perbuatan mantan Menteri Besar Nizar Jamaluddin memalu gendang diupacara Ponggal tempoh hari, Harrusani berkata “haram bagi kita memukul gendang ketika meraikan perayaan agama hindu ..itu lagi teruk sama teruknya jadi hindulah kerana memukul gendang adalah cara keagamaan mereka.”

Sesiapa yang telah melakukan perbuatan itu, Harrusani menasihatkan mereka supaya wajib bertaubat segera dan kembali kepada Islam. “Ini Allah telah sebut dalam alquran”.

Sekarang ni dah jadi Nizar gendang lah pulakkk....

Beliau berkata dari segi syarak “ kita tidak boleh merayakan dengan mengenakan pakaian baru-baru bagi menghormati hari itu kerana hukumnya haram.”

Beliau juga memberi contoh amalan sesetengah pengacara tv yang memakai pakaian seperti meraikan tahun baru Cina kerana hukumnya haram.

“Orang yang cari lain daripada Islam sebagai agamanya, pegangannya, kepercayaannya maka ini tidak akan diterima oleh Allah taala dan di akhirat nantii dia akan masuk dalam kumpulan orang-orang yang rugi.

Perbuatan kufur kita redha dan dengan perbuatan itu maka kufur kita dibuatnya”katanya lagi.

Drama 'Apa Celop' hina Islam...


Pertama sekali, gua memang tak tengok drama ni sebab tajuk dia yang macam gampang. Gua pun tak tahu apa kejadahnya 'Apa Celop' tu..

Lagi satu, gua tak rasa ada faedahnya buat drama mengenai Mat Rempit ni.. Apa hebat sangat ke budak-budak rempit tu sampaikan ada drama khas cerita pasal dorang?

Adakah Ahmad Idham nak popularkan budaya rempit dikalangan generasi muda negara? Tak malu ke bila kaum lain tengok anak-anak melayu hanya mahir merempit dan "mati dijalan yang lurus"..?

Bagi gua, pembikin filem atau drama dalam negara ni dah makin hilang fokus.. Dorang tu tak sedar atau buat-buat tak sedar tentang impak drama/filem ni pada bangsa sendiri.

Mungkin dorang tak perlu jawab soalan dari anak-anak dorang tentang budaya mat rempit ni.., tapi tolonglah peka sikit pada masyarakat di luar sana..

Jangan duit jadi matlamat dalam hidup je beb.. Cerita je bajet bagus.., tapi bab tauladan.., ZERO!!


Pengarah filem dan drama, Ahmad Idham kecewa apabila ada pihak mendakwa drama bersiri terbaru arahannya iaitu Apa Celop menghina agama Islam.

Idham berkata, dia berasa kesal dan sedih apabila niat baiknya untuk memartabatkan kalimah Allah S.W.T. seperti ungkapan Alhamdulilah, Astagfirullah A'lazim, Subanallah dan sebagainya di dalam drama bersiri itu telah dikatakan menghina agamanya sendiri.

"Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop.

"Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih," ujarnya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Ahmad Idham mengulas pendapat sesetengah pihak menerusi beberapa laman sosial yang menuduhnya mempersendakan agama Islam apabila kalimah Allah diungkapkan oleh pelakon yang membawa watak mat rempit dalam drama bersiri tersebut.

Apa Celop menemui penonton TV3 pada setiap Isnin dan telah memulakan siaran pertamanya pada 20 Februari lalu.

Dalam pada itu, Idham berkata, masyarakat sepatutnya melihat perkara itu sebagai kebaikan dan cara membudayakan elemen Islam yang semakin jauh daripada masyarakat terutamanya golongan belia.

Dia sebenarnya sengaja menggunakan kalimah-kalimah tersebut secara kerap dalam Apa Celop kerana ingin mendidik golongan belia dan kanak-kanak bahawa ada cara sebenar untuk menyatakan sesuatu mengikut ajaran Islam.

"Jika dilihat hari ini golongan remaja dan kanak-kanak lebih terbiasa dengan ucapan seperti Oh My God, Oh!Damn dan sebagainya selain tidak lagi menggunakan kata-kata Ya Allah Ya Tuhan Ku, Alhamdulilah, Astagfirullah A'lazim dan sebagainya.

"Sepatutnya orang yang mengecam itu kena kaji balik dan tidak cepat menuduh dan mengatakan saya menghina Islam," katanya.

Drama bersiri 13 episod tersebut merupakan cetusan idea Idham yang bertindak sebagai pengarahnya manakala skrip ditulis oleh Meor Shariman.

Ia memaparkan pelbagai dilema dan masalah pelumba-pelumba haram yang menjalani kehidupan mereka di Kuala Lumpur.

Jijah kecewa Bang Non selalu difitnah...


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyelar dan melahirkan kekesalan terhadap kepimpinan Umno-BN yang berterusan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah katanya, media arus perdana termasuk stesen televisyen RTM dan TV3 terus melakukan fitnah terhadap ketua Umum KEADILAN itu setiap hari.

“Sedangkan rakyat Malaysia dibelenggu dengan pelbagai isu besar. Antaranya kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan macam-macam skandal lagi.

“Apakah tidak ada isu lain selain dari memaki dan menfitnah suami saya Anwar Ibrahim?,” soal beliau di hadapan lebih 1,500 peneroka dalam kunjungannya ke Felda Palong 6, malam tadi.

Anwar kebelakangan ini diserang oleh Umno -Barisan Nasional yang memutar belitkan kenyatannya dalam Asian Wall Street Journal berhubung isu Palestin-Israel.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu tegas menyatakan pandangannya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah.

