BREAKING NEWS

Gambar Bob Kuman mengadap Nik Aziz..


Di negara Islam yang lain, kalau nak cari agama dan juga belajar mengenal Islam, kita kena cari di Madrasah dan juga pondok pengajian. Itupun kena belajar dari guru yang betul-betul faham agama..

Tapi di Malaysia ni lain beb.. Nak cari agama dan mengenal Islam, korang kena masuk PAS.

Walaupun PAS tu berdaftar diatas nama parti politik, tapi akibat 'kepandaian' puak-puak tu menipu, maka orang jahil akan nampak PAS tu sebagai ganti kepada Islam di Malaysia..

Maka.., berlumba-lumbalah orang masuk PAS kerana nak cari syurga mudah.. Pangkah je PAS masa Pilihanraya, dah boleh dapat pahala.., sapa tak nak kalau macam tu punya propaganda beb..

So.., sekarang ni gua nampak satu trend baru dikalangan artis yang kononnya 'dah sedar' dan juga dapat hidayah.. Asal je "insaf", terus join PAS..

Kenapa dorang tak join jemaah Tabligh? Kenapa dorang tak join NGO dakwah lain dalam negara? Kenapa join PAS? Gua gerenti.., Tabligh tu adalah jauhhh lebih baik dari PAS dalam usaha dakwah..

Tapi nak buat macam mana.., PAS dah didoktrinkan sebagai satu entiti paling Islamik dalam Malaysia. Kenapa jadi macam tu? Kerana jemaah PAS pakai jubah dan serban.., paling koman pun pakai ketayap sedangkan parti politik lain tak macam tu..

Bagi orang melayu.., kalau pakai jubah dan serban tu, confirm dorang nampak alim dan mengikut sunnah Nabi saw.. Padahal Islam tak pernah mewajibkan pakaian tertentu untuk dilihat sebagai Islam..

Kalau tengok kat Mesir dan juga Mekah.., tukang repair motor pun pakai jubah dan serban.., dan tukang panjat pokok kurma pun pakai pakaian yang sama..

Adakah dorang tu paling Islamik dan juga penuh ilmu didada? Wallahualam... Tapi dorang takda lah bongkak dan takakbbur bila pakai jubah dan serban macam puak-puak PAS..

So.., pendapat peribadi gua.., jubah dan serban bukan penentu keimanan seseorang.. Parti politik yang dianuti jugak bukan jaminan untuk bawa korang ke jalan benar apatah lagi nak masuk syurga Allah swt..

Yang dikira nanti adalah.., berapa banyak amal ibadat yang korang dah buat.., dan berapa banyak suruhan Tuhan yang korang ikut..

Kalau nak berpolitik, boleh je masuk PAS.., tapi kalau nak cari agama, PAS bukan tempatnya beb..

Tengoklah politik melalui sudut agama, bukan tengok agama melalui sudut politik macam yang PAS selalu dok buat tu... Semoga Bob Kuman jumpa apa yang dia cari..

Lee Chong Wei beli Ferrari F430..


Gua tak heran kalau pemain badminton nombor satu Malaysia ni beli Ferrari F430.. Sebabnya, dia memang mampu dan ada duit hasil usaha keras dia selama ni..

Sebelum ni anak kelahiran Bukit Mertajam, Penang tu pakai kereta Skyline GTR. Sekarang ni dia dah upgrade sikit pakai Ferarri yang berharga RM1.6juta..

Sapa sangka.., hanya dengan main Badminton je mampu pakai Ferarri beb... Inilah yang dinamakan rezeki ada dimana-mana.., asalkan pandai usaha..

Mungkin satu hari nanti, ada jugak dikalangan blogger yang mampu pakai Ferrari hasil dari penulisan dorang.. Mungkin Gomo.., Parpukari.., Dr MiM atau Pisau.net mampu pakai F430 tu lepas ni..

Bagi gua.., gua tak nak Ferrari.., kalau gua dapat pakai Inspira R3 pun dah syukur Alhamdulillah.. Sekarang ni cuma mampu simpan gambar je lahh.. =)

Lynas akan 'diserang' oleh 10'000 penganut PAS Ahad ni...


PAS Pahang mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya dari semua 14 kawasan di negeri itu untuk turun ke demonstrasi membantah loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan Ahad ini.

Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub sendiri telah mengesahkan kehadirannya bagi mengetuai penyokong mereka.

