BREAKING NEWS

Wan Azizah sokong Anwar isu Israel..


Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu semua pihak tidak mempolitikkan kenyataan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Azizah mendakwa pemimpin Hamas Khaled Meshaa sendiri menerima baik pendirian Anwar, justeru isu berkenaan tidak harus diperbesarkan.

"Jika pemimpin Hamas sendiri pun sudah menerima dengan baik perkara ini, kenapa kita pula yang harus perbesarkan? Saya menganggap ini satu salah faham yang perlu diperbetulkan,” kata beliau.

"Tak ada isu pun dalam perkara ini, tapi ia diperbesarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN)," tambahnya pada pemberita pada majlis Sambutan Maulidur Rasul di sini, hari ini.

Anwar dijadualkan menemui Menteri Besar Kelantan yang juga Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat lusa bagi menjelaskan kesanggupan beliau mengiktiraf Israel dengan syarat Tel Aviv menghormati hak rakyat Palestin.

Pandangan Ketua Pembangkang itu disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.

Pendirian Anwar itu ditolak oleh Pas yang menganggap Israel sebuah negara haram dan tidak boleh diiktiraf dalam apa keadaan sekali pun.

Azizah berkata, Anwar akan menjelaskan secara terperinci kenyataannya tentang Israel kepada Nik Aziz.

"Dalam pertemuan itu juga dijangka akan membicangkan cadangan Pas yang menggesa Anwar untuk menarik balik kenyataan yang dibuat di WSJ... kata putus akan dibuat selepas perbincaangan itu kelak," katanya lagi

Pakai Pottu : Anwar dibelasah Mufti Harussani...


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kehadiran dan penyertaan beliau pada Hari Ponggal boleh membawa kepada tindakan haram di sisi agama.

Beliau mengulas laporan bergambar blog dan media arus perdana yang menyiarkan gambar Anwar dicalit dengan "kum-kum" di dahi ketika hadir di majlis sambutan Hari Ponggal di sebuah kuil di Batu Gajah, Perak Januari lepas.

"Kum-kum itu istiadat keagamaan dan kepercayaan dia (Hindu), tak boleh kita pakai. Apa benda yang dia bubuh di dahi itu (Anwar Ibrahim)? Abu apa? Boleh jadi abu mayat.

Sambutan ni ada dua. Satu adat, satu agama. Yang bentuk agama kita tak boleh hadir sama sekali. Walau apa kapisiti pun. Kita nak rasmikan pun tak boleh, Masalah akidah tidak ada tolak ansur," katanya kepada Antarapos.com, hari ini.

"Tetapi jika adat dan kita dijemput untuk makan dan sebagainya, kita hadirlah. Kalau adat tidak bertentangan dengan hukum syarak, kalau agama dan ibadat itu langgar hukum syarak," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan perbuatan Anwar Ibrahim ini merupakan tindakan yang jauh berbeza dengan penyertaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

"Najib telah menjelaskan kepada saya, dia (Najib) pergi ke dewan untuk bertemu dengan masyarakat India. Dia tidak pergi ke tokong. Itu penjelasan dia," katanya lagi

Tegas beliau lagi, Anwar Ibrahim harus membezakan antara upacara agama dan adat.

Sebuah blog, ruangbicarafaisal.blogspot.com awal minggu ini membuat laporan bergambar Anwar menyertai sambutan Ponggal yang dipetik daripada blog Exco Selangor, Xavier Jeyakumar.

Sebagai reaksi, Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebelum sebarang persepsi dibuat berhubung isu Anwar dan Pesta Ponggal, perbezaan haruslah dibuat diantara upacara agama dan adat.

Bagaimanapun Tan Sri Harussani menegaskan tindakan Anwar adalah mengambil bahagian dalam upacara agama.

"Tak bolehlah. Kalau tak boleh, haramlah...Kalau dia buat istiadat keagamaan tak boleh kita buat...Kalau bentuk adat, kita dapat jemputan itu tak salah, tak bertentangan"

Melia kata video lucahnya superimposed...


BARU saja berkecimpung dalam dunia lakonan, bintang Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimellia panas apabila video bogel dikatakan miliknya, tersebar di beberapa portal hiburan.

Tidak mendiamkan diri, Melia menafikan bahawa gadis dalam video itu dirinya.

"Saya rasa ia super impose yang dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan saya.

"Saya akui agak terkilan kerana ada pihak suka melihat saya jatuh dalam industri ini dengan melemparkan pelbagai cerita buruk, walaupun saya bukanlah sepopular pelakon lain," katanya kepada Zass.