Ia antara lain meletakkan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan, aspirasi rakyat Palestin dihormati dan negara Palestin ditubuhkan.

Wan Azizah dalam pada itu berkata, beliau bersyukur terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan suaminya itu dari tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.

Menurutnya, beliau kesal kerana terdapat pihak yang masih tidak berpuas hati terhadap keputusan itu, termasuk menghantar kiriman pesanan ringkas mencaci beliau dan keluarganya.

“Ada yang menghantar sms dan twitter berkata kalau dia jadi Datin, lama dah cerai! Ini lah dia antara manusia yang hari-hari hina dan maki Anwar,’ kata Wan Azizah. -UtaraNews

Lagi artis berbikini tanpa segan silu..


Nera AF9 atau nama sebenarnya Queennera Francine Francis Kitingon memang sedang hangat diperkatakan apabila gambar seksi dan gambar dia berbikini tersebar di internet..

Nera sebelum ni pernah memasuki pertandingan Miss Earth Sabah 2010 dan sekaligus melayakkan dia menyertai Miss Earth Malaysia 2010..

Dalam pertandingan Miss Earth Sabah 2010, Nera AF9 telah berjaya mendapat tempat kedua bersama gelaran Miss Earth-Water, Miss Natural Beauty Groom 2Life and Miss Facebook Favourite..

Mungkin gambar-gambar seksi berbikini artis baru ni diambil semasa pertandingan tersebut.. Apapun, gambar-gambar tu pastinya sedikit sebanyak akan mencalarkan imej dia sebagai artis..



Anwar hanya layak berdebat dengan Tong Sampah... Hahahaha...


Anwar Ibrahim tidak layak mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat kerana beliau hanya memegang jawatan penasihat di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak memegang sebarang jawatan penting di dalam PKR kecuali sebagai penasihat umum parti.

Beliau berkata, tanpa kedudukan utama di dalam parti, Anwar sebenarnya tidak boleh dikira mendapat mandat daripada ahli, bahkan kuasa sebagai pemimpin tertingginya juga sesuatu yang tidak mengikut sistem parti.

“Dalam isu berdebat, siapa Anwar untuk ajak Presiden UMNO berdebat, sedangkan dia hanya seorang penasihat parti. Kalau dia Presiden PKR lain cerita.

“Macam Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memang layak berdebat dengan Lim Guan Eng sebab dia Setiausaha Agung DAP,” katanya kepada Utusan.

Beliau berkata demikian mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan Anwar seperti dilakukan Soi Lek dan Guan Eng, Sabtu lalu.

Fakhrul sebagai Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu juga percaya sekiranya Anwar diberi peluang berdebat dengan Perdana Menteri, beliau tidak akan berdebat secara beradab.

“Haluan perdebatan tidak akan menjadi lapangan yang positif untuk memberi maklumat kepada masyarakat. Sebaliknya ia akan menjadi medan tohmahan Anwar sepenuhnya.

“Semua orang sudah kenal perangai Anwar, dia mungkin hebat berdebat tapi apa guna berdebat dengan orang yang suka memutar belit,” katanya.


p/s: Hari tu, Ahmad Maslan dah humbankan buku jinggay ciptaan Anwar ke dalam tong sampah.. Maknanya, pemikiran Anwar tu hanya layak duduk dalam Tong Sampah saja..

So.., kalau Anwar nak berdebat, dia mana layak berdebat dengan Najib.. Gua rasa Anwar hanya layak berdebat dengan Tong Sampah... Itupun kalau Tong Sampah nak berdebat dengan dia laa.. Hahahaha...

Imam PAS baling kasut pada Hakim.. Bagus punya akhlak..


Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan, Roslan Hussain, yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Roslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Roslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan mahkamah memegang Roslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.

Sementara itu, ketika Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu tersebut tidak dilayan.

Beliau mendakwa telah membuat banyak laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan tersebut, tetapi tiada tindakan.

Malah, dakwanya, Umno turut terbabit didakwanya telah digunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.

Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.

Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya.

Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu dalam setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lepas, katanya,
khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.

Sebaik mendengar khutbah tersebut, Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.


p/s: Bagus sungguh akhlak imam PAS tu yee... Kalau tak suka keputusan Mahkamah, tak payahlah sampai baling kasut pada Hakim.. Agaknya, Pok Nik ajar semua penganut PAS supaya bersikap kurang ajar macam tu kot..?

18SX !!! Artis pakai baju nipis sampai nampak "tuttt'..


Siapa yang tidak kenal dengan Syahrini.., penyanyi kelahiran Indonesia yang popular kerana berduet dengan bekas suami Krisdayanti iaitu Anang..

Walaupun mereka digossipkan dengan hubungan cinta, tapi kedua-duanya masih "malu-malu kucing" dan menafikan gossip tersebut..

Macam biasa, artis dari Indonesia ni kebanyakannya sanggup beraksi 'panas' untuk cepat popular. Tak terkecuali dengan Syahrini apabila sekeping gambarnya beraksi hot dengan pakaian nipis muncul di ruang siber..

Baju nipis yang dipakai oleh artis cun itu ternyata mempertontonkan apa yang tak sepatutnya didedahkan kepada umum.. Berdarah hidung kalau tengok gambar ni beb...

Diharap, jangan ada pula artis di Malaysia meniru aksi-aksi dari seberang ni.. Hari tu dah ada sorang yang sanggup bergambar seksi dalam majalah.. Harap tak ada lah yang bakal menyusul...

Kalau nak popular sekalipun.., biarlah dengan cara lain yee..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online