"Saya juga mendapat berita bahawa ahli kita dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut memberi komitmen untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

"Tetapi saya tidak pasti jumlahnya," katanya, purata 1,000 ahli bagi setiap kawasan di Pahang akan hadir dalam perhimpunan tersebut.

Tuan Ibrahim yang juga ketua penerangan PAS berkata, selain beliau, kepimpinan tertinggi PAS negeri turut hadir dalam perhimpunan itu.



p/s: Puak-puak PAS ni memang dah jadi parti samseng jalanan dan samseng hasut-hasutan.. Gua rasa, Tuan Ibrahim tu pun tak faham maksud nadir bumi tu.., tapi still ada hati nak berdemo..

Inikah model Pakatan yang nak ambil alih pemerintahan negara?? Gua rasa, dorang bukannya nak selamatkan negara, tapi nak menjahanamkan negara lagi ada laa...

Mahfuz pun sokong Israel laaa....


Mahfuz desak Najib dan seluruh pemimpin kerajaan mintak maaf pasal berbohong tentang Israel.. Mahfuz dakwa, Malaysia dah lama sokong Israel dan iktiraf negara zionis tu..

Mahfuz ambil contoh kehadiran pasukan kriket negara tu dan juga kononnya Malaysia jual minyak sawit ke megara Israel..

Bagi gua, Mahfuz sebenarnya tak layak untuk suruh mana-mana pemimpin negara mintak maaf.. Sebenarnya seluruh rakyat Malaysia dah lama iktiraf kewujudan puak-puak zionis tu..

Cuma.., ada yang sokong secara terbuka macam Anwar.., dan ada yang sokong secara tersembunyi macam Mahfuz sendiri..

Jangan tipulah beb kalau kata tak sokong Israel dan Yahudi.. Segala teknologi dan gadget yang kita pakai sekarang ni datang dari mana? Fesbuk tu sapa owner dia? Blackberry tu milik syarikat mana?

Gua tahu Mahfuz sendiri 'gila fesbuk'.. Gua pun tahu Mahfuz pun guna Blackberry untuk BBM dan berTwitter.. So ia bermakna Mahfuz jugak iktiraf negara Israel...

Gua setuju Malaysia mintak maaf kalau benar dakwaan Mahfuz pasal penjualan minyak sawit negara ke Israel.. Mahfuz kena buktikan dulu laa...

Dan gua cabar Mahfuz mintak maaf secara terbuka juga pasal Mahfuz pun secara indirect iktiraf dan sokong barangan keluaran Israel.. Ada berani?


======================================================

Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kenyataan mereka sebelum ini yang kononnya tidak mengiktiraf Israel.

Beliau berkata, walaupun tiada hubungan diplomatik secara rasmi dibuat, tetapi dengan membenarkan kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997 membuktikan bahawa Malaysia memberi pengiktirafan secara tidak langsung.

“Kerajaan Umno dan BN perlu minta pada seluruh rakyat Malaysia kerana secara tak langsung mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Ia berdasarkan, pertama, kehadiran pasukan kriket yang mana pada waktu itu saya ditahan dan dibicara.

"Kedua, dengan membenarkan mereka masuk seperti kehadiran kapal-kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan kita iktiraf mereka. Jadi mereka perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Palestin," katanya pada sidang media hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini membuat gesaan ini ketika Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kontroversi susulan temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu, yang mendakwa menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel.

Rentetan daripada kejadian itu, Anwar dikecam oleh pelbagai pihak dengan mengatakannya sebagai pro-Israel sehingga menyebabkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluar kenyataan meminta beliau menarik balik kenyataan atau menyaman media antarabangsa itu.

Aksi panas Julie Woon bila 'berbogel' dalam Majalah..


Demmm !! Gua memang tak faham langsung apa motif artis ni bergambar hampir bogel untuk majalah kesihatan lelaki, Men's Healths..

Mungkin dorang nak gambarkan, lelaki patut tengok wanita seksi selalu untuk kekalkan kesihatan.. Patutlah Anuwar langgan ChinaDoll..., rupanya untuk jaga kesihatan..

Nampaknya sekarang ni bukan saja artis melayu je yang suka 'bergambar bogel' dalam majalah, artis bukan melayu pun tak nak kalah jugak..

