BREAKING NEWS

Pameran Janggut Nabi di Bangladesh.., bila nak buat di Kelantan?


DHAKA, Bangladesh - Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.

Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.

Pusat Kebudayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. - Agensi


p/s: Kalau buat di Kelantan, cukup dengan hanya mempamerkan janggut Pok Nik alaihissalam.. Lepas tu rendam janggut Pok Nik tu buat air penerang hati perut..

Mesti berebut puak-puak sengal PAS nak minum air rendaman janggut tu..

Silap-silap haribulan.., ada mangkuk yang jual air penerang hati perut rendaman janggut Nabi Pok Nik tu.. Biasalah.., apa saja yang ada kaitan dengan Pok Nik, semuanya dikategorikan sebagai keramat beb...

Dulu.., selipar jamban dia pun ada kutu kebas pasal kononnya ada mukjizat... Korang bayangkan sendiri lah betapa jahilnya puak-puak PAS tu... Hahahahaha....

Beli kereta guna duit syiling... 300 kilogram beb...


Seorang lelaki cuba untuk membeli sebuah kereta di Pusat penjualan kereta yang ada di Kota Xianyang China dengan wang syiling seberat 300 kilogram. Duit syiling sebanyak 60 ribu yuan telah mengejutkan semua wakil penjual di pusat terbabit.

Lelaki yang bernama Wang, juga merupakan penjual tepung telah mengangkut duit syiling tersebut dengan menggunakan kereta yang disewanya.

Duit Syiling yang berjumlah tujuh karung tersebut dikumpulkannya dengan menggunakan karung tepung.

Duit syiling tersebut dikumpulkan Wang dari hasil berjualannya selama 10 tahun.

Seperti dilapor China Daily, penjual kereta terbabit mengalami kesukaran untuk mencari bank yang mahu menerima duit syiling tersebut.

Akhirnya setelah puas mencari, penjual kereta tersebut berjaya meyakinkan sebuah bank untuk bersetuju menerima dan mengira duit syiling itu.

Wang bagaimanapun dilaporkan masih tidak dibenarkan membawa kereta baru pulang kerana pihak bank hingga kini masih menghitung duit syiling yang dibawanya.

KP UMNO dan Ketua AMK desak Pemimpin Penang letak jawatan!! [VIDEO]


Pagi tadi, ada satu demo berlangsung depan Bangunan Umno di Penang ni.. Uniknya demo ni ialah, ada gabungan diantara dua Ketua Pemuda.., KP Umno negeri dan juga Ketua AMK negeri..

Yang satu pihak mendesak Ketua Menteri Penang letak jawatan.., dan satu lagi desak Pengerusi Perhubungan Umno negeri letak jawatan.. (Kredit to MKP)

Ni surat dari KP Umno kepada Ah Beng...

Ni pulak surat dari AMK kepada Non Panjang...

Sekarang ni dua-dua sibuk nak suruh bos pihak lawan letak jawatan.. Kalau tanya dorang.., mestilah dua-dua kata bos dorang yang betul..

Tapi bagi rakyat, sapa yang benar-benar betul? Ah Beng ke yang betul.., atau Non Panjang yang betul? Korang jangan tanya gua sebab jawapan yang gua bagi akan membuatkan puak-puak tu sakit hati..

So.., tunggu je lah PRU nanti.. Gua dimaklumkan PRU akan dibuat pada bulan 6.. Kita biarkan rakyat Penang je yang decide sapa yang layak memerintah negeri..

Bagi gua, sapa yang lebih bijak buat statement dan juga maximumkan isu di Penang ni, dia lah akan menangi hati rakyat.. Dan kalau asyik nak playsafe saja.., jangan mimpilah nak menang..

Ingat cukup ke kalau setakat sekali je buat kenyataan media? Nak tebas lalang pun kena usaha banyak kali beb.., inikan pulak nak menang negeri..

Tapi nak buat macam mana.., dorang rasa dorang lebih bijak.. Terpulanglahh...




p/s: Laporan "ke atas" akan dihantar seperti biasa.. Hehehehehe....

HOT !!! Gambar Lisa Surihani mandi..


Korang jangan pulak fikir yang bukan-bukan yee.. Memang betul ini gambar Lisa Surihani tengah mandi.., tapi bukan mandi di swimming pool ataupun mandi berkemban di air terjun..

Gambar ni diambil sewaktu majlis mandi bunga dan juga khatam quran sempena pernikahan Lisa yang bakal berlangsung tak lama lagi..

Setakat yang gua tahu, Lisa Surihani ni adalah artis yang bersih dari sebarang gossip.. Kira anak yang baik lah budak Lisa nih..

Bertuahlah si Yusri tu yang dapat isteri sebaik Lisa.. (gua jugak yang melepas..)

So.., gua berdoa semoga Lisa dianugerahkan kebahagiaan dalam perkahwinan yang bakal berlangsung nanti.. Semoga berkekalan lah hendaknya.. Huhuhu...

Kenyataan RASMI Nik Aziz pasal isu Israel..


Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulamak PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulamak juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel.

Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin.

Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat.

Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi’ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.



p/s: Pok Nik nak playsafe bila kata "terserah pada Anwar untuk terima pendirian PAS"... Ini bukti bahawa telor Pok Nik didalam genggaman Anwar.. PAS IS DEAD!! Hahahaha...

Gelombang kebangkitan rakyat menentang Anwar !!!


Wahai Anwar, sedarlah diri kau tu dah tak boleh pakai. Kau cakap byk apa bikin, dah jelas2 kau menyokong ISRAEL apa nak byk cerita, selesaikan dulu hal itu.

Ada berani ke nak saman WSJ? Jangan harap la, sebab memang dia yg bercakap macam itu. Yang si bodoh PAS ni duk ikut lagi orang camni.

Yg terjerit menyokong Anwar ni sapa la, hangpa tak malu ke menyokong kaki liwat ni? Aiyoyoooo malu la bodoh duk sokong orang camni.


Yang rakyat perlu fikir dan lihat ialah ANWAR IBRAHIM bila ada rakyat membangkang dan bertindak kepada dia, dia anggap ini kerja UMNO, tapi kalau mereka duk turun memekak2 buat kecoh di jalan2 dia akan kata KEBANGKITAN RAKYAT!

Inilah BODOH NYA Anwar Ibrahim, apa yg terjadi di SEMBRONG itu juga KEBANGKITAN RAKYAT LAH BODOH PUNYA ANWAR dan para pengikut nya yg turut BODOH! Rakyat dah meluat dgn perangai lu!

TAHNIAH ORANG2 SEMBRONG! RAKYAT DAH BERTINDAK!


*kredit to Malaysian-2day

Artis melayu tak mengaku Lesbian..


Pelakon yang namanya dicungkil daripada AF musim ke-6, Ika Nabila Abdul Rahim, 23, kini heboh diperkatakan orang tentang gossip kononnya dia mengamalkan gaya hidup lesbian.

Isu ini tercetus apabila foto intim membabitkan Ika dan pengurusnya, Adlin tersebar di internet malah pernah diulas menerusi satu ruangan gosip serta rancangan hiburan tempatan.

Ketika ditanya oleh wartawan media, Ika mengaku berkawan dengan pengkid, tetapi menafikan beliau mengamalkan seks songsang ataupun Lesbian..


“Mungkin Ika dikelilingi golongan seperti itu. Pergi lokasi penggambaran atau ke mana-mana sering ditemani ‘perempuan ganas.’ Sebelum ini Ika pernah ada pembantu peribadi perempuan, tetapi disebabkan Ika pula jenis kasar orangnya, buat Ika jadi rimas bila dia pula yang kena bertindak dan berfikir dalam banyak hal.

“Kalau ambil pembantu peribadi lelaki lagi susah dan takut sekali gus boleh mendedahkan diri dengan pelbagai fitnah. Jadi Ika fikir-fikir eloklah ditemani ‘perempuan-perempuan ganas’ sebabnya mereka ini sedikit kental.

“Walaupun hakikat sebenarnya mereka tetap wanita namun personaliti mereka yang sebegitu (seperti lelaki) buat Ika rasa sedikit terjamin dari segi keselamatan,” katanya.

Bicara Ika lagi, meskipun mempunyai teman rapat di kalangan pengkid, itu tidak bermakna dia tertarik untuk menjalinkan hubungan sejenis. Bagi Ika, wanita dijadikan untuk lelaki begitulah sebaliknya.

Justeru, dia mengharapkan agar suatu hari dipertemukan putera idaman dan melangkah ke alam rumah tangga seterusnya memiliki anak yang menjadi pelengkap hidup wanita.


p/s: Kalau betul tak terbabit dengan Lesbian tu tak apalahhh.. Tapi gambar tu boleh menimbulkan banyak persoalan..

Hasan Ali akan dedahkan bukti video murtad..


Presiden pertubuhan pro-Melayu JATI Datuk Hasan Ali berkata, badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.

Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Dalam video tersebut, pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.

"Mereka memang telah pun dibaptis, telah masuk Kristian dan dimurtadkan, mereka kembali semula kepada Islam dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor, dengan bimbingan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).

"Siapa yang berkehendakkan (video itu) kita akan dedahkannya," katanya lagi dalam sidang media selepas pelancaran NGO tersebut di Shah Alam kelmarin.

Video berkenaan akan didedahkan oleh Unit Selamatkan Akidah, satu unit yang sebelum ini diletakkan di bawah portfolio beliau, kata bekas exco hal ehwal agama Selangor itu lagi.

Katanya, unit berkenaan kini bebas daripada JAIS namun masih bekerjasama rapat dengan jabatan tersebut dan juga dengan Lembaga Zakat Selangor.

"Jadi mudah kita hala tuju bila letakkan di luar sistem JAIS," katanya yang menjelaskan bahawa unit berkenaan sejak awal lagi digerakkan dengan sumbangan individu dan bukannya sumbangan JAIS.

Malah, individu yang didakwa telah dimurtadkan itu juga telah dibawa ke lembaga berkenaan untuk diberikan bantuan, katanya lagi.


p/s: Meroyan lah Khalid Samad kalau betul video tu didedahkan oleh Hasan Ali.. Hahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online