Melia atau nama penuhnya, Noor Melia Aimiellia Zaidi, turut menjelaskan persoalan mengenai persamaan cincin dalam gambar screenshot video yang tersebar di portal hiburan itu.

"Saya pernah memakai cincin hitam yang diberi bekas teman lelaki. Tetapi cincin itu saya buang selepas siri jelajah Festival Filem Malaysia (FFM24) yang lalu, atas sebab kami sudah berpisah.

"Saya juga ada menghubungi portal hiburan itu dan mereka sendiri tidak dapat memastikan bila video itu diambil kerana tidak mengetahui sumber yang menyebarkan video tersebut.

"Jadi sepatutnya, orang lain tidak boleh menilai hanya kerana cincin itu. Lagipun wajah wanita dalam screenshot itu jauh berbeza dari saya.

Saya tidak kisah mengenai hati dan perasaan saya, tetapi kesianlah pada keluarga yang turut mendapat tempias," katanya.


p/s: Macam pernah dengar je ayat penafian tu... Korang ingat tak lagi dialog ni...., "Muka nampak macam saya..., badan pun macam saya.., tapi itu bukan sayaa... Perut pun tak sama dengan perut saya.."

"Itu semua adalah propaganda untuk menjatuhkan saya.., lagipun.., cincin (omega) tu bukan saya yang punya..."

Sebijik lahhhh.... Hari tu Sifu dia berlakon.., sekarang ni giliran anak murid dia lah pulak... Hahahahahaha....

Gambar kereta Anwar kena serang di Johor.


Pengikut Umno dituduh bertindak liar dengan membaling batu dan menendang kereta Anwar Ibrahim ketika satu ceramah di Johor..

Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong.


Pengikut Umno dikatakan membawa bendera parti dan Barisan Nasional, turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat.

Kejadian itu didakwa berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis.


p/s: Apa ni main tuduh-tuduh Umno pulak dahhh... Ada bukti ke Umno yang buat? Setakat cakap saja mana boleh beb...

TERKINI !!! Ahli Parlimen PKR hentam polisi DAP Penang..


Selama 3 tahun regim DAP perintah Penang, seluruh rakyat negeri ni tahu bahawa bangsa melayu semakin terpinggir di dalam negeri..

Bukan saja bangsa melayu jadi mangsa kezaliman regim zionis DAP ni beb.., kaum India jugak terima nasib yang sama.. Contohnya apa yang jadi di Kampung Buah Pala..

Dan selama 3 tahun melayu dan India menderita di Penang, hanya BN saja yang tampil membela nasib dorang.. PKR dan PAS dah macam pondan bila berhadapan dengan DAP dalam isu rumah dan tanah ni..

Tapi gua terkejut beb.., sebabnya hari ni gua terbaca satu kenyataan dari Ahli Parlimen PKR yang menentang polisi DAP negeri.

Cuba korang baca dibawah ni...

Anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff hari ini berjanji tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang sekiranya terdapat rumah menjadi korban pembangunan di kawasannya.

Anggota parlimen PKR itu berkata, tidak ada gunanya beliau menganggotai Dewan Rakyat sekiranya penduduk kawasan itu, terutamanya yang miskin hanya beratap langit.

Yusmadi berkata, masalah pengusiran dan perobohan rumah di Balik Pulau kini sudah berada pada "tahap kritikal".

Sambil meluahkan kekecewaan terhadap rakan-rakannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang gagal hadir mendengar keluhan penduduk, Yusmadi berkata masih banyak kes melibatkan projek pembangunan di kawasan itu masih didengar mahkamah. - MalaysiaKini.

Apakah Yusmadi akan dipecat oleh Lim Guan Eng kerana menolak polisi DAP yang rakus merampas hak bangsa melayu dan kaum India di Balik Pulau?

Apakah Yusmadi sudah berpaling tadah dari Pakatan? Dan apakah Yusmadi sudah mulai sedar tentang kezaliman puak-puak kiasu DAP di Penang ni?

Kita tunggu je lah nasib Yusmadi selepas kenyataannya yang mempertikaikan kezaliman kerajaan negeri meroboh dan merampas tanah di Balik Pulau..

Gua rasa, mesti lepas ni puak-puak PKR akan kata Yusmadi dah jadi ejen Umno dalam Pakatan.. Biasalah..., semuanya kan salah Umno...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online