Baguslahh.., ini barulah dinamakan semangat 1Malaysia.. Menjana Transformasi untuk menelanjangkan diri bagi tatapan umum.. Tahniah!!! Hahahaha...





Jahat betul Umno!!! Saja buat fitnah terhadap Anwar dan Nik Aziz...


Mata lebam, Umno yang salah... Kena suntikan Arsenik, Umno yang punya kerja... Kena dakwa liwat, Umno yang punya strategi... Kena rakam video seks, Umno punya konspirasi...

Semuanya salah Umno beb... Anwar mana pernah buat jahat.. Dia kan pemimpin paling suci dan paling wangi dalam Pakatan..

Sekarang Anwar dah dedahkan.., mana ada dia sokong Israel beb.. Semua tu adalah fitnah yang maha dahsyat dari Umno dan Barisan Nasional..

Ishhh.., rupanya memang jahat puak-puak Umno ni semua ye.. Tak ada kerja lain asyik menyusahkan Anwar je.. Hahahahaha...


=================================================

Anwar Ibrahim mendakwa Umno sengaja melaga-lagakan hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mensensasikan kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Menurut Ketua Pembangkang itu, Umno menggunakan media arus perdana untuk menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan penyokong PAS dan umat Islam terhadapnya.

"Mereka hentam Anwar besar-besar dan sekarang mereka nak laga-lagkan saya dengan Tok Guru Nik (Abdul) Aziz.

"Mereja nak laga-lagakan saya buat apa? Saya pergi ke Johor, ada kain rentang tulis kononnya Anwar tak sokong Nik Aziz. Pemuda Umno kata begitu," katanya di sini Isnin malam.

Beliau berkata demikan dihadapan kira-kira 1,500 penyokong pembangkang pada ceramah penjelasan isu Israel-Palestin di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, di sini.

Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menggesa Anwar menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) atau mengambil tindakan undang-undang.

Bagaiman Anwar sekali lagi menegaskan pendiriannya berhubung isu Israel-Palestin adalah selari dengan suara rakyat Palestin mutakhir ini melalui Hamas dan Fatah dengan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Gambar bogel Eli Wong.., pengakuan terbuka Hilmi Malek.


Mengaku pernah ada skandal tapi tak mengaku ambil gambar bogel? Lepas tu mengaku pulak gambar bogel tu keluar selepas handphone hilang..

Nampak sangat memang Hilmi yang ambil dan sebar gambar bogel Adun PKR Bukit Lanjan tu.. Dan pengakuan Hilmi pasal hubungan cinta dorang membuktikan bahawa gambar tu diambil secara sukarela..

================================================================


Hilmi Hazimin Malek, rakyat Malaysia yang ditangkap di sini kerana terbabit dalam kes pemalsuan dokumen pengenalan diri, mengaku dia pernah bercinta dengan Elizabeth Wong tetapi menafikan dia menyebarkan gambar-gambar kontroversi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Kosmo! di sini semalam, Hilmi enggan mengaku mahupun menafikan mengenai dakwaan bahawa dia merakam gambar-gambar kontroversi Elizabeth, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang tersebar di Internet pada Februari 2009.


Hilmi memberitahu, dia tidak sejahat seperti yang sesetengah pihak di Malaysia fikirkan mengenai dirinya.

Menurut lelaki berusia 37 tahun itu, gambar-gambar Elizabeth, bekas kekasihnya yang berusia 40 tahun, tersebar dalam Internet tidak lama selepas telefon bimbit miliknya hilang.

“Saya tidak tahu siapa yang sebarkan. Yang saya tahu telefon bimbit itu sudah lama hilang,” cerita Hilmi yang terkejut dengan kehadiran wartawan Kosmo! di Batam semalam.

Siapakah artis melayu jadikan anak tiri hamba seks selama 7 tahun..?


Berita penangkapan seorang penyanyi R&B dan Hip Hop ini kerana didakwa merogol anak tirinya sudah diketahui umum. Cuma siapakah penyanyi ini masih lagi menjadi tanda tanya walaupun klu siapakah gerangan artis ini telah pun diberikan dalam media massa.

Ahli kumpulan tersebut yang berusia lewat 30-an juga merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi sebuah filem tempatan yang pernah memenangi anugerah di sebuah festival filem antarabangsa. Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu pengumuman selanjutnya ya.

Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular terkenal tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam dan direman selama seminggu